Tip-Tip Peperiksaan


Go to fullsize image

     Semua orang kata kalau nak ambik exam (peperiksaan) sangat la susah... apa tidak susahnya. sebab kita tidak  membuat persediaan yang betul... membaca sahaja tidak cukup.. kena buat latihan juga... kenapa kita kena buat latihan.. sedangkan kita jadi sangat stress bila buat ulangkaji... seperti juga aku ni.. setiap kali buat ulangkaji.. aku jadi nak marah.. uhhhhhhhhhhhh... susah2.. patutlah aku tidak boleh sambung belajar ke peringkat Ijazah.. duit habis... result belum tentu lulus... pastu.. asyik sakit kepala jer nak fikirkan jawapan soalan yang entah sapa yang buat..huuuu alangkah bagusnya jikalau aku yang buat sendiri soalan tu..huhuhu gerenti laaa aku lulus.. tp pikir2kan la.. mesti esok-esok kita menyesal sebabnya kita tak jujur menjawab soalan atas tipu daya kita sendiri... senang kata rezeki tu Allah dah sediakan untuk masing-masing mahu tak mahu jer orang tu nak berusaha untuk berjaya... kalau tu je usaha kita... itu lah sahaja rezeki yang kita dapat untuk kita usahakan berjasa kepada negara dan dan zuriat kita... kalau anda mahu menjadi dokter, guru, petani, peniaga beruntung la anda ini.. kerana mereka-mereka ini di duga dengan cabaran yang besar..

di sini saya memperturunkan sedikit petua peperiksaan untuk anda semua boleh cuba :
  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam ( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi. Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Mungkin anda rasa kenapa perlunya pelajaran diulang-ulang... ini terserah kepada anda untuk menilai kenapa kita patut lulus peperiksaan. Jadikanlah nasihat saya sebagai 'tongkat untuk anda berjaya.. bukan sahaja kita ada tongkat ali.... macam-macam tongkat pun kita ada..heheheh, Jika anda rasa takut dan petua ini tidak berjaya anda boleh menghubungi saya melalui email : suzainal@gmail.com untuk meyakinkan kejayaan anda...

selamat berjaya..

ANAK MEMERLUKAN PERBELANJAAN YANG BESAR


1. Berapa umur anak saya sekarang ?

 Yang perempuan (9 dan 8 tahun ) dan yang lelaki ( 4 dan 2 tahun) mereka sangat cantik dan aktif.. boleh memeningkan kepala saya bila saya balik rumah.

2. Bagaimana penjagaan mereka ?

Rutin harian saya.. saya serahkan kepada pembantu rumah saya.. alhamdulillah anak saya membesar dengan baik... dan gemuk2 pula tu..hahaha syukur alhamdullah.. jarang sakit2 dan kalau musim demam parah bil perubatan saya kerana berjangkit satu rumah..

3. Bagaimana kehidupan harian seorang ibu pada masa kini ?

uhhhh... sangat memenatkan, rutin harian saya lepas 'punch kad' jam 5 petang saya balik menuju ke rumah,sampai jam 5.40 petang.. sampai ke rumah terlihat anak lelaki saya menyambut saya dengan senyuman di grill muka pintu.. teneng!!! haa.. mesti kecoh nanti masing2 nak tunjuk manja dengan ibu..2-2 anak lelaki saya duduk atas peha saya bila baru jer melabuhkan punggung.. alahai anak abah dan ibu ni...sabar jer lah.. jam 6.30 petang aku terus masjid untuk mengaji Al-Quran... walaupun badan masih penat aku gagahkan juga untuk pegi mengaji.. sesungguhnya aku patut bersyukur kepada Maha Esa.

4. Berapa belanja mereka bila sudah meningkat ke alam kanak-kanak ?

wow.. bab ni jangan tanya la.. rutin harian aku membelanjakan rm300 sebulan untuk membeli barang dapur..terutamanya roti dan air oren..untuk menjamin kesihatan mereka.

5. Adakah anda puas dan ingin menambah anak dimasa akan datang ?

oooo... harap2 korang jangan la berdoa lagi sekiranya aku nampak aku berlenggan berjalan di shopping complex sorang2... heloo.. memang la aku tenang sekali berjalan sorang2 nak balik lambat ke.. awal ke..alhamdulillah.. bawa anak bimbang juga karang hilang entah kemana.. mereka semua tu aktif dan perlukan pengawasan.. bab makan oohhh.. jangan tanya, anak perempuan 2 org saya tu dah pandai meng'order' sendiri naik pening sebab nak bayar bil makan..hahahaha..(macam la, dia sendiri yang nak bayar )

6. Apakah aktiviti mereka dihujung minggu dimana aktiviti seharian mereka pada cuti sekolah ?

Rutin harian saya.. hari minggu saya bangun lambat sikit, hari ahad jer saya bangun jam 8 pagi.. sebab saya 'terpaksa' pegi ke pasar basah membeli barang dapur... seronok tu seronok.. tapikan.. sikap saya yang malas ni.. kat pasar saya memang ramai kawan so selalu dapat harga murah dan segar...kadang2 1 bulan sekali saya akan bawa anak saya ke hotel untuk beristirehat... itulah saat yang mereka nantikan...setiap bulan saya terpaksa jimat-cermat sikit memandangkan saya sudah membeli sebiji apartment dan ada mengikuti kelas piano juga.. nanti kalau saya dah terer sikit saya 'add' kat sini ye..

7. apakah cabaran anda semasa membesarkan mereka ?

Cabaran saya memang banyak, cabaran saya yang pertama ialah masa dan kewangan,memandangkan suami saya bekerja sendiri.. selalu outstation manakala saya berkerjaya.. stress. so alhamdulillah.. saya perlukan strategik dan sokongan moral...yang penting saya kena banyak menyimpan untuk masa hadapan ( lagipun saya boleh mantainkan kecantikan saya ni..)

8. Adakah mencabar membesarkan mereka pada zaman 2011 ?

Cabaran saya ialah masa...mungkin suami saya sibuk.. dan saya jenis yang berdikari.. so tak terasa sangat lagi pun saya ada pembantu rumah.. kalau sorang memang patah tulang saya nanti..so saya perlukan makan yang cukup dan berfikir secara rasional.. jangan sampai ada penderaan berlaku..

Ajar anak menulis & 15 TIP kesilapan ibubapa








Memupuk Minat Menulis Secara Kreatif


” Bila anak saya nak mula belajar menulis? “. Itulah diantara persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika .

Semua ibu bapa sedar bahawa setiap anak mesti mempunyai kemahiran menulis dan ia adalah antara faktor penentu kejayaan anak di sekolah, universiti dan di dalam kerjaya.

Mengajar anak menulis merupakan amanah. Rasulullah SAW bersabda:

” Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal.”

(Hadith Riwayat At- Tarmizi)

Ramai ibu bapa yang menganggap mengajar anak menulis bermula dengan memegang tangan anak untuk mengajar menulis ABC dan 123. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan kemahiran yang banyak untuk menulis dan bermula lebih awal lagi.

Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri. Jika bayi diganggu dengan bunyi yang kuat atau pergerakan yang kasar secara tiba-tiba, refleks terkejut akan menyebabkan dia membuka jarinya seperti bintang. Refleks gengaman dan terkejut ini mestilah hilang sebelum kemahiran manupulatif diperolehi iaitu kebolehan menggunakan tangan dengan sengaja untuk melakukan pelbagai aktiviti temasuk menulis menggunakan pensil.

Perkembangan manupulasi tangan berlaku dengan pesat pada peringkat awal. Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap. Lebih kerap fungsi-fungsi itu digunakan lebih eloklah pembangunan di tahap itu.

Oleh itu ibu bapa harus sentiasa peka pada tahap dan menyokong perkembangan mereka.

Menurut ahli teori Lev Vygotsgy (1978), orang dewasa dapat menyokong (scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Vygotsky mengemukakan teori zone of proximal development- iaitu zon perbezaan di antara tahap atau kebolehan sediada kanak-kanak dan tahap lebih tinggi sedikit yang boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.

Sebagai contoh ibu bapa boleh menolong mempercepatkan refleks gengaman hilang dengan membuka jari anak satu per satu. Lakukan aktiviti dengan lagu atau nasyid. Ini mengembirakan bayi dan gengamannya akan hilang secara perlahan-lahan.

