HOTEL

 


Doubletree Hilton Putrajaya


nampak best..tapi x pastikan best ke tak kan? agak2 berbaloi tak dengan penginapan?

Shangri la Golden Sands Penang


i x biasa jalan-jalan jauh ni... kalau pegi penang wajib makan nasi kandar..tapi i x tahan beratur panjang sekadar nak makan sepinggan nasi..panass lit..lit aduh..harap-harap biar berbaloilah menginap di sini kan..


Cara Pergi Ke Pulau Ketam

Cara Pergi Pulau Ketam sedikit informasi untuk pengunjung yang pergi pertama kali ke pulau tersebut. Adakah anda pernah mengunjungi ke Pulau Ketam? Pulau Ketam merupakan sebuah pelabuhan kecil dan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah Pelabuhan Klang.

Kita sering dengar mengenai pulau tersebut, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu cara untuk mengunjungi pulau tersebut. Untuk ke sana sudah tentu kena guna feri atau boat.

Sebelum itu mari baca sedikit informasi umum mengenai pulau ini. Pulau ini adalah rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira 200 tahun dahulu.

Dialek yang sering ditutur oleh masyarakat di sini ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar pulau ini. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau.

Untuk pengetahuan anda, rumah dibina tinggi kerana pulau ini akan tenggelam ketika air pasang. Di sini juga tidak ada kereta namun masyarakat sekitar selalunya menggunakan basikal atau motosikal.

Jika anda tercari cari tempat makan, jangan risau. terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang dijadikan tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.

Informasi Ke Pulau Ketam

https://semakanmy.com/cara-pergi-pulau-ketam/

Untuk pergi ke pulau tersebut, penumpang perlu menggunakan pengangkutan air dari Jeti Pelabuhan Klang. Nama komersial Jeti Pelabuhan Klang ialah Terminal Penumpang South Port.

Jeti Pelabuhan Klang terletak berdekatan dengan Pulau Ketam dan oleh itu, anda harus mengambil feri atau bot laju untuk sampai ke Pulau Ketam.

Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang ialah Soon Soon Marine Service, Perkhidmatan Feri Foo Yun dan Tong Cheng Express Services.

Tambang Boat Atau Feri

Tambang bagi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam bergantung pada jenis pengangkutan air yang dipilih sama ada bot laju atau feri.

Kadar tiket feri yang dikenakan bagi golongan dewasa per hala ialah RM 7.00 dan RM 14.00 bagi pergi-balik. Manakala, tambang feri dicaj bagi golongan kanak- kanak (5- 12 tahun) bagi sehala dan pergi-i-balik ialah sebanyak RM 4.00 dan RM 8.00. Golongan kanak- kanak bawah umur 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj tiket.

Selain itu, kadar tiket yang dikenakan bagi penumpang dewasa yang menggunakan bot laju untuk pergi ke Pulau Ketam ialah sebanyak RM 10.00 per hala dan RM 20.00 bagi pergi- balik. Penumpang boleh mendapatkan tiket feri atau bot laju di Pelabuhan Klang.

Jadual Feri Dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Ketam

Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Pulau Ketam menggunakan bot laju ialah lebih kurang dalam 20 minit.

Malah, bagi yang menaiki feri, masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi agak lama iaitu selama 30 – 45 minit. Biasanya, Terminal Penumpang South Port beroperasi dari pukul 7.00 pagi ke 7.00 malam.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan feri ditawarkan pada setiap hari. Namun, jadual perjalanan feri berbeza sedikit pada hujung minggu dan cuti umum.

Berikut merupakan masa pertama dan terakhir perkhidmatan feri beroperasi dari Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang.


  • Pelabuhan Klang (Isnin- Jumaat)- 8.45 am dan 6.30 pm
  • Pelabuhan Klang (Sabtu, Ahad & cuti umum)- 8.45 am dan 7.10 pm
  • Pulau Ketam (Isnin- Jumaat)- 7.45 am dan 5.30 pm
  • Pulau Ketam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)- 7.45 am dan 6.00 pm
  • Cara Pergi Ke Pelabuhan Klang

    Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke Pelabuhan Klang sebelum menuju ke Pulau Ketam menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas.

    Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

    Terdapat perkhidmatan bas ditawarkan dari Pasar Seni ke Pelabuhan Klang. Penumpang boleh menggunakan bas seperti Causeway Link 58K dan City Liner 703 bagi perjalanan Pasar Seni- Pelabuhan Klang.

