Nama Timangan anda :
Su
Umur dah berapa ?
Dalam 30 –an
Kenapa anda rajin-rajin taip tentang pengenalan anda di sini ?
Supaya anda semua rajin membaca blog, mengenali diri saya dan yang paling penting anak murid saya akan selalu ingat kat saya dan boleh bertukar pendapat, nasihat dan menjadi teladan bila baca halaman saya bila-bila masa sampailah ke tua.
Anda rasa anda lawa tak ?
Emm.. saya ni jenis biasa-biasa jer, ada kata saya cun tp pada pendapat saya dalaman yang lebih adalah yang terbaik kerana dengan kecantikan manusia bole lupa diri, adanya fitnah dan nak menjaganya pun muka dan badan bukan senang (pakai duit banyak & kena rajin)… kan sederhana tu lagi baik
Anda suka warna apa ?
Pink kerana warnanya cantik dan lembut
Apakah aktiviti anda di hujung minggu ?
Mengemas rumah dan melayari Youtube
Apakah makanan kegemaran anda ?
Sate dan ‘telur sotong’
Apakah minuman kegemaran anda ?
Air masak
Macammana pula dengan hobi anda ?
Saya suka tido, melayari internet, memandu kereta, mencuba masakan baru dan kebiasaan masa saya suka menonton tv.
Anda kebiasaanya suka pergi kemana ?
Saya suka pegi ke pasar kerana kat sana saya boleh melihat ikan, ayam dan boleh dapatkan bahan makanan yang mentah yang segar dan murah. Saya beli secara pukau sampaikan akak yang jual kat pasar tu kenal saya dah jadi 'regular' costumer da... so dapat beli dengan harga 'special/diskaun' skit .. saya suka beli 'ikan kering' boleh buat masak pulut pagi-pagi hari Ahad... masak 'ketupat sotong.. saya kalau kat rumah ada lebih masa.
Bagaimana kerjaya anda ?
Saya bekerja sebagai Penolong Pegawai Latihan.
Balik kampung berapa kali setahun ?
3 kali setahun. Ibu bapa saya tidak galakkan balik kampung selalu.
Apakah kerjaya lain yang anda lebih berminat jika diberi peluang ?
Saya mahu menjadi seorang penternak. Mungkin kerjaya ini pelik di dengar oleh anda semua sebab saya perempuan. Saya minat menternak lembu dan tanah tidak menghalang saya memandangkana bapa saya mempunyai 12 ekar tanah di kampung, bapa saya juga memberi galakan kepada saya. saya suka tengok lembu-lembu itu membesar dan gemuk di hadapan mata saya.
Apakah tempat-tempat menarik yang anda suka pergi ?
Saya suka pergi ke pantai-pantai seperti di Cherating dan Pulau-pulau Malaysia.
Apakah jenis barang kesayangan anda dirumah ?
Emas dan periuk nasi
Apakah kebolehan yang anda ada sekarang ?
saya boleh menyanyi dan selalu juga menang (bakat terpendam yang diwarisi oleh ibu saya) menjahit dan 'hand-on' peralatan bengkel.
Apakah ciri-ciri yang ada pada anda ?
sederhana, penyayang dan tegas
Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda ?
Seorang bertanggungjawab, tidak cerewet, pandai dari saya dan ada pegangan agama.
Apakah prinsip hidup anda ?
+ Selalu bersyukur…
+Selagi hidup, kena kerja… berbakti kepada Negara, tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
+Terima hakikat bahawa wanita belajar tinggi macammana tetap kat rumah (apa akan jadi generasi akan datang saya tidak mahu manusia sekarang mudah rosak), orang lelaki tetap kena keje kuat menyara keluarga.
+Selalu bertolak-ansur kerana tidak semua manusia di bumi ini hidup senang dan banyak masalah
+Lagi banyak harta anda.. mati esok karang lagi lama kena hisab di alam kubur
+Hargai setiap pengorbanan kawan-kawan dan usia anda
Apakah impian hidup anda ?
~~~ Mahu mengunjungi 7 negara ‘keajaib’an itu dan saya mahu mendirikan ‘surau’, so saya kena usaha kumpul duit dari sekarang~~