STROKE

 




Apa itu penyakit  strok?

Strok ialah sejenis penyakit yang menyerang apabila bekalan darah yang disalurkan kepada otak terganggu atau berkurangan. Tisu otak yang kekurangan oksigen dan nutrien pula akan menyebabkan sel-sel otak mati, dan seterusnya mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi.

 

Jenis-Jenis Strok

Terdapat 2 jenis strok utama di Malaysia iaitu strok iskemia dan strok berdarah di mana 66.7% pesakit strok didapati menghidap strok iskemia manakala 33.3% daripada mereka mengalami strok berdarah. Sesetengah individu juga berpotensi untuk mengalami serangan iskemia tansien (TIA).

 Strok Iskemia

Strok iskemia berlaku apabila saluran darah tersumbat dan seterusnya mengehadkan aliran darah ke otak. Strok jenis ini merupakan strok yang paling banyak direkodkan di Malaysia, iaitu pada kadar 80%. Strok iskemia adalah jenis strok yang paling biasa, menyumbang 80% daripada semua kes strok di Malaysia.

Masalah saluran darah tersumbat selalunya disebabkan oleh embolisme ataupun trombosis. Embolisme terjadi apabila gumpalan darah beku bergerak melalui aliran darah dan tersimpan di dalam saluran darah di bahagian otak.Trombosis pula berlaku akibat deposit lemak yang menyebabkan saluran darah di dalam otak menjadi sempit dan tersumbat.

Strok Berdarah

Satu per tiga kes strok di Malaysia adalah berpunca daripada strok berdarah. Strok ini terjadi apabila terdapat keboccoran saluran darah di dalam otak yang mengakibatkan pendarahan otak.

Kebocoran saluran darah ini lazimnya berpunca daripada kecuaian dalam mengurus tekanan darah tinggi, trauma, penggunaan penipis darah/antikoagulan yang berlebihan, benjolan pada titik lemah disepanjang salur darah (aneurisme), deposit protein disepanjang dinding salur darah yang menyebabkan terbentuknya titik lemah (cerebral amyloid angiopathy) serta strok iskemia yang manyebabkan strok berdarah.

Serangan Iskemia Transien

Pesakit yang terkena serangan iskemia transien ataupun strok ringan biasanya mengalami serangan strok yang menyeluruh dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang tidak kurang daripada 5 minit.

Sama seperti strok iskemia, serangan iskemia transien ini berpunca daripada pengurangan aliran darah ke otak disebabkan saluran yang tersumbat. Walaupun iskemia transien tidak mempunyai kesan jangka panjang kepada tubuh badan, ia boleh silihat sebagai petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai arteri yang sempit ataupun separa tersumbat. Hal ini meningkatkan lagi risiko untuk individu berkenaan diserang strok di masa hadapan. Sekiranya anda mengalami gejala strok, anda hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan walaupun gejala yang dialami sudah semakin reda. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana adalah agak sukar untuk membezakan iskemia transien dengan strok jenis lain hanya berdasarkan gejala.

Tanda-tanda Strok

Jenis strok yang pelbagai serta kondisi otak yang terjejas pada bahagian yang berlainan boleh menimbulkan gejala yang berbeza. Cara termudah bagi mengingat gejala-gejala ini adalah melalui akronim “BE FAST” yang secara tidak langsung turut menekankan kepentingan bertindak dengan segera apabila strok mula menyerang.

Balance (Keseimbangan): Individu yang terkena selaulnya merasa pening dan boleh juga terjatuh kerana hilang koordinasi.

Eyes (Mata): Strok juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur ataupun gelap. Ada juga kes di mana individu terkena strok mengalami masalah melihat menggunakan sebelah mahupun kedua-dua belah mata.

Face (Muka): Strok juga boleh menyebabkan muka menjadi kebas, kebiasaannya hanya pada separuh bahagian muka yang boleh mengakibatkan muka seakan jatuh pada sebelah bahagian (facial drooping).

Arm (Lengan): Hilang keupayaan untuk mengangkat sebelah lengan ataupun kondisi yang menyebabkan sebelah lengan jatuh juga merupakan salah satu tanda strok.