    Seterusnya, penumpang turut boleh menggunakan perkhidmatan kereta api komuter dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan dari KL Sentral-KTM Komuter Pelabuhan Klang ialah sebanyak RM 6.40 bagi dewasa dan RM 3.20 bagi golongan kanak- kanak dan warga emas.

    .

    Jika anda hendak memandu sendiri pengunjung boleh memandu kereta untuk pergi ke Pelabuhan Klang. Bagi yang memandu kereta, terdapat tempat parkiing percuma di tepi jalan Persiaran Raja Muda Musa.

    Namun, tempat parkir ini selalu penuh. Selain itu, anda turut boleh memarkir kenderaan di tempat parkir berbayar seperti di KTM (Car Park) Sdn. Bhd, sebelah dengan stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang dan Asa Niaga Harbour City Terminal.

    Jika anda ingin membaca maklumat lebih lanjut mengenai Pulau Ketam anda boleh layari laman website rasmi Port Klang Integrated Coastal Management Project.

    BANTING: Kedudukannya yang jauh di dalam Kampung Bandar dekat Jugra di sini, membuatkan ramai tidak mengetahui sebuah istana usang di situ, pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Selangor, lebih 100 tahun lalu.

    Istana Bandar dibina Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah pada tahun 1898. 

    Baginda membiayai sendiri pembinaan istana itu pada 1899 atas tanah seluas 5 hektar dan mula didiami keluarga diraja pada tahun 1905 sehingga Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mangkat pada tahun 1938.

Ketika ini, istana yang tidak lagi didiami itu sedang dibaik pulih dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Penolong Kurator PADAT, Mohd Aidy Khairunizam Rashid, berkata baginda dikenali sebagai Raja Suleiman Shah sebelum ditabalkan sebagai Sultan dengan gelaran Ala'eddin."Baginda adalah seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.

"Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ala'eddin yang dibina berdekatan istana," katanya ketika ditemui di Istana Bandar, baru-baru ini. 

 

Mohd Aidy berkata, Istana Bandar juga turut dikenali sebagai Istana 44 Bilik, selain mempunyai ruang yang tidak mempunyai daun pintu dan bilik yang menempatkan dayang istana, selain bilik kecil di bawah tangga.

 

"Hampir keseluruhan struktur bangunan ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur manakala tangga dan pintu diperbuat daripada kayu cengal. 

 

"Keseluruhan lantai tingkat atas adalah kayu manakala lantai tingkat bawah pula diperbuat daripada konkrit," katanya.Beliau berkata, bangunan istana menampilkan seni bina Islam dari India dan Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan ukiran yang ada pada tingkap dan pintu. Selain itu, dinding istana juga menampilkan unsur ukiran dan ragam hias pengaruh China seperti ukiran ikan," katanya.

Mohd Aidy berkata, reka bentuk bangunan juga menampilkan campuran seni bina tempatan dan kolonial ekoran British sudah menapak di Tanah Melayu pada ketika itu. 

"Pengaruh kolonial jelas di lihat pada pintu gerbang istana, manakala bumbungnya dipengaruhi seni bina Acheh dengan penggunaan bumbung limas.

"Di dalam kawasan istana juga ada beberapa kolam mandi. Pada zaman dahulu, dayang istana akan mengisi air ke dalam kolam berkenaan untuk kegunaan baginda dan juga kerabat istana," katanya. 

 

Mohd Aidy berkata, Istana Bandar ditinggalkan selepas kemangkatan baginda dan kerja membaik pulih istana hanya dilakukan pada penghujung 1980-an.Pada tahun 1990, selepas kerja baik pulih dilakukan, ia dijadikan Pusat Kraftangan Daerah sebelum menjadi pusat sementara tahfiz selama beberapa tahun. 

 

"Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara dan PADAT menjalankan konservasi terhadap bangunan istana namun disebabkan kos agak tinggi, ia dilakukan secara berperingkat," katanya. 

   

Beliau berkata, perancangan untuk membuka istana berkenaan kepada umum memang ada namun ia akan mengambil masa kerana kerja konservasi yang masih berjalan.

"Istana ini berkemungkinan akan dijadikan 'living museum' ataupun Galeri Diraja. Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan," katanya.

STROKE

 




Apa itu penyakit  strok?

