TIP BERSHOPPING...

Semua orang suka bershopping kan... terutamannya kaum wanita, saya pun tak terkecuali.. hehehehe.. kat bawah ni saya senaraikan apa yang HARUS dan TIDAK HARUS anda lakukan bila bershopping... (patutlah duit dah habis bila belum cukup bulan.. ayoyo !!! mama..!!!, jangan jadi macam aku yek :

1. Jangan pi shopping bila you lapar.

Ini memang confirm. Bila you lapar, you akan beli gila gila. Atau bila stress, you juga akan sebegini. Ingat, emosi you yang naik turun ini mungkin akan mempengaruhi resit bill tu.

2. Iklan tu mungkin best, tapi price/kegunaannya tak semestinya best.
Pernak tengok iklan pepsi, coke, clorets dan lain-lain? Ada satu yang nampak macam James Bond. Promosi dan iklannya memang cute dan best, tapi bendanya tak semesti penting untuk dibeli. Selalunya, itu 'WANT', atau 'MAHU', bukan 'NEED' atau 'PERLU'. Always pentingkan 'KEPERLUAN' daripada 'KEMAHUAN'.

3. Tulis benda yang nak beli dalam 'list' you, dan beli benda itu SAHAJA.
Banyak benda yang kita boleh dapat kat mall-mall hari ini. Kereta ada, rumah ada, home loan ada, basikal, motosikal, nak cakap DATING SERVICES tu, I tak nampak lagi la. So, kalau nak shopping, ingat.. Beli benda yang ditulis sahaja. Jangan bagi alasan, "Alahhh! Lupa benda tu!" Tulis lagi. Tipu lagi. Tulis lagi. Then? Apa guna list you?


4. Check online atau kumpul brochure/flyer dari stor-stor untuk carikan sale yang terbaik.
Macam story di atas, kumpulkan flyer dan brochure, lepas tu bandingkan harga. Then make the best choice. Ingat, promosi ada TARIKH. Jangan lupa.


5. GILA sales bukan untuk semua benda. BODOH sales tu, ya.
Memang lah, kan? Kita ini bukan bodoh. Nak pakai teknik 'Loss Leader' itu, untuk tipu orang yang lemah ketahanan membelinya sikit. Kalau nak Malaysian mega sales, itu GILA sales. Best, kan? Budget la sikit.

'Loss Leader' teknik tu gunakan sesetengah benda yang boleh dikurangkan pricenya turun daripada kos benda, lepas tu benda lain yang dipromosikan harganya naik sikit, atau harganya lebih daripada yang dijual.

For example, kalau Milo dijual dengan harga RM1.00 dan kosnya RM0.50, Loss Leader teknik itu akan letakkan harga Milo dibawah harga kos, seperti RM0.40 atau RM0.30. HOTla, kan? Sapa tak nak beli? Lepas tu, orang dah pi sana, akan tengok benda lain juga: Mungkin ada SALE yang lain seperti Milo.

Dahla beli beli, kan dapat juga profit taukeh nya? That's why you tengok Tesco selalu ada "Satu resit boleh beli maksimum 5 unit sahaja". So orang lain tak leh la nak tipu.

6. Check resit sebelum dan selepas bayar jangan lupa simpan sampai akhir tahun
Memang satu pekara yang normal - sesetengah cashier memang silap key-in barangan yang you beli. Sesetengah daripadanya, pi ke Pulau Jerejak untuk training supaya depa boleh key-in silap! So, check resit you. Jangan kena tipu . Simpan resit tu supaya anda tahu apa yang anda beli dan bukti jaminan barang elektrik tarikh dibeli.

7. Gunakan brand dari stor.
Brand minyak Tesco tak semestinya lebih teruk daripada yang cap Italy tu. Mungkin kualitinya tak baik sangat, tapi tengoklah keadaan dan keperluan anda. Ego itu lain cakap.
8. Jangan beli servis 'ekstra'.
Kalau Giant yang jual kat RM1.00 tu, jangan duk pi 7-11 yang jual RM1.30 tu. Pelankan lah shopping anda. Kalau emergency, rugi sikit lah tu..
9. Kurangkan beli makanan instant.

Barangan instant dan separuh masak selalunya lebih mahal, kerana kos telah berubah dengan servis yang didapati dengan ekstra, seperti memasak, blast freezing dan sebagainya.

10. Set you punya shopping mood.
Kalau you nak beli barangan runcit hari ini, jangan pulak duk tengok holiday package ke Hawaii.

11. Jangan terpengaruh dengan 'PERADUAN'
Anda beli banyak makanan berkenaan semata2 nak dapatkan bukti pembelian tu akan... jangan jadi bodoh ! itu adalah taktik lama peniaga untuk melariskan barang berkanaan... betapa ruginya anda tidak dapat menang dengan hadiah 'Percutian ke Hong Kong' tu kan hehehehe... tu pun kalau kena.. jangan bazirkan wang kawan2.. lebih baik jimat cermat kumpul sendiri dan beli sendiri tanpa penipuan terang2 anda akan menang. Ada kawan saya cakap peraduan itu saja diada2kan untuk melaris perniagaan... (dia hanya memilih saudara terdekat sahaja/ guna 'kabel') sape yang rugi yek ...

12. Jangan berbelanja guna 'kad kredit'
Kad 'hutang' ini memang la berhantu... bershopping memang tak ingat dunia... punca sebenar anda akan kehabisan duit hujung bulan... hehehehehe.. so berbelanja dengan berhemah yek... jangan 'swepp' hanya kerana nak hadiah misteri atau hadiah cabutan. bagi saya semuanya 'penipu' saya pernah terkena di SOGO (berbelanja RM300 akan dapat 'tumble air' percuma !!!... tup-tup tak dapat langsung ... dia ckp 'dah habis stok akak.. hanpesss betul)

13. Jangan berbelanja di pasaraya bermasalah
saya berkata demikan kerana itu hak pelanggan.Seringkali terdengar pakcik yang marahkan 'casher' kerana tidak menjaga barang tersebut buat seketika, adakah anda mahu menjadi mansa seterusnya ??? kalau rasa tidak berpuas hati, pastikan anda menulis borang aduan di kaunter "costemer service' bukannya dengan cara marah kepada 'casher' berkenaan, bagi saya buang masa dan orang atasan tidak tahu hal berkenaan.Senang kata beralih lah ke pasaraya lain... banyak lagi pilihan anda

14.Jangan pegi pasaraya yang suka menipu.
Jika anda sudah 2 kali kena tertipu di pasaraya berkenaan, adakah anda rela ditipu lagi ? dengan servicenya tidak bagus dan pekerja yang pemalas ??? pikir2 lah sendiri. mungkin anda sudah terkena @ belum  ? tidak semestinya pasaraya sahaja yang menawarkan harga yang rendah... banyak lagi kedai yang boleh memberi harga yang rendah dan berpatutan, tidak perlu habiskan duit minyak dan mesra... apa yang terbaik anda fikirkan sendiri

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN