KENCING MANIS

 

7 Makanan Pengidap Diabetes

Sebut saja kencing manis, ramai yang menyangka kita dah tak boleh makan yang sedap lagi dah. Walaupun mencegah adalah lebih baik dari merawat, jika anda atau keluarga anda mempunyai penyakit ini, ini adalah senarai 7 sayuran lazat yang baik untuk pesakit kencing manis:

1. Makan Buah Beri
Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan yang berkhasiat untuk pesakit kencing manis.Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan juga antioksidan.
Walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!Kebun Kita sering mengadakan promosi Strawberi. Jadi, jika anda mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit ini, jangan risau….strawberi kami sesuai dimakan!

2. Sayur Bayam
Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti vitamin C, mineral dan phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak. Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.

3. Makan Epal!
Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk anda dapatkan. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.

Sejenis serat yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah. Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.

Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.

4. Jangan lupa makan brokoli
BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis. Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.

Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
Di Kebun Kita, kami mengambil brokoli organik jadi warnanya tidak hijau seperti di pasaraya. Ini kerana brokoli kami tidak mempunyai salutan lilin yang membahayakan kesihatan.

5. Aprikot
Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal. Namun, kandungan serat dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.

6. Kubis bunga makanan terbaik untuk pesakit kencing manis
Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C. Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!

7. Makan lebih banyak buah oren
Buah oren pula merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang.
Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori. Di samping itu, buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah! Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!

Pesakit kencing manis perlu pilih makanan yang terbaik untuk kesihatan!
Jika anda menghidap kencing manis, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan. Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tinggi.