Seterusnya rasakan tapak tangan anak dengan benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan seperti berbagai jenis kain, kertas dan plastik. Semua maklumat akan sampai ke otak mereka melalui deria sentuh.

Memberi bayi memegang objek yang berlainan juga akan menolong menguatkan otot jari dan tangan mereka.

Terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak yang suka mengutip dan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Apa yang sebenar berlaku adalah mereka sudah boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil sesuatu. Pencapaian kemahiran manupulatif yang hebat ini boleh dilatih dengan memberi anak makan sendiri makanan seperti kismis dan sayuran yang dipotong kecil.

Ada kalanya anak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya. Kini otot-otot melepaskan gengaman sedang belajar bertugas bertentangan dengan otot-otot gengaman supaya kedua-dua otot yang berlainan bekerja bersama.. Bermain memasukkan dan mengeluarkan mainan dapat membantu merangsang tahap perkembangan penting ini.

Kanak-kanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperolehi kemahiran manupulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis.

Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis, awal tulis dan tulis.

Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak , meramas, menggentel, melipat menguntai ,memusing, memutar, memulas, melipat, mencantum dan melarik di atas pasir atau udara.

Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis.

Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus.

Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian..

Saya sering menjadikan aktiviti menulis satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Sebelum aktiviti membeli-belah, saya menggalakkan anak-anak untuk menyediakan senarai serta kuantiti barang yang hendak dibeli seperti dua buku roti, sepatang pensil dan empat biji limau.


Biasanya mereka akan sibuk bertanya ejaan barang yang hendak ditulis. Secara tidak langsung mereka belajar mengeja pada masa yang sama. Kadang-kadang mereka gemar menggunakan pen untuk menulis, mungkin mereka merasa lebih dewasa bila dapat menulis menggunakan pen.


Ketika membeli-belah, mereka banyak belajar membaca dan mengenal angka daripada nama dan harga barang-barang yang dipilih .


Kebiasaan ini dipraktikkan juga sebelum pergi berkelah, bercuti dan balik kampung. Anak-anak juga digalakkan untuk menyiapkan barang keperluan sendiri seawal usia empat tahun. Saya dapati aktiviti begini memberi banyak kebaikan dan memudahkan kerana ia menolong memupuk sifat bertanggungjawab, berdisiplin dan berdikari dalam diri anak dengan lebih awal.


Semalam saya dapati ada sekeping nota kecil diletakkan di atas meja solek. Ianya merupakan pesanan telefon yang diambil oleh anak perempuan saya yang berumur lapan tahun semasa ketiadaan saya . Saya juga sering menerima nota kata-kata “sayang” dan kad-kad kejutan daripada anak-anak. Menerima kejutan begini menjadikan hari saya lebih bermakna.


Untuk memupuk penulisan kreatif, saya menggalakkan anak-anak untuk berkarya seperti membuat buku skrap, menulis pantun, puisi, teka-teki dan cerita pendek. Mempunyai diari sendiri juga membantu menggalakkan anak menulis dan berkarya.

Saya gemar menampal hasil karya anak-anak di rumah sebagai tanda penghargaan dan galakan buat mereka. Bila berpeluang saya juga akan menghantar hasil karya mereka ke majalah kanak-kanak untuk disiarkan.

Semua aktiviti menulis ini nampaknya seperti terlalu awal untuk dipupuk dan ianya diluar kemampuan anak. Insya-Allah dengan sedikit tunjuk ajar, kesabaran dan istiqamah, ianya boleh dilakukan dengan baik oleh anak. Kanak-kanak peringkat ini sememangnya berpotensi untuk melahirkan penulisan kreatif, kritis dan inovatif.

Menyediakan pelbagai jenis kertas, peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang.

Pada peringkat awal, janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga.



15 Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah

* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib

(menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :

* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif

* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)

* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.



TIP BELI TANAH

Kali ni aku nak cerita pasal 'home work' yang perlu dibuat sebelum kita ambil keputusan untuk membeli rumah lelong. Aku cerita ni daripada pengalaman dan pembacaan aku. Maaf kalau ada terlebih terkurang...

1. Kita perlu dapatkan dokumen Proclamation Of Sale (POS) & Condition Of Sale (COS) daripada pihak pelelong atau ejen (sayalah tu :)). Boleh telefon dan suruh diorang fax/emel. Tengok syarat-syarat lelong, berhubung dgn segala cukai dan bil yg tertunggak. Cukai tanah, cukai pintu, Indah Water, bil air, bil api macam mana? berapa banyak dan sapa kena settlekan. Biasanya untuk bil air, api dan pembetungan (IWK) pembelilah yg kena settlekan. Jangan risau, utk bil TNB & Indah Water boleh tukar nama dgn bayar deposit rm200 shj. Yang lain (cth maintenance charges & cukai taksiran) bank boleh uruskan. Tapi hati-hati kadang2 tu ada jugak bank yang tak nak langsung bayar segala jenis bil. Semuanya atas pembeli. Kalau kes macam ni (rujuk dlm POS), kita kenalah call TNB, Syabas, IWK, DBKL, developer dan lain-lain untuk dapatkan jumlah yang tepat supaya kalau tunggakannya terlalu banyak kita boleh cari rumah lain ataupon masukkan dalam bajet.

2. Kalau dah puas hati dengan amaun bil-bil tertunggak, kita kena pegi tengok rumah/tanah yg hendak dilelong tu, macam mana keadaan/rupa dia. Ada orang duduk ke... Siapa yang duduk tu? Penyewa atau tuan rumah. FYI, hartanah lelong hanya dapat dilihat drpd luar shj. Tiada kebenaran utk masuk ke dalam. Walaubagaimanapon jika rumah tersebut tidak berkunci dan xde org, bolehla anda masuk & tengok2 apa yg patut. Boleh juga masuk dgn minta kebenaran dgn penghuni rumah (jika ada)

3. Dapatkan dokumen-dokumen yg berkaitan dgn harta tu di pejabat tanah serta dapatkan salinan. Pastikan TIADA kaveat atas hartanah berkenaan. Jika ada kaveat, lupakan saja. Banyak lagi hartanah lain kat Malaysia ni... hehehe...jujurnya saya belum pernah cek kaveat ni. Tapi saya pernah call Pejabat Tanah, katanya untuk rumah yang belum ade strata title owner x boleh letak kaveat. (Sila confirm sendiri dgn Pejabat Tanah ye…)

4. Harga hartanah paling baik adalah lebih rendah 20% daripada harga semasa. Jika hartanah tersebut memenuhi semua matlamat kita, barulah fikir-fikirkan nak masuk bid ke tidak. Untuk masuk membida, paling selesa bila kita mempunyai 15% daripada harga rizab hartanah. Kita kena buat buat bank draf di mana-mana bank sebanyak 5% atau 10% daripada harga rizab (seperti yang tertulis dalam POS). Kad kredit juga boleh digunakan tapi ada caj tambahan 2% (tertakluk pada POS).

Sgt Penting! Sila register 3 hari bekerja awal (utk RHB Bank) atau satu hari bekerja awal (utk lain-lain bank) daripada tarikh rumah dilelong. Senang je nk register ni boleh emel/sms nama penuh, no IC, alamat rumah & no telefon bimbit anda ke ctfarazila@gmail atau sms ke 0123459450 untuk tujuan pendaftaran.

5. Jika anda menang membida, kita kena settlekan baki deposit pd harga yg kita memang tu pada hari itu juga. Contoh harga rizab RM90k kita memang dgn RM105K, maksudnya kita kena tambah RM1.5K lagi utk baki deposit yg mesti settle pd hari tu jugak. Untung masuk lelong ni kalau kita ada banyak duit.

6. Selepas settle deposit, kita diberi tempoh biasanya 90 atau 120 hari (tertakluk pada POS) untuk settlekan baki harga lelong yg kita menang. Anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman bank dengan kadar segera. Saya pon boleh tolong kenalkan dengan pegawai bank & peguam yang pernah deal dengan saya. :)

Begitulah serba ringkas kalau nak masuk lelong ni... Macamana? Senangkan? Jadi jangan tunggu lagi! Dapatkan rumah lelong murah-murah sekarang! Kalau nak tanya apa-apa kat saya... Silakan! :)