BALIK KAMPUNG DI 'KING VILLAGE'


akhir tahun 2025 macam ni, adalah masa untuk saya balik kampung, menziarahi sanak saudara, ibu adik beradik, anak saudara dan kawan bestie ibu saya, sebagai anak perantauan  ini jiwaya sesekali  rindu kampung halaman, masakan ibu dan kenangan yang telah telah alami semasa kecil dikampung halaman. Tapi masa sangat mencemburui saya sebagai Pendidik negara, balik sekejap dan tenaga tidak macam dahulu sudah, selepas menerima 2 dos vaksin, tubuh saya banyak mengalami perubahan baik mental dan fizikal rasa cepat penat macam orang tua.




macam biasalah, setiap kali balik kampung pasti ada majlis makan-makan. yang belanja saya makan selalu..alhamdulillah bertambah mengikat kuat kekeluargaan dengan dimurahi rezeki yang melimpah dari Allah. syukur Alhamdulillah.. mak saya kata apa tau.. tua-tua begini hidup rasa seronok nak makan je, pesanan saya selalulah bersyukur dengan makanan. kebiasaan yang orang belanja tu akan dimurahkan rezeki kan..kita tidak tahu orang yang kita belanjakan itu adalah orang yang di titipkan oleh Allah pembawa rezeki dan permudahkan urusan yang besar. itu adalah rahsia Allah. dan perlu berdamai dengan takdir



sebelum balik ambil gambar dulu di pantai Bukit Keluang, besut. Time saya suka pergi ke pantai adalah waktu pagi jam 9.00 pagi, tapi masa ni dah ramai orang berniaga sudah, senang kata pagi tu saya breakfast sini je.


saya memang suka pantai yang sunyi sikit, lagi pun waktu pagi , udara masih segar. Jangan tanya tau laluan hiking naik bukit lalu kat mana, saya ni nama je orang Besut, saya tiada teman nak berjalan bersama naik bukit setakat ni.Suami pun tidak minat. Apakan daya, terpaksalah gigih jalan sorang-sorang, kawan perempuan pun tak minat masalahnya.




nampak tak tu, kedai makanan dah buka tapi pepagi saya suka makan colek buah-buahan dan air asam boi je.. memang dah rasa kenyang , tambah pula beli karipap kenyang hingga ke petanglah.

sini klu nak mandi pantai tempat tandas awam disediakan juga, tempat lepak kerusi pun banyak. Amaran kalau nak mandi jangan pergi jauh dengan orang yang ada mandi bersama, bukan apa jika ada kecemasan mudah nak panggil, bulan 12 macam ni pagi-pagi pun ombak u all kena hati-hati



tak ramai orang mandi masa ini


 tenang rasa jiwa setelah penat bekerja melihat laut membiru di pantai bukit keluang, sebelum balik beli ais cream yang ada jual dengan motosikal, bukan abang bangla tau yang jual... sini kalau hari minggu memang penuh sesak juga sebab ramai orang yang kerja dari KL dan shah alam suka ke pantai

No comments:

Post a Comment

berikan komen anda