PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL


Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional /
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)



  • Gred:
     DV29,DV35, DV37, DV39, DV41, DV43, DV47, DV51, DV53
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Tempat Bertugas: Kementerian Sumber Manusia
    • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
    • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
    • Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Jadual Gaji:
GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan
Gaji Tahunan
DV29RM1,549.00RM5,701.00RM145.00
DV35RM3,255.00RM7,438.00RM180.00
DV37RM3,630.00RM7,924.00RM195.00
DV39RM5,015.00RM9,001.00RM225.00
DV41RM2,322.00RM9,643.00RM225.00
DV43RM3,608.00RM10,557.00RM250.00
DV47RM5,208.00RM11,766.00RM270.00
DV51RM5,857.00RM12,446.00RM290.00
DV53RM6,179.00RM13,252.00RM320.00
 
SYARAT LANTIKAN :
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a)warganegara Malaysia; 
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
 
   
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29
 
(c)  
(i)sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang   diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
 
(ii)sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
 
(iii)Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau
 
(iv)Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau
 
(v)diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajiantinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau
 
(vi)diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).
 
   
KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV41
 
(d)  
(i)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang teknologi kejuruteraan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41: RM2,322.00); atau
 
(ii)ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah, ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV41:RM2,529.00).
 
 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) dan 1(d) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
   
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV35, DV37, DV39 
3.Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV35, DV37 atau DV39 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut: 
(a)memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(c) dan 2; dan 
(b)mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV35: RM3,225.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV37: RM3,630.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV39: RM5,015.00.
 
   
SYARAT LANTIKAN TERUS KE JAWATAN PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV43, DV47, DV51, DV53
 
3.Calon adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Latihan Vokasional Gred DV43, DV47, DV51 atau DV53 yang kosong jika memenuhi syarat-syarat seperti berikut: 
(a)memenuhi syarat lantikan seperti di perenggan 1(a),1(b),1(d), 1(d) dan 2; dan 
(b)mempunyai tahap pengalaman/kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang ketukangan berkenaan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DV43: RM3,608.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV47: RM5,208.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV51: RM5,857.00/
Gaji permulaan ialah pada Gred DV53: RM6,179.00)
DESKRIPSI TUGAS :
Penolong Pegawai Latihan Vokasional
  • Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
  • Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
  • Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
  • Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
  • Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
  • Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
  • Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
  • Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
  • Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
  • Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pegawai Latihan Vokasional
  • Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.
  • Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.
  • Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
  • Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian "work load" semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.
  • Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan perisian latihan.
  • Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.
  • Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.
  • Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.
  • Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.
  • Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.
  • Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.
  • Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.
  • Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar.