JIN

Sila pasang dan baca sur Artikel kali ini kita akan lihah al- Baqarah 

https://youtu.be/kkk29xzJbAo?si=wdNAhna6OwCKxcrh 

sebagai pendinding disamping selalu pasang azan di 4 penjuru di dalam rumah, sebab-sebab kenapa jin gemar mengganggu manusia sama ada bayi, remaja, orang tua, muda, lelaki dan wanita. Jahat sungguh jin atau syaitan ni. Sebab tu Allah dah isytiharkan bahawa jin syaitan itu adalah musuh utama manusia. Tetapi malangnya ada sebahagian manusia yang bertuhankan jin syaitan dan meminta pertolongan dan perlindungan daripada mereka. Lebih jahat lagi menggunakan jin syaitan untuk merosakkan manusia lain atau perniagaan mereka dengan menghantar santau kepada orang lain kerana hasad dengki yang kesumat dalam hati mereka.

Tutup makanan dan pintu rumah... Elak kediaman diganggu jin dengan 7 amalan ini Jadi, kenapa jin syaitan sangat suka mengganggu manusia? Mesti ada sebabnya. Sebelum itu kita perlu tahu bahawa memang kerja jin syaitan dan dia telah bersumpah dengan Allah akan menganggu, menyesatkan manusia, menyuruh melakukan perkara yang dimurkai Allah. 1. Boleh jadi jin jatuh cinta kepada manusia Jin betina akan masuk ke dalam badan manusia lelaki dan jin jantan akan masuk ke dalam badan manusia perempuan. Kenapa dia boleh jatuh cinta? kerana ada kesamaan antara aktiviti atau perlakuan manusia yang menyerupai perlakuan jin seperti bersolek seperti jin, berpakaian seperti jin menggunakan topeng-topeng seperti jin syaitan dan sebagainya. Jin akan mudah merasuk dalam diri manusia terutama bagi mereka yang lemah semangat.


