BIODATA PENULIS




Nama Timangan anda :
Su


Umur dah berapa ?
Dalam 30 –an


Kenapa anda rajin-rajin taip tentang pengenalan anda di sini ?
Supaya anda semua rajin membaca blog, mengenali diri saya dan yang paling penting anak murid saya akan selalu ingat kat saya dan boleh bertukar pendapat, nasihat dan menjadi teladan bila baca halaman saya bila-bila masa sampailah ke tua.


Anda rasa anda lawa tak ?
Emm.. saya ni jenis biasa-biasa jer, ada kata saya cun tp pada pendapat saya dalaman yang lebih adalah yang terbaik kerana dengan kecantikan manusia bole lupa diri, adanya fitnah dan nak menjaganya pun muka dan badan bukan senang (pakai duit banyak & kena rajin)… kan sederhana tu lagi baik


Anda suka warna apa ?
Pink kerana warnanya cantik dan lembut


Apakah aktiviti anda di hujung minggu ?
Hantar anak pegi tuisyen… bawa anak pegi jalan-jalan tengok wayang… kadang-kadang bawa mereka pegi ‘swimming’ untuk mengembirakan mereka..malam masa untuk suami pula (kesian kat budak-budak ni sebab mak dan ayah asyik sibuk keje jer…)


Apakah makanan kegemaran anda ?
Sate dan ‘telur sotong’


Apakah minuman kegemaran anda ?
Air masak


Macammana pula dengan hobi anda ?
Saya suka tido, melayari internet, memandu kereta, mencuba masakan baru dan kebiasaan masa saya suka ‘melepak’ bersama kawan-kawan suami saya di kedai makan, memandangkan ekonomi tidak bagus sekarang tak bagus pegi shopping selalu… lagipun saya kadang-kadang tak suka akan service yang tak bagus


Anda kebiasaanya suka pergi kemana ?
Saya suka pegi ke pasar kerana kat sana saya boleh melihat ikan, ayam dan boleh dapatkan bahan makanan yang mentah yang segar dan murah. Saya beli secara pukau sampaikan akak yang jual kat pasar tu kenal saya dah jadi 'regular' costumer da... so dapat beli dengan harga 'special/diskaun' skit .. saya suka beli 'ikan kering' boleh buat masak pulut pagi-pagi hari Ahad... masak 'ketupat sotong.. saya kalau kat rumah ada lebih masa skit saya akan masak masakan kegemaran suami saya iaitu 'ketupat sotong', bubur kacang hijau dan ketam masak merah. Kalau dah dapat gaji tu... mula la saya rajin masak mencuba masakan baru.. hehehe. senang kata saya suka mem'perabis'kan duit saya ini untuk beli makanan..


Bagaimana kerjaya anda ?
Saya bekerja sebagai Penolong Pegawai Latihan di Kuala Lumpur hampir 9 tahun di sector kerajaan, agak memenatkan ketika berulang-alik dari dari tempat kerja ( jika diberi peluang kenaikan pangkat saya mahu berpindah ke shah alam semula memandangkan dari tempat kerja dan rumah lama saya dekat jika dibandingkan sekarang tinggal di Gombak, dari segi kewangan (gaji) juga mengecewakan..tapi saya patut bersyukur. menguruskan anak-anak 4 orang bukan senang… balik keje terus hantar anak mengaji,malam pula kena tengok-tengokkan homework memandangkan mereka tidak pegi tuisyen (yuran tak mampu nak bayar.. agak mahal) tunggu duit simpanan banyak skit, tengah kumpul sekarang.


Balik kampung berapa kali setahun ?
3 kali setahun. Ibu bapa saya tidak galakkan balik kampung selalu memandangkan anak yang masih kecil dan mereka berharap cukuplah menghantar wang sara hidup tiap-tiap bulan memandangkan saya mempunyai seorang adik 'sindrom down'  (memerlukan perbelanjaan lebih ) dan mereka sudah tua.


Apakah kerjaya lain yang anda lebih berminat jika diberi peluang ?
Saya mahu menjadi seorang penternak. Mungkin kerjaya ini pelik di dengar oleh anda semua sebab saya perempuan. Saya minat menternak lembu dan tanah tidak menghalang saya memandangkana bapa saya mempunyai 12 ekar tanah di kampung, bapa saya juga memberi galakan kepada saya. saya suka tengok lembu-lembu itu membesar dan gemuk di hadapan mata saya.


Apakah tempat-tempat menarik yang anda suka pergi ?
Saya suka pergi ke pantai-pantai seperti di Cherating dan Pulau-pulau Malaysia, untuk menghabiskan masa saya bersama anak-anak pula cukuplah menginap 2 hari di hotel-hotel berdekatan seperti di kuala Lumpur... itupun sudah memenatkan.


Apakah jenis barang kesayangan anda dirumah ?
Emas dan periuk nasi


Apakah kebolehan yang anda ada sekarang ?
saya boleh menyanyi dan selalu juga menang (bakat terpendam yang diwarisi oleh ibu saya) menjahit dan 'hand-on' peralatan bengkel.


Apakah ciri-ciri yang ada pada anda ?
sederhana, penyayang dan tegas


Apakah ciri-ciri lelaki idaman anda ?
Seorang bertanggungjawab, tidak cerewet, pandai dari saya dan ada pegangan agama.


Siapakah yang paling anda hormati dalam hidup anda ?
suami saya kerana dialah cinta saya, ibu saya kerana dia boleh membesarkan saya dalam susah dan senang begitu juga saya suka menyusahkan dia, ibu saya suka turutkan apa kehendak saya asalkan benda yang baik-baik

Anak dah ada berapa orang ?
4 orang. Yang perempuan berumur 8 tahun dan 7 tahun. Yang lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun..


Apakah prinsip hidup anda ?
+ Selalu bersyukur…
 +Selagi hidup, kena kerja… berbakti kepada Negara, tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
 +Terima hakikat bahawa wanita belajar tinggi macammana tetap kat rumah (apa akan jadi generasi akan datang saya tidak mahu manusia sekarang mudah rosak), orang lelaki tetap kena keje kuat menyara keluarga.
 +Selalu bertolak-ansur kerana tidak semua manusia di bumi ini hidup senang dan banyak masalah
 +Lagi banyak harta anda.. mati esok karang lagi lama kena hisab di alam kubur
+Hargai setiap pengorbanan kawan-kawan dan usia anda


Apakah impian hidup anda ?
~~~ Mahu mengunjungi 7 negara ‘keajaib’an itu dan saya mahu mendirikan ‘surau’, so saya kena usaha kumpul duit dari sekarang~~

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN