ADAKAH ANDA FAHAM APA ITU INFLASI ?

APA ITU INFLASI?

Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum"

bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.

"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum

meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.

KESAN-KESAN INFLASI

Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.

Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn eftikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos

Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan

Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang

Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang

Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.

Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)

Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran

wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)

Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.

Pentadbiran

i. Menggalakkan Persaingan

Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.

ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan

Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

PENYEBAB OTAK ROSAK

1. Tidak makan sarapan pagi

Jika seseorang tidak sarapan pagi, taraf gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Makan Berlebihan

Hal ini akan membebani pembuluh darah di otak dan mengurangi kepekaan mental otak. Makanlah secukupnya tidak kurang dan tidak berlebih.

3. Merokok

Asap rokok dapat mengakibatkan sel-sel otak ’terbakar’ dan bisa mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer‘.

4. Penggunaan Gula yang berlebihan

Menggunakan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Misal kita selalu minum tea dengan gula yang berlebihan. Selain gula yang berlebihan dapat mengganggu perkembangan otak yang sehat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara bisa menyebabkan pengurangan cadangan oksigen ke otak dan keaktifan otak. Nah mungkin bagi yang sering mengendarai sepeda motor di tengah polusi udara khususnya di kota-kota besar, sebaiknya memakai masker/penutup hidung sebagai salah satu alternatif hadapai pencemaran udara

6. Tidur yang berlebihan

Tidur adalah bagus untuk mengistirahatkan otak tetapi waktu tidur yang terlalu panjang bisa mengakibatkan sel-sel otak kita akan mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka dapat mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida dibandingkan oksigen dan dapat menyebabkan kerusakan pada otak.

8. Membiarkan otak bekerja ketika kita dalam keadaan kurang sehat

Bekerja ketika anda kurang sehat bisa mengurangi kemampuan otak dan juga menyebabkan kerusakan pada sel-sel otak.

9. Kurang berimajinasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimajinasi bisa menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun tetapi jangan terlalu berimajinasi karena hal-hal yang terlalu berlebihan tidak baik termasuk untuk otak kita.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif bahkan kalau kita jarang menggunakan otak untuk berfikir dapat menyebabkan tahap pikun lebih awal. Berhitunglah, misal menghitung dollar bermain matematika atau menghitung yang ini. Oleh itu, sering-sering berfikir sesuatu mungkin dalam fikiran itu dapat bermanfaat bagi kita semua apalagi bersamaan dengan hari kemerdekaan Indonesia mari kita majukan Indonesia tercinta.

Makanan untuk otak

    Agar kita dapat meningkatkan daya ingat, kita harus memilih makanan yang baik, makanan untuk otak dan hal itu dapat meningkatkan kekuatan otak serta sistem syaraf kita. Banyak kajian yang menyatakan bahwa pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak hingga 50%. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan antara lain:

. Bijirin dan kekacang ( badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda )

· Sayur – sayuran ( lobak merah, halia )

· Tumbuhan herba ( ginkgo biloba )

· Air ( air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi )

· Daging ayam

· Telur ayam

· Vitamin B ( Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) )

· Ikan tuna

· Ulam – ulaman ( pegaga, daun sadri, kemangi )

· Buah – buahan ( anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry )

· Roti

· Minyak ( minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage )

Dan yang penting, makanan tersebut haruslah segar, baik, halal, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan serta tiada pewarna tiruan. Mari kita tingkatkan daya ingat kita, dengan memakan makanan yang baik

SARAPAN PAGI UNTUK OTAK

Pengenalan

Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.

Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.

Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan ber

Faedah :

Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak le-bih tinggi dan kuat), tetapi jugamerangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan.

Manfaat :

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.

Contoh makanan :

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Sedihnya, masih ramai masyarakat kita belum mampu menjadikan sarapan sebagai satu kemestian di dalam hidup mereka atau jika diambil pun pada waktu berbeza-beza.

Kajian :

Kajian membabitkan 1,500 responden daripada empat perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati, lelaki yang diberi bu-bur nasi kaya khasiat sebelum umur tiga tahun mempunyai pendapatan 46 peratus lebih tinggi bagi setiap jam berbanding kumpulan kawalan yang menerima kurang khasiat.

Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan. Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga).

Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal(menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda. Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.

Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan. Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.

Kajian UKM :

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000 murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak bersarapan.

Antara alasan paling kerap diberi ialah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Manakala pilihan makanan sarapan paling lazim ialah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.

Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan. Sebaliknya, kekerapan makan bersama keluarga menurun. Berdasarkan kajian, hanya 68 peratus kanak-kanak sekolah rendah makan malam bersama keluarga.

Sebenarnya, kanak-kanak tahu mengenai nilai pemakanan, tetapi pengetahuan ini tidak mencerminkan tabiat makan mereka. Hampir 77 peratus kanak-kanak sekolah rendah tahu mereka perlu bersarapan. Golongan yang tidak bersarapan akan makan mi atau mihun goreng, nasi lemak atau nasi goreng pada waktu rehat di sekolah. Malah, murid yang bawa bekal juga makan mi, mihun atau nasi goreng, atau nasi lemak di kantin menggunakan duit belanja yang diberi ibu bapa.

Kanak-kanak kini tidak lagi aktif sebagaimana sepatutnya. Dalam kajian itu penyelidik mendapati:

25 peratus kanak-kanak mengalami masalah berat badan

13.2 peratus kurang berat badan (10 peratus bagi kumpulan tujuh hingga sem-bilan tahun dan 17 peratus bagi kumpulan 10 hingga 12 tahun)

11.7 peratus berlebihan berat badan (lima peratus dari kumpulan tujuh hingga sembilan tahun dan 21 peratus untuk kumpulan 10 hingga 12 tahun)

Ditanya bagaimana mereka menghabiskan masa lapang, kira-kira 76 peratus menjawab di depan televisyen. Hanya 24 peratus terbabit dalam aktiviti cergas. Aktiviti paling biasa ialah berbasikal, bermain badminton atau berlari.

Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul FaKamarul Zaman, ber-kata kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik antara faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Berdasarkan Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, sebanyak 10.5 peratus murid sekolah di negara ini mengalami masalah berlebihan berat badan dan enam peratus lagi termasuk dalam kategori sangat gemuk atau obes