Sikap Dan Pemilihan Hadiah Terbaik Berdasarkan Zodiak
Susah! Siapa cakap mudah hendak pilih sesuatu hadiah untuk diberikan kepada seseorang. Tak kira kepada ahli keluarga, yang tersayang atau teman-teman. Pening kepala nak fikir hadiah apa yang paling sesuai. Silap pilih nanti kang, tak kena dengan citarasa mereka pula. Naya pulak jadinya. Walaupun mungkin mereka tak kisah dan menghargai apa yang kamu hadiahkan kepada mereka, namun jika kamu akhirnya tahu hadiah itu bukan pilihan yang terbaik untuk mereka, tentu rasa terkilan dan tak puas hati. Dah la mahal pulak tu! Kata orang tu, terlanjur memberi hadiah, biarlah yang disukai oleh orang yang bakal menerima. Kalau takat lepaskan batuk di tangga, baik tak payah. Tak ikhlas namanya tu! Ini mungkin ada tips berguna untuk kamu jadikan panduan sebelum memilih hadiah. Salahsatunya, menerusi zodiak mereka. Ha memang zodiak boleh melambangkan 1001 rahsia diri seseorang. Mula-mula selidik bila dia lahir dan apa zodiaknya. Apabila diketahui zodiak mereka, sikap mereka juga dapat disingkap dan seterusnya bolehlah memilih hadiah paling sesuai untuk mereka yak! Moga tak tersalah pilihlah hendaknya!
Si Aries (21 mac-20 April)
Sekiranya si dia berbintang Aries, kamu mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan da;am hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!
Si Taurus (21 Apr-21 Mei)
Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti colat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan, hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikanm, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal beb!
Si Gemini (22 Mei-21 Jun)
Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatif serta gemar dalam perara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna- warni dan comel, playstation, jaket terkini atau barangan kraftangan. Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat
Si Cancer (22 Jun-23 Julai)
Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!
Si Leo (24 Julai-23 Ogos)
Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati
Si Virgo (24 Ogos-23 Sep)
Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.
Si Libra (24 Sep-23 Okt)
Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? Tentu senyum mereka sampai ke telinga
Si Scorpio (24 Okt-22 Nov)
Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.
Si Sagitarius (23 Nov-21 Dis)
Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!
Si Capricorn(22 Dis-20 Jan)
Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.
Si Aquarius (21 Jan-19 Feb)
Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai berguaru dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih saying. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.
Si Pisces (20 Feb-20 Mac)
Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis ornagnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang kamu reka sendiri.