8 TEKNIK PRESENTION YANG BAIK




Sebagai seorang pelajar ataupun seorang pekerja, saya tidak terlepas dari persediaan ini, kebiasaaan saya merasa 'lost' dan hilang tumpuan, tetapi saya rasakan saya tidak membuat persediaan yang betul,semestinya anda pernah melalui tugasan seperti dikehendaki melakukan presentation. Sebelum itu, ketahui dahulu apa maksud pembentangan?
Pembentangan ialah satu perkumpulan maklumat yang anda telah masukkan ke dalam satu bentuk seperti powerpoint dan sebagainya untuk menunjukkan kepada orang lain.
Kebanyakkan orang boleh mengumpulkan maklumat ini dengan baik tetapi tidak ramai yang boleh menyampaikan maklumat yang dikumpul dengan baik. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki.
Ini 7 Tips yang boleh anda praktikkan untuk memastikan pembentangan yang anda lakukan dapat disampaikan dan difahami dengan jelas oleh audience.

1. Persembahan maklumat yang ringkas

Jika anda melihat pakar-pakar speaker di luar sana, mereka membuat pembentangan menggunakan gambar atau ayat yang sangat sederhana. Tidak membuatnya sepertinya satu karangan yang berserabut dengan ayat.
Ya, memang kita tahu maklumat penting itu banyak, tidak mungkin ia dapat diringkaskan dengan sedikit. Itulah kreativiti anda akan bermain disini. Highlightkan ayat-ayat yang penting sahaja. Keterangannya mestilah datang daripda anda.
Jika keterangannya anda sudah letakkan di slide anda,  anda akan membuatkan orang akan lebih mahu membaca daripada mendengar.

2. Pemilihan tulisan yang baik

Ramai yang mengambil remeh dalam pemilihan tulisan dalam pembentangan. Tulisan yang digunakan akan mempengaruhi kesan di dalam pembentangan yang anda lakukan. Seeloknnya tidak menggunakan tulisan-tulisan yang heavy dan serabut.
Antara ciri yang paling penting dalam pemilihan tulisan adalah, pastikan tulisan yang dipilih mudah untuk dibaca. Jika ianya susah dibaca, ia akan memberikan emosi negative kepada audience untuk fokus kepada anda.
Untuk jenis font pula, Serif Fonts (Times Roman, Courier, New Century Schoolbook, and Palatino) adalah lebih mudah dibaca berbanding Sans Serif Fonts (Tohama, Helvetica, Avat Garde, Arial, Geneva dan etc)
Jenis font juga digalakkan tidak melebihi daripada 2 jenis dalam satu pembentangan.

3. Menggunakan gambar yang efektif

Pernahkan anda mendengar satu quote yang berbunyi “A Picture Is Worth A Thousand Words”?
Anda kena pandai untuk memilih gambar yang boleh digambarkan seperti ini. Jangan gambar yang anda gunakan pun penuh dengan text dan perkataan. Ia akan menjadi kurang efektif.

4. Rangka dan rancang maklumat anda

Untuk menghasilkan pembentangan yang baik dan mempunyai maklumat yang jelas dan menepati tajuk, ia memerlukan masa. Anda perlu merangka terlebih dahulu maklumat apa yang anda mahu sampaikan.
Kumpulkan dahulu tajuk-tajuk besar yang anda mahu ketengahkan dalam satu-satu topik dan pilih mana yang terbaik untuk disampaikan. Selepas itu barulah anda mencari isi kandungannya. Anda perlu memastikan mesej yang disampaikan ringkas dan mudah difahami.
Setiap maklumat yang dipilih juga dititikberatkan kepada masa yang akan diperuntukkan untuk bercakap. Jangan anda kumpul maklumat banyak-banyak dan sebenarnya masa pembentangan anda hanya diperuntukkan selama 10minit sahaja. Maka banyaklah maklumat yang akan keciciran di dalam pembentangan anda.

5. Membuat latihan

Ramai yang gagal membuat pembentangan yang baik adalah kerana tidak melakukan latihan. Ayat cliché seperti “Practise make perfect” sebenarnya suatu yang sangat berkuasa. Mana-mana aktiviti yang didatangkan dengan latihan yang berterusan mampu memberikan sesuatu outcome yang lebih sempurna.
Pembentangan yang tergesa-gesa selalunya akan berakhir dengan ucapan yang membosankan dan mesej yang cuba disampaikan tidak akan jelas kepada audience yang mendengar.

6. Elakkan baca slide


Anda mesti selalu melihat kawan-kawan membuat pembentangan dengan membaca slidekan? Ingat, itu adalah cara yang salah. Itu menunjukkan anda tidak benar-benar faham dengan pembentangan yang anda cuba lakukan.
Slide adalah latar belakang visual kepada pembentangan anda untuk menjadikan ucapan anda lebih menarik atau sebagai sedikit ingatan kepada anda ketika berucap. Ia bukan berfungsi seperti buku untuk anda membacanya keseluruhannya.
Apabila anda membelangkangi audience, ia akan mematikan eye contact anda dengan audience, dan hubungan komunikasi dua hala di mana menyebabkan anda audience tidak mahu engage dengan anda.

7. Membuat hubungan dengan audience

Pembentangan yang baik ia seharusnya memiliki komunikasi dua hala. Maksud disini anda perlu berinterkasi ataupun bercakap dengan audience. Barulah komunikasi itu akan lebih sampai. Jika anda membuat pembentanga satu jam dan bercakap tanpa henti, saya percaya ramai akan tidur.
Kemahiran dalam bermain emosi seperti membuat unsur humor, sedih dan sebagainya mampu mewujudkan hubungan kepada audience dengan lebih baik.
Itu antara 7 tips yang boleh anda lakukan untuk memastikan pembentangan anda selepas ini akan lebih baik dan efektif. Ingat, kata Dato Roslan, Guru Public Speaking mengatakan “Sesiapa yang naik pentas dengan persediaan, akan turun pentas dengan penghormatan”.