PULAU INDAH ,KLANG

 


Pulau Indah atau nama lamanya, Pulau Lumut, merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri SelangorMalaysia 



Gambar 1: Tutup pula kedai time mengidam makan ikan bakar


Daerah Klang ini seperti yang kita tahu sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan boleh dikatakan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kerana kesibukan kapal-kapal yang masuk ke sini, dan jangan lupa ianya juga mempunyai tarikan menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah 

Tarikan Tepi Pantai dan Pulau
Tanjung Harapan
Pulau Ketam
Pantai Acheh, Pulau Indah
Laguna Park, Pulau Indah
Port Klang Cruise Centre

Tempat Membeli-Belah di Klang
Wisma GM Klang Wholesale City
AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
Little India Klang
Pasar Jawa Klang

Tarikan Alam Semulajadi & Taman Reakreasi
Taman Rakyat
Taman Pengkalan Batu
Padang Sultan Sulaiman
Taman Bandar Diraja

Gambar 2:Anda tahu tak? kenapa jala dipasang ditebing sungai ni?


Tempat Bersejarah & Mercu Tanda Klang
Gedung Raja Abdullah
Kota Raja Mahadi
Masjid Diraja Sultan Sulaiman
Jambatan Kota
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Masjid Bandar Diraja Klang
Masjid India Muslim Tengku Kelana
Taman Tugu Keris
Dataran Seni



Gambar 3:Suami kata balik lah..dok termenung pun tuan kedai tak nak buka pintu.. sudahlah jauh datang 1st time ke Pulau Indah


Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit. Namun, ia menjanjikan pemandangan dan landskap pantai yang menarik untuk melaksanakan aktiviti seperti berkhemah, santai petang dan berkelah. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah parasailing dan memancing. anda boleh melangkah ke hadapan sikit di kawasan bot-bot nelayan untuk mencari kawasan atau port memancing yang terbaik.

Yang inginkan aktiviti berkelah lebih privasi memang sangat elok untuk singgah dan berehat di Pantai Acheh ini. Masih tidak ramai yang singgah ke sini.


Gambar 4:Nampak banyak perahu kat sungai ni, bila entah boleh datang lagi..hmm


Satu lagi tarikan menarik yang ada di Pulau Indah ini adalah Laguna Park. Di sini juga sangat sesuai untuk aktiviti memancing dan riadah petang bersama anak-anak. Di sekitar kawasan terdapat pondok rehat, jeti kecil dan restoran-restoran menarik untuk dicuba




Gambar 5:bye..bye.. Chandayu.. sebut-sebutlah nama saya untuk datang ke restoren awak, susah benar nak ajak 'laki' ke sini.. dia suruh balik da..

Jadinya, kalau korang berhasrat untuk bercuti dan berehat dari kesibukan ramai orang, Pantai Acheh dan Laguna Park yang terletak di Pulau Indah ni memang sesuai dijadikan lokasi percutian. Cumanya kalau korang nak ke sini better pergi dari awal pagi untuk dapatkan panorama indah waktu pagi ataupun panorama petang. Janganlah korang terpacak tengah hari buta weyyyhhh.. Panas berdenting la  kat laut ni.. Habis lencun nanti korang. Haha.. Yang suka bergambar pemandangan macam LeYa memang eloklah ke sini sebab tak ada orang nak photo boom kita. 

Selamat berhujung minggu.

BALIK RAYA 2024





Gambar 1:



Gambar 2:


Gambar 3:

Gambar 4: Alo..mamanya baik pergi ambik gambar depan dalam air laut tu, gelap da muka papa dan 2 anak teruna ni...ok..tak pelah asal ambik gambar.



Gambar 5:sabar yeee... tunggu ombak datang.. raya bayu angin dulu kawan-kawan




Gambar 6:get ready semua.. air ombak nak datang ni..hehehe.. ;)



Gambar 7: Amboiiii... deras sungguh air pantai berombak kali ni. Memang best balik kampung, nasib baik orang tidak ramai hari ni.




Gambar 8:Apalah yang di bincangkan antara anak dan bapanya.. baru-baru nak rasa kaki air pantai..sudah lama tidak ke pantai berdekatan kampungku.




Gambar 9:'Laki' rasa sangat happy melepas kan stress masalah yang ada di dalam kepala hotak..hehe




Gambar 10:Anak ku Danish termenung panjang "berfikir seronok agaknya dapat mandi air pantai..hmm'
 

PERGI KE GENTING