JIKA ANAK ANDA TIDAK CEMERLANG
Jika
anak anda tidak cemerlang dalam pelajaran ini bermaksud anak anda bukan
pemalas dan bodoh, sebaliknya mereka memang minat belajar dan sentiasa mahu
mempelajari minat yang baru seperti informasi tetapi mereka tidak berminat
kerana tidak dapat memahami dan diperlakukan dengan betul di sekolah, seperti
juga tidak menumpu perhatian dan mengelamun ketika belajar di sekolah.
Kenal pasti subjeknya
yang lemah
Tanya pada diri anda
terlebih dahulu (‘apa yang patut saya tolong untuk anda berjaya?’), jika anak
tidak berminat Sains, anda boleh cuba dengan membeli buku-buku sains yang
menarik dan dia suka, fakta-fakta sains dan lucu tetapi padat dan berinformasi, anak-anak akan
tertarik untuk membaca.
“sains adalah sesuatu
yang menjijikan, tetapi bagus untuk diperbincangkan perkara-perkara yang
meloyakan tetapi sungguuhh menarik!’... inilah masa anda mengetahui bagaimana
kuman ini boleh hidup di dalam perut ‘. Anda boleh membeli buku yang mudah
difahami dan menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya mereka selalu
membaca.
Jika anak anda lemah
dalam Matematik, cuba cari subjek yang mereka minati. Seperti menghafal Sifir
tetapi pastikan sesi menghafal adalah seronok, ringkas dan tidak terlalu lama.
Jangan mengharapkan hasil
dalam sekelip mata
Jika anak anda memulakan usaha dalam
subjek pada hari Sabtu, jangan harapkan anak anda mendapat A pada hari Isnin,
Harapan itu sangat tidak mungkin, yang penting anak anda menunjukkan
bersungguh-sungguh untuk berjaya dan selalu buat latihan.
Jika anak anda tidak cemerlang lebih
satu subjek.
Tumpukan perhatian
pada (1) subjek dahulu. Bila dia sudah
menunjukan peningkatan dalam subjek tersebut, beralih pada subjek yang lain. Biar
dia memilih subjek yang hendak dipertingkat seterusnya sambil berkata “kamu
sudah berjaya meningkatkan pencapaian Sains kamu, subjek apa kamu rasa kita
patut mempertingkatkan tumpuan selepas ini?, Hormati dan laksanakanlah
keputusan yang dibuat.
Masalah yang Terhimpun
Sesetengah subjek seperti matematik
adalah masalah terhimpun, itulah sebanya mengapa pelajaran di peringkat Tadika
dan sekolah rendah adalah penting.sebagai contoh bila anak anda tidak memahami
topik pecahan akan mengalami kekeliruan bila diperingkat sekolah rendah,
pastikan anda mengatasnya terlebih dahulu.
Hadkan waktu menonton televisyen
Padamkan televesyen dan permainan
komputer dan anda seharusnya menentukan berapa jam untuk mereka melihat tv dan
menggunakan komputer.
Menunton tv= 1 jam sehari semasa hari
persekolahan( tidak termasuk Discovery cheenal)
Permainan komputer hanya dibenarkan
pada hujung minggu.
Peta Minda
Belajar untuk memahami Peta minda
kerana bila beralih ke sekolah menengah kerja sekolah akan bertambah secara
mendadak dan boleh menyebabkan dia tertekan dan anda boleh merujuk kepada karya
Tony Buzan (The mind map)