akhir tahun 2025 macam ni, adalah masa untuk saya balik kampung, menziarahi sanak saudara, ibu adik beradik, anak saudara dan kawan bestie ibu saya, sebagai anak perantauan ini jiwaya sesekali rindu kampung halaman, masakan ibu dan kenangan yang telah telah alami semasa kecil dikampung halaman. Tapi masa sangat mencemburui saya sebagai Pendidik negara, balik sekejap dan tenaga tidak macam dahulu sudah, selepas menerima 2 dos vaksin, tubuh saya banyak mengalami perubahan baik mental dan fizikal rasa cepat penat macam orang tua.
saya memang suka pantai yang sunyi sikit, lagi pun waktu pagi , udara masih segar. Jangan tanya tau laluan hiking naik bukit lalu kat mana, saya ni nama je orang Besut, saya tiada teman nak berjalan bersama naik bukit setakat ni.Suami pun tidak minat. Apakan daya, terpaksalah gigih jalan sorang-sorang, kawan perempuan pun tak minat masalahnya.
sini klu nak mandi pantai tempat tandas awam disediakan juga, tempat lepak kerusi pun banyak. Amaran kalau nak mandi jangan pergi jauh dengan orang yang ada mandi bersama, bukan apa jika ada kecemasan mudah nak panggil, bulan 12 macam ni pagi-pagi pun ombak u all kena hati-hati
tak ramai orang mandi masa ini
tenang rasa jiwa setelah penat bekerja melihat laut membiru di pantai bukit keluang, sebelum balik beli ais cream yang ada jual dengan motosikal, bukan abang bangla tau yang jual... sini kalau hari minggu memang penuh sesak juga sebab ramai orang yang kerja dari KL dan shah alam suka ke pantai

















