Pulau Indah atau nama lamanya, Pulau Lumut, merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor, Malaysia
Gambar 1: Tutup pula kedai time mengidam makan ikan bakar
Daerah Klang ini seperti yang kita tahu sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan boleh dikatakan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kerana kesibukan kapal-kapal yang masuk ke sini, dan jangan lupa ianya juga mempunyai tarikan menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah
Tarikan Tepi Pantai dan Pulau
Tanjung Harapan
Pulau Ketam
Pantai Acheh, Pulau Indah
Laguna Park, Pulau Indah
Port Klang Cruise Centre
Tempat Membeli-Belah di Klang
Wisma GM Klang Wholesale City
AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
Little India Klang
Pasar Jawa Klang
Tarikan Alam Semulajadi & Taman Reakreasi
Taman Rakyat
Taman Pengkalan Batu
Padang Sultan Sulaiman
Taman Bandar Diraja
Gambar 2:Anda tahu tak? kenapa jala dipasang ditebing sungai ni?
Tempat Bersejarah & Mercu Tanda Klang
Gedung Raja Abdullah
Kota Raja Mahadi
Masjid Diraja Sultan Sulaiman
Jambatan Kota
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Masjid Bandar Diraja Klang
Masjid India Muslim Tengku Kelana
Taman Tugu Keris
Dataran Seni
Gambar 3:Suami kata balik lah..dok termenung pun tuan kedai tak nak buka pintu.. sudahlah jauh datang 1st time ke Pulau Indah
Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit. Namun, ia menjanjikan pemandangan dan landskap pantai yang menarik untuk melaksanakan aktiviti seperti berkhemah, santai petang dan berkelah. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah parasailing dan memancing. anda boleh melangkah ke hadapan sikit di kawasan bot-bot nelayan untuk mencari kawasan atau port memancing yang terbaik.
Yang inginkan aktiviti berkelah lebih privasi memang sangat elok untuk singgah dan berehat di Pantai Acheh ini. Masih tidak ramai yang singgah ke sini.
Satu lagi tarikan menarik yang ada di Pulau Indah ini adalah Laguna Park. Di sini juga sangat sesuai untuk aktiviti memancing dan riadah petang bersama anak-anak. Di sekitar kawasan terdapat pondok rehat, jeti kecil dan restoran-restoran menarik untuk dicuba
Gambar 5:bye..bye.. Chandayu.. sebut-sebutlah nama saya untuk datang ke restoren awak, susah benar nak ajak 'laki' ke sini.. dia suruh balik da..
Jadinya, kalau korang berhasrat untuk bercuti dan berehat dari kesibukan ramai orang, Pantai Acheh dan Laguna Park yang terletak di Pulau Indah ni memang sesuai dijadikan lokasi percutian. Cumanya kalau korang nak ke sini better pergi dari awal pagi untuk dapatkan panorama indah waktu pagi ataupun panorama petang. Janganlah korang terpacak tengah hari buta weyyyhhh.. Panas berdenting la kat laut ni.. Habis lencun nanti korang. Haha.. Yang suka bergambar pemandangan macam LeYa memang eloklah ke sini sebab tak ada orang nak photo boom kita.
Selamat berhujung minggu.
No comments:
Post a Comment
berikan komen anda