Strok ialah sejenis penyakit yang menyerang apabila bekalan darah yang disalurkan kepada otak terganggu atau berkurangan. Tisu otak yang kekurangan oksigen dan nutrien pula akan menyebabkan sel-sel otak mati, dan seterusnya mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi.

 

Jenis-Jenis Strok

Terdapat 2 jenis strok utama di Malaysia iaitu strok iskemia dan strok berdarah di mana 66.7% pesakit strok didapati menghidap strok iskemia manakala 33.3% daripada mereka mengalami strok berdarah. Sesetengah individu juga berpotensi untuk mengalami serangan iskemia tansien (TIA).

 Strok Iskemia

Strok iskemia berlaku apabila saluran darah tersumbat dan seterusnya mengehadkan aliran darah ke otak. Strok jenis ini merupakan strok yang paling banyak direkodkan di Malaysia, iaitu pada kadar 80%. Strok iskemia adalah jenis strok yang paling biasa, menyumbang 80% daripada semua kes strok di Malaysia.

Masalah saluran darah tersumbat selalunya disebabkan oleh embolisme ataupun trombosis. Embolisme terjadi apabila gumpalan darah beku bergerak melalui aliran darah dan tersimpan di dalam saluran darah di bahagian otak.Trombosis pula berlaku akibat deposit lemak yang menyebabkan saluran darah di dalam otak menjadi sempit dan tersumbat.

Strok Berdarah

Satu per tiga kes strok di Malaysia adalah berpunca daripada strok berdarah. Strok ini terjadi apabila terdapat keboccoran saluran darah di dalam otak yang mengakibatkan pendarahan otak.

Kebocoran saluran darah ini lazimnya berpunca daripada kecuaian dalam mengurus tekanan darah tinggi, trauma, penggunaan penipis darah/antikoagulan yang berlebihan, benjolan pada titik lemah disepanjang salur darah (aneurisme), deposit protein disepanjang dinding salur darah yang menyebabkan terbentuknya titik lemah (cerebral amyloid angiopathy) serta strok iskemia yang manyebabkan strok berdarah.

Serangan Iskemia Transien

Pesakit yang terkena serangan iskemia transien ataupun strok ringan biasanya mengalami serangan strok yang menyeluruh dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang tidak kurang daripada 5 minit.

Sama seperti strok iskemia, serangan iskemia transien ini berpunca daripada pengurangan aliran darah ke otak disebabkan saluran yang tersumbat. Walaupun iskemia transien tidak mempunyai kesan jangka panjang kepada tubuh badan, ia boleh silihat sebagai petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai arteri yang sempit ataupun separa tersumbat. Hal ini meningkatkan lagi risiko untuk individu berkenaan diserang strok di masa hadapan. Sekiranya anda mengalami gejala strok, anda hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan walaupun gejala yang dialami sudah semakin reda. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana adalah agak sukar untuk membezakan iskemia transien dengan strok jenis lain hanya berdasarkan gejala.

Tanda-tanda Strok

Jenis strok yang pelbagai serta kondisi otak yang terjejas pada bahagian yang berlainan boleh menimbulkan gejala yang berbeza. Cara termudah bagi mengingat gejala-gejala ini adalah melalui akronim “BE FAST” yang secara tidak langsung turut menekankan kepentingan bertindak dengan segera apabila strok mula menyerang.

Balance (Keseimbangan): Individu yang terkena selaulnya merasa pening dan boleh juga terjatuh kerana hilang koordinasi.

Eyes (Mata): Strok juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur ataupun gelap. Ada juga kes di mana individu terkena strok mengalami masalah melihat menggunakan sebelah mahupun kedua-dua belah mata.

Face (Muka): Strok juga boleh menyebabkan muka menjadi kebas, kebiasaannya hanya pada separuh bahagian muka yang boleh mengakibatkan muka seakan jatuh pada sebelah bahagian (facial drooping).

Arm (Lengan): Hilang keupayaan untuk mengangkat sebelah lengan ataupun kondisi yang menyebabkan sebelah lengan jatuh juga merupakan salah satu tanda strok.

Speech (Percakapan): Individu yang terkena strok juga boleh menjadi kebingungan, sukar untuk bercakap dan memahami percakapan orang lain serta bercakap secara tidak jelas.

Time (Masa): Masa merupakan aspek paling penting untuk merawat strok. Hal ini demikian kerana setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan satu persatu sel otak mati. Hubungi 999 dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas.

