BANJIR..OH ! BANJIR

Kenapa berlaku banjir?

Pada pendapat saya... Allah s.w.t ingin menguji manusia.. bukan disebabkan dosa.. tapi Allah s.w.t ingin menguji se 'sabar' mana manusia boleh tahan perasaan sabar itu. Ganjaran sabar amat besar.. tau!
Semua masyarakat bersedih. Saya yang bekerja di perantauan ini pun bersedih..
Jika saudara-saudari tidak dapat membuat sumbangan atau sedekah... selepas solat 5 waktu pun boleh kita berdoa.. pun sudah cukup berdoa agar jangan kita bersedih, berilah kemudahan dan jalan yang senang kepada mangsa-mangsa banjir... semoga doa kita diberkati dan jangan sekadar menasihat dan melihat sahaja

1. Mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disiytiharkan darurat ?

Ramai 'penganalisis' facebook yang sibuk tanya kenapa Malaysia tidak disiytiharkan darurat sedangkan banjir kali ini menyebabkan lebih 100,000 rakyat dipindahkan.
Soalan itu menarik perhatian wartawan untuk ditanya sendiri pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kelantan pada Sabtu.
Dalam sidang medianya di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Najib berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.
Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.
Dalam masa yang sama beliau mengumumkan bantuan khusus RM500 juta kepada mangsa banjir di semua negeri yang terjejas.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa yang kediaman dan kenderaan yang musnah.
"Bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
“Langkah kedua ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.
“Langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula pinjaman mangsa yang terlibat,” katanya.
Terhadahulu, Najib meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.
Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.
Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.
Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.
Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka 
2. Jadi, persoalannya hari ini... adakah anda boleh terima kenyataan ini?
Adakah bila tak isytihar darurat maka syarikat ansuran akan membayar kerugian semua harta yang ditenggelah dan dihnyutkan air tu apakah keraaan boleh beri jaminan apakah ianya tidak dikira bencana alam yang syarikat ansuran telah melepaskan tanggungan mereka melalui T&C yang ditanda tangani.
Harapan saya...
Saya rasa hampa.. melihat negeri Kelantan dilanda banjir.. semoga saya dijauhkan musibah banjir ini. Saya akan membantu setakat saya mampu... itulah tanggungjawab saya.. bukan sekadar melihat, mengata.. mengeji.. memberi pendapat . tetapi tunjukan kita bersedia membantu.. kerana selagi nyawa ada.. selagi itu saya bersyukur saya boleh membuat pahala untuk diri saya.
# TOLONG HENTIKAN LAKONAN ANDA ...
3. Anda boleh melihat portal banjir dihalaman ini...
http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Home/SummaryInfo?type=22