TIP MEMBIAK POKOK



Hi...smua..

Kepada sesiapa yang punyer ilmu bkenaan teknik pembiakan tumbuhan tak kira la
pokok bunga, sayur, rumput atau pokok hiasan lain bleh kongsi bsama agar
kita smua dpt menambahkan lagi koleksi yg ada.
Klau korang amik kat maner-2 sumber eloklah dinyatakan rujukan tersebut.


KERATAN BATANG

Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

- Jenis keratan batang

i. Keratan Kayu Lembut - bahagian termuda sekali atau masih hijau

- panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai daun

- contoh : Altenanthera sp., Portulaca sp. dan Coleus sp.

ii. Keratan Kayu Sederhana - bahagian dahan atau ranting yang baru matang

- panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun

- contoh : Hibiscus sp., Duranta sp. dan Ixora sp.

iii. Keratan Kayu Keras - bahagian batang atau dahan yang telah matang

- semua daun hendaklah dibuang

- contoh : Pterocarpus indicus, Tecomaria capensis dan Baphia nitida



- Medium penyemaian

* medium mpunyai saliran baik, gembur, tdak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit serta serangga

* medium yang sesuai ?1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik



- Hormon pengakaran

* digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan pertumbuhan akar

* jenis hormon ?Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B



- Menyemai keratan

* sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar

* masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan


- Pembentukan akar

* akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 minggu

* keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar
 
 
 
KERATAN DAUN


- Dilakukan pada daun yang berlendair ?kerana banyak makanan yang tersimpan di dalamnya

- Bahagian atas daun menghala ke atas, bahagian bawah daun tertanam ke dalam medium

- Apabila anak pokok mula tumbuh, daun asal atau induk akan mereput

- Kaedah keratan daun

i. Keratan Lai Daun - sesuai kepada tumbuhan yang mempunyai lai daun yang panjang

- lai daun dipotong sepanjang 3-4 cm

- lai daun ditanam secara menegak (lidah jin ?Sanseviera trifasciata)

- ada juga yang mengeluarkan anak pokok daripada lai daun yang diletakkan di atas medium pengakaran

(setawar ?Bryophyllum sp.)

ii. Keratan Urat Daun - Contoh : resam batu (Begonia sp.)

- lai daun diletakkan atas medium pengakaran an urat daunnya dikerat-kerat

- setiap urat daun akan menghasilkan anak pokok

iii. Keratan Tunas Daun - terdiri daripada daun serta tunas ketiak dan batang

- dengan cara cucuk keratan sehingga ke paras bahagian bawah lai daun

- contoh : honeysuckle (Lomicera sp.)



TUT



- Teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada induk

- Bahagian yang terlibat mendapat makanan dan air dari pokok induk

- Apabila tut telah berjaya, ia dipisahkan daripada pokok induk

- Kelebihan tut

i. Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya

ii. Tanaman baru lebih cepat matang

- Kekurangan tut

i. Tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu pokok induk

ii. Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar tunjang

iii. Memerlukan kemahiran membuat tut



- Medium pengakaran

i. nisbah yang sesuai ialah 1 bahagian tanah loam dan 1 bahagian bahan organik

ii. medium digaul rata dan dicampur sedikit air supaya melekit untuk dibentuk bebola



- Pemilihan dan penyediaan dahan

* pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dantiada ranting kecil pada bahagian yang

hendak dilakukan tut

* buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5 ?5 cm

* kopek kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk mengelakkan kulit bercantum semula

* sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas

* bentuk medium seperti bebola ?5 cm diameter

* bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian yang dikikis

* kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar

* ikat kedua-dua hujung bahagian yang telahdibalut



- Penjagaan tut * ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu

* rekodkan

a. Tarikh membuat tut

b. Tarikh tut mengeluarkan akar

c. Kira peratus kejayaan tut



- Mengubah anak pokok

* tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan

* tut yang berjaya boleh diubah ke beg politena atau pasu

* potong dahan bahagian bawah tut untuk asingkan dari induk

* buang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam untuk membolehkan akar berkembang


iv. Keratan Lai Daun dan Tangkai Daun

- terdiri sekeping daun bersama tangkai daunnya sekali

- bahagian tangkai daun dibenam ke permukaan medium dengan bahagian lai daun berada di

atas permukaan daun

- contoh : violet Afrika (Saintpaulia sp.)



CANTUMAN MATA TUNAS


- Bermaksud memindah dan mencantumkan mata tunas sesuatu pokok yang baik bakanya kepada pokok penanti bagi mendapatkan anak

pokok yang tulen dan baik bakanya

- Kelebihan

i. Mudah untuk mendapatkan benih dari baka terpilih

ii. Anak pokok mempunyai sifat yang sama seperti induk

iii. Boleh menghasilkan pokok yang mempunyai beberapa warna bunga atau daun pada satu pokok



- Cara membuat cantuman mata tunas

i. Pokok penanti dan kayu mata tunas perlu dalam keadaan subur dan sihat

ii. Semasa mencantum, lapisan kambium mestilah bersih

iii. Kedua-dua lapisan kambium mestilah kena dan melekap antara satu sama lain

iv. Lilit cantuman dengan pita, pisau mesti bersih dan tajam

v. Lakukan kerja di tempat teduh

- Penyediaan pokok penanti ?batang hendaklah tegak dan mempunyai sistem akar yang baik

- Mata tunas ?hendaklah dicantum secepat mungkin untuk mengelakkannya kering

CANTUMAN BAJI DAN SANDINGAN




- Cantuman baji dilakukan untuk menukarkan pokok besar

- Cantuman sanding dilakukan untuk mencantum beberapa varieti menjadi satu pokok

- Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman baji ?Coleus blumei, Bougainvillea sp. dan Hibiscus rosa sinensis

- Tumbuhan yang sesuai untuk cantuman sanding ?Acalypha sp. dan Codieum variegatum

- Teknik cantuman

i. Cantuman baji - sion diambil dari poko induk dan disatukan kepada pokok penanti (stok)yang telah dibuat belahan

berbentuk 慥?br /> - 2-3 minggu periksa cantuman, jika sion masih hijau, cantuman berjaya

ii. Cantuman sanding - dilakukan terhadap dua batang pokok yang bersaiz hampir sama

- kedua-dua sion dan pokok penanti dihiris selebar 2-3 cm, kemudian ditemukan supaya

bahagian kambium bertemu dengan baik

- ikat tempat cantuman dengan pita

- pada masa ini sion masih mendapat bekalan nutrien dari pokok induknya

- Penjagaan pokok cantuman - setelah dicantum, letakkan di tempat yang teduh

- siram dua kali sehari

- pokok dilabel tarikh cantuman, kaedah dan jenis cantuman

- selepas 10-14 hari tanggal serkup plastik pada cantuman baji untuk pastikan kejayaannya

- apabila cantuman sanding berjaya, potong sion daripada pokok induknya bagi membolehkannya

mem besar bersama pokok penanti

1 comment:

  1. Hi, its nice post about media print, we all be aware of media
    is a enormous source of information.

    ReplyDelete

berikan komen anda