1)Wang, Anda & Islam (Karangan Utz Zaharuddin Bin Abd Rahman )
2)Wang- Panduan CAP mengenai cara mengurusnya & lain2 (Per. Pengguna P.Pinang)
3)Retire Rich (Azizi Ali)
4)Lebuh Raya Baru Kebebasan Kewangan-Jutawan daripada beban hutang (Abd Aziz Ibrahim CFP)
Terdapat fakta dan penemuan menarik yang aku dapati dari empat buah buku tersebut.
Dalam muka surat 8 Utz Zaharuddin telah membuat satu kesimpulan berkenaan takrif zuhud.
“Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak melalaikan daripada akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama mereka hanyalah memprolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen mendapatkan harta. Tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instumen baru serta canggih diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagian di akhirat kelak.
Bersifat zuhud bukan bermaksud membiarkan diri miskin,tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti zuhud.
Memetik kata-katanya,
“Tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instumen baru serta canggih diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagian di akhirat kelak.”
Lantas ingatanku terbang kepada seorang yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu. Dia mempunyai pendapatan RM60K hingga RM70 sebulan melalui Forex. Namun aku sering tertanya-tanya bilamana dia sering mengatakan,
“Saya selalu berada dalam kerisauan, bimbang dan ketakutan…”
“Apa agaknya yang menyebabkan beliau berkata begitu?. Ketakutan kerana apa? Apa yang dirisaukan?” Hatiku sering bertanya
Ketika itu aku menjadikan dia sebagai motivasi kerana berjaya mencipta sejuta pertamanya melalui forex hanya bermodalkan $100.
Namun, segalanya berubah bila aku mengetahui ilmu ini pada suatu petang.
Kini aku sudah faham apa penyebab kepada kebimbangan dan ketakutannya.
Dalam muka surat pertama Ustz Zaharuddin telah menjawab sebuah soalan besar,
Mengapa perlu tahu tentang halal dan haram dalam kewangan?
Jawapan beliau ialah:
Jawapan yang paling tepat bagi seluruh umat Islam adalah kerana pengetahuan perihal hokum ini adalah tanggungjawab kita sebagai individu yang beriman kepada Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW menegaskan:
“Tidak akan lepas dua kaki Anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah ditanya lima perkara: Tentang umurnya di mana ia dihabiskan, tentang kepemudaan dan kepemudiannya di mana di gunakan, dan tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakan, dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya” (Riwayat At-Tirmizi, no 2416: Albani: Sohih)
Mendengar petikan hadis di atas aku turut gementar,bimbang dan takut..
Aku sedar sepanjang umurku mencari duit aku tidak terlepas melakukan perkara sia-sia dek kurangnya ilmu. Aku berazam untuk lebih giat menuntut ilmu.
“Ya, Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menjauhi segala laranganMu. Berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk taat perintahMu. Berilah aku kekuatan dann kesabaran untuk redha pada setiap ketentuanMu” Doaku
No comments:
Post a Comment
berikan komen anda