 Sebab tu Nabi Muhammad SAW menyarankan supaya kita menutup aurat. Nabi SAW juga melarang kita mandi telanjang kerana bimbang jin berkenan dan jatuh cinta dengan manusia. Terdapat satu kes di mana remaja perempuan ini cantik dan dia dimasuki jin. Apabila disuruh keluar dari badan, jin tu tak mahu keluar dan wanita itu menangis teresak- esak. Katanya: “Kalau aku keluar nanti remaja ni akan kahwin dengan manusia.” Tapi akhirnya dia keluar dan dinasihatkan supaya memeluk Islam dan kahwin dengan jin muslimah. Mana boleh jin kahwin dengan manusia! 2. Orang yang selalu melakukan perkara syirik kepada Allah Golongan yang suka melakukan perbuatan syirik akan didekati jin. Antara perbuatan syirik itu seperti suka membuat ramalan, melakukan amalan dan kepercayaan yang membawa kepada terjadinya syirik atau menyekutukan Allah. 3. Jin keturunan atau kita panggil jin saka Jin ini diwarisi oleh datuk nenek seseorang dan apabila datuk dah sakit atau meninggal, jin itu akan cari pengganti badan keluarga yang lain. Bukan setiap orang yang akan dimasukinya tetapi jin pun ada kriteria orang yang akan dipilihnya. Iaitu yang ada kesamaan perlakuan seperti jin. Contohnya jika seseorang itu panas baran, selalu marah marah, terlalu sedih, depresi, jarang baca al- Quran, malas solat, berpakaian seksi dan suka mendengar muzik haram dan sebagainya. Minggu lepas Alhamdulillah dengan izin Allah saya keluarkan jin saka dari seseorang yang diwarisi oleh datuknya. Asalnya datuknya bela jin itu dengan memberi makan buah-buahan dan memujanya. Nauzubillah amalan syirik kepada Allah. Datuknya sakit kemudian jin itu dipindahkan kepada emaknya. Hati-hati berjumpa bomoh kerana ada diantaranya menggunakan jin sebagai pendamping. Gambar hiasan. Emask dandan ayahnya pun turut sakit, disuruh buang emaknya cakap sayang kat jin tu. Astaghfirullah! Apabila cucunya sendiri diganggu dan dah masuk dalam badan dia barulah jumpa saya. Alhamdulillah akhirnya jin saka tu dikeluarkan dari badan dengan izin Allah. Akibat gangguan jin itu, si cucu tadi mengalami kesakitan setiap kali mendengar azan, mendengar bacaan al-Quran, ketika mengambil wuduk dan ketika bersolat. 4. Jin rasa disakiti Sebab tu nabi SAW menegah kita kencing atau buang air besar dalam lubang-lubang atas tanah, atau atas tulang-tulang yang mana ini merupakan makanan mereka. Ataupun boleh jadi kita tinggal di lokasi kediaman jin. Pernah berlaku dalam rumah saya sendiri yang menjadi tempat tinggal keluarga jin. Sebab tu sebenarnya kita kena periksa dahulu kalau nak sewa atau beli rumah. 5. Jin zalim Memang terdapat dalam kalangan jin perangai mereka macam gengster iaitu kerjanya buat jahat je terhadap manusia. Anak saya bulan lepas eksiden kereta dipulasnya stering kereta dan langgar dua batang pokok sehingga tumbang pokok tu. Anak saya alhafiz (hafal al-Quran) pun diganggunya. Tapi dia tak ada apa-apa kecederaan kerana Allah menjaganya, 30 juzuk ayat Allah di dalam dadanya. 6. Jin yang dikirim ahli sihir, dukun, pawang, bomoh Sama ada melalui makanan, minuman, ditanam di rumah kita dan sebagainya yang kita namakan santau. Ni sangat banyak berlaku dalam masyarakat kita dek kerana hasad dengki yang amat tinggi dengan cara berjumpa bomoh dan santau menggunakan khidmat jin. Nauzubillah! 7. Ritual pengisian ilmu hitam dan tenaga dalam Ada pelajar diploma saya satu masa dia balik kampung pada cuti semester dan menyertai pertandingan silat. Maka gurunya masukkan dua ekor jin dalam badan dia supaya kuat dan akhirnya dia menang pertandingan tu. Barang-barang lama atau purba sering dikaitkan mempunyai jin kerana ia dipercayai dipuja suatu ketika dahulu. Gambar hiasan. Tapi apabila dia balik ke kolej, pelajar tadi selalu mengganggu orang dan setiap kali nak exam dia akan elakkan diri selain kerap sakit meracau-racau sehingga tak boleh nak jawab peperiksaan. Ini menunjukkan jin akan gagalkan manusia dari pembelajaran dan ilmu yang dicari. Akhirnya terpaksa menangguh tiga semester dan akhirnya gagal tamatkan diplomanya. 8. Menyimpan barangan lama atau barang purba Memiliki benda pusaka yang dimasukkan jin seperti keris lama, batu akik, kepala lembu, rusa atau kambing yang disangkuk di dinding. Benda ni mengundang jin. Semalam saya berhenti solat di satu surau R&R dan terlihat kedai barang antik. Ada pakcik bercakap dengan saya katanya dia ada beli keris lama dan berjumpa dengan seorang ustaz dan katanya keris tu ada penunggunya ni. Terkejut dia! 9. Jumpa dukun atau bomoh Sering mendatangi dukun, bomoh, pawang yang menggunakan khidmat jin syaitan. Kemungkinan besar seseorang itu akan dimasuki jin. Upacara mandi bunga pun akan menyebabkan jin dimasukkan dalam badan kita supaya nampak cantik dan sebagainya. 10. Jiwa kosong Sering melakukan maksiat mendengar lagu dan muzik haram dan tidak ada benteng pertahanan dari jin malahan mengundang makhluk itu. Perokok juga akan didampingi jin kerana bukan dia sahaja yang menghirup asap rokok kerana asap itu adalah makanan jin. 11. Berasa takut Sering berasa takut yang teramat atau terlalu sedih, lalai atau sering marah-marah. Sebab marah adalah senjata tajam jin syaitan dalam merosakkan manusia. 12. Masuk dalam badan kerana ‘ainul hasad’ Jin masuk ke dalam badan kita kerana “ainul hasad”. Jin itu dari orang yang hasad dengki kepada kita atas pelbagai sebab seperti kita lebih kaya dari dia, lebih senang, lebih pandai, lebih cantik dari dia dan dia mempunyai jin maka jinnya akan masuk ke dalam badan kita ketika dia memandang kita dengan penuh kedengkian, hasad, marah, cemburu dan benci. Sebab tu kita jangan menunjukkan kelebihan kita dengan niat yang salah dan kita tidak ada penbentengnya. 13. Amalan salah Melakukan amalan yang menyalahi sunnah seperti bepuasa putih selama 7 hari berturut-turut disertai dengan buka puasa bersama nasi putih dan makan nasi putih dengan tujuan untuk mendapat kekebalan tertentu. Membaca ayat al-Quran dengan cara terbalik atau menukar ayat-ayat Quran dan sebagainya. Ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW bahkan ia mendatang kemurkaan Allah dan disukai oleh jin syaitan. Secara umumnya jika kita tidak melakukan sebab-sebab di atas insyaAllah kita akan dijauhi dari gangguan jin syaitan tetapi kalau dah ada gangguan maka kita masti halau atau buangkan jin tu. Sebarang pertanyaan boleh whatsapp ustaz di 011-1144 8987 untuk memohon kesembuhan dari Allah dari gangguan jin dari badan, rumah, kenderaan, pejabat dan sebagainya. Dengan izin Allah, insyaAllah, Allah akan berikan kesembuhan. Kita hendaklah yakin bahawa Allah berfirman: “Dan kami turunkan al-Quran sebagai ubat kesembuhan dan rahmat bagi orang-orang yang beriman” - [al-Isra’:82]. Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita. Wallahua’lam. ***Ustaz Shams ialah pensyarah di sebuah universiti