Gejala strok yang lain termasuklah pening kepala yang melampau secara tiba-tiba, muntah-muntah serta keletihan. Kenali tanda-tanda awal strok dan cara-cara membantu mangsa strok 

 5 Cara Membantu Individu Mengalami Strok

Hubungi 999 Dengan Segera

Setiap saat amat berharga dalam merawat strok. Kemungkinan bagi sel-sel otak untuk mati adalah tinggi sekiranya setiap minit berlalu tanpa ada apa-apa tindakan selanjutnya. Sekiranya anda mendapati terdapat individu yang menunjukkan gejala-gejala strok, anda disarankan menghubungi talian 999 secepat mungkin dan anda tidak perlu membawa pesakit ke unit Kemalangan dan Kecemasan sendiri.

Menghubungi 999 bukan sahaja mempercepat urusan perjalanan pesakit ke hospital, malahan paramedik yang terlatih juga boleh mengenalpasti gejala strok yang perlu ditangani terlebih dahulu semasa dalam perjalanan. Unit kecemasan juga akan diberitahu untuk bersiap sedia dengan tindakan selanjutnya bagi merawat pesakit dengan segera sejurus sahaja pesakit tiba di hospital. Selain itu, paramedik terlatih juga boleh menyarankan rawatan di hospital khas strok yang lebih efisien dalam merawat strok dan mampu menyediakan bekalan darah dengan pantas. yang bersedia strok.

Catatkan Waktu Gejala Bermula

Rawatan yang efektif bagi serangan strok mampu menghentikan gejala daripada berlarutan. Namun begitu, rawatan tersebut hendaklah diberikan dalam tempoh 6 jam daripada waktu gejala bermula.

Oleh itu, mendapatkan waktu bermulanya gejala sangat membantu untuk memastikan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.

Memberikan Bantuan Pernafasan (CPR) Sekiranya Perlu

Terdapat juga kebarangkalian bagi individu yang terkena strok untuk tidak sedarkan sewaktu serangan berlaku. Sekiranya individu tersebut tidak sedarkan diri, periksa nadi dan pernafasannya. Sekiranya nadi tidak berdenyut, anda disarankan memberikan bantuan pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dengan segera.

Elakkan Memberi Makan dan Minum

Elakkan memberi makanan dan minuman kepada individu yang disyaki terkena strok. Strok bukan sahaja boleh menyebabkan kelemahan otot malahan juga kelumpuhan. Hal ini boleh menyebabkan pesakit tercekik sekiranya diberi makan ataupun minum.

Jangan Berikan Sebarang Ubat

Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berbeza bergantung kepada jenis strok yang menyerang. Contohnya, penipis darah aspirin digunakan untuk merawat strok iskemia tetapi ianya akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit yang diserang strok berdarah.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak memberikan ubat sebarangan kepada pesakit terutamanya apabila jenis strok yang menyerang sukar untuk ditentukan. Memberikan ubat yang tidak spetutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan erta membahayakan nyawa mereka.

 

Punca-Punca Strok

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu diserang strok. Antaranya termasuklah faktor yang tidak boleh diubah seperti umur dan sejarah keluarga serta faktor yang boleh dikawal iaitu faktor gaya hidup.

Umur

Untuk pengetahuan anda, arteri dalam badan akan menjadi semakin sempit dan keras saban tahun. Oleh itu, risiko untuk seseorang mendapat strok adalah semakin tinggi apabila bertambahnya usia.

Sejarah Keluarga

Sesetengah strok juga berpunca daripada masalah genetik yang menyebabkan aliran darah ke otak tersumbat. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah mengalami strok, risiko untuk anda terkena strok juga adalah tinggi.

Berat badan

Berat badan berlebihan juga berpotensi untuk membuatkan seseorang individu menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi serta sakit kencing manis tahap 2. Kesemua penyakit ini berupaya untuk mendatangkan risiko strok kepada penghidapnya.

Pengambilan Alkohol Berlebihan

Pengambilan alkohol yang tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan darah serta berpotensi menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Hal ini mampu meningkatkan lagi risiko strok terhadap seseorang individu.

Merokok

Asap rokok, termasuklah asap rokok yang dihidu oleh individu bukan perokok boleh menyebabkan pembentukan lemak dalam arteri leher yang berupaya memekatkan darah dan seterusnya membentuk darah beku. Kandungan nikotin dalam asap rokok pula mampu meningkatkan tekanan darah dan hal ini boleh mengundang risiko strok kepada individu yang terdedah kepada asap rokok.