NABI DI LEMPAR NAJIS

Pada awal dakwah, Rasulullah saw sering kali dihina, dicaci, dibuli dan diperlakukan dengan zalim oleh orang-orang Quraisy disebabkan agama baru yang dibawa oleh Baginda saw. Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa pernah satu kali baginda solat dekat Ka’bah. Berhampirannya terdapat Abu Jahal dan beberapa orang rakannya sedang duduk di situ. Sebahagian berkata : siapakah di antara kamu yang berani mengambil kotoran unta bani fulan dan meletakkannya di atas belakang Muhammad yang sedang solat? Maka bangkitalah manusia paling celaka iaitu Uqbah bin Abu Mu’aith dan dia datang dengannya. Dia menunggu dan
memerhatikan Nabi saw yang sedang solat. Bila Baginda sedang sujud dia meletakkan kotoran itu di antara bahu Rasulullah saw. Ibn Mas’ud berkata : aku melihat sendiri kejadian itu tapi aku tidak mampu untuk mencegahnya. Abu Jahal dan kawan-kawannya ketawa terbahak-bahak sambil saling tunjuk menunjuk antara satu sama lain. Baginda terus sujud dan tidak dapat mengangkatnya sehinggalah puterinya datang dan membuang kotoran yang terdapat di atas belakang Nabi saw. Barulah Baginda dapat bangkit dari sujud dan mengangkat kepalanya. Kemudian baginda saw bersabda ; ” Ya Allah, Hukumlah Orang-orang Quraisy ini!” Nabi saw mengucapkannya sebanyak tiga kali sehingga mereka semua berasa kesal kerana Muhammad saw telah mendoakan kecelakaan ke atas mereka. Mereka tahu doa di baitullah adalah mustajab. Kemudian Nabi saw menyebut nama-nama mereka. Ya Allah hukumlah Abu Jahal, hukumlah Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, al-Walid bin Utbah, Umayyah bin Khalaf, Uqbah bin Abu Mu’aith. Demi yang diriku di tanganNya, aku telah melihat sendiri orang-orang yang disebutkan oleh Nabi saw bergelimpangan di lembah Badar. ( Imam al- Bukhari, kitab al-Wuduk ) Pengajaran : 1- Cacian, penghinaan, fitnah adalah asam garam usaha dakwah kepada kebenaran. 2- Diharuskan berdoa keburukan kepada mereka yang melakukan kezaliman atau melampaui batas. 3- Sentiasalah berdoa dan jangan berputus asa kerana doa Nabi saw tidak ditunaikan serta merta malah bertahun-tahun baru doa nabi menjadi kenyataan. Jarak peristiwa ini dan perang Badar yang berlaku pada tahun pertama hijrah satu waktu yang lama baru Allah makbulkan doa nabi saw. 4- Jangan melakukan sebarang kezaliman kepada sesiapa kerana doa orang yang dizalimi adalah mustajab. Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh kita semua.