Speech (Percakapan): Individu yang terkena strok juga boleh menjadi kebingungan, sukar untuk bercakap dan memahami percakapan orang lain serta bercakap secara tidak jelas.

Time (Masa): Masa merupakan aspek paling penting untuk merawat strok. Hal ini demikian kerana setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan satu persatu sel otak mati. Hubungi 999 dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas.

Gejala strok yang lain termasuklah pening kepala yang melampau secara tiba-tiba, muntah-muntah serta keletihan. Kenali tanda-tanda awal strok dan cara-cara membantu mangsa strok 

 5 Cara Membantu Individu Mengalami Strok

Hubungi 999 Dengan Segera

Setiap saat amat berharga dalam merawat strok. Kemungkinan bagi sel-sel otak untuk mati adalah tinggi sekiranya setiap minit berlalu tanpa ada apa-apa tindakan selanjutnya. Sekiranya anda mendapati terdapat individu yang menunjukkan gejala-gejala strok, anda disarankan menghubungi talian 999 secepat mungkin dan anda tidak perlu membawa pesakit ke unit Kemalangan dan Kecemasan sendiri.

Menghubungi 999 bukan sahaja mempercepat urusan perjalanan pesakit ke hospital, malahan paramedik yang terlatih juga boleh mengenalpasti gejala strok yang perlu ditangani terlebih dahulu semasa dalam perjalanan. Unit kecemasan juga akan diberitahu untuk bersiap sedia dengan tindakan selanjutnya bagi merawat pesakit dengan segera sejurus sahaja pesakit tiba di hospital. Selain itu, paramedik terlatih juga boleh menyarankan rawatan di hospital khas strok yang lebih efisien dalam merawat strok dan mampu menyediakan bekalan darah dengan pantas. yang bersedia strok.

Catatkan Waktu Gejala Bermula

Rawatan yang efektif bagi serangan strok mampu menghentikan gejala daripada berlarutan. Namun begitu, rawatan tersebut hendaklah diberikan dalam tempoh 6 jam daripada waktu gejala bermula.

Oleh itu, mendapatkan waktu bermulanya gejala sangat membantu untuk memastikan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.

Memberikan Bantuan Pernafasan (CPR) Sekiranya Perlu

Terdapat juga kebarangkalian bagi individu yang terkena strok untuk tidak sedarkan sewaktu serangan berlaku. Sekiranya individu tersebut tidak sedarkan diri, periksa nadi dan pernafasannya. Sekiranya nadi tidak berdenyut, anda disarankan memberikan bantuan pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dengan segera.

Elakkan Memberi Makan dan Minum

Elakkan memberi makanan dan minuman kepada individu yang disyaki terkena strok. Strok bukan sahaja boleh menyebabkan kelemahan otot malahan juga kelumpuhan. Hal ini boleh menyebabkan pesakit tercekik sekiranya diberi makan ataupun minum.

Jangan Berikan Sebarang Ubat

Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berbeza bergantung kepada jenis strok yang menyerang. Contohnya, penipis darah aspirin digunakan untuk merawat strok iskemia tetapi ianya akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit yang diserang strok berdarah.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak memberikan ubat sebarangan kepada pesakit terutamanya apabila jenis strok yang menyerang sukar untuk ditentukan. Memberikan ubat yang tidak spetutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan erta membahayakan nyawa mereka.

 

Punca-Punca Strok

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu diserang strok. Antaranya termasuklah faktor yang tidak boleh diubah seperti umur dan sejarah keluarga serta faktor yang boleh dikawal iaitu faktor gaya hidup.

Umur

Untuk pengetahuan anda, arteri dalam badan akan menjadi semakin sempit dan keras saban tahun. Oleh itu, risiko untuk seseorang mendapat strok adalah semakin tinggi apabila bertambahnya usia.

Sejarah Keluarga

Sesetengah strok juga berpunca daripada masalah genetik yang menyebabkan aliran darah ke otak tersumbat. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah mengalami strok, risiko untuk anda terkena strok juga adalah tinggi.

Berat badan

Berat badan berlebihan juga berpotensi untuk membuatkan seseorang individu menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi serta sakit kencing manis tahap 2. Kesemua penyakit ini berupaya untuk mendatangkan risiko strok kepada penghidapnya.

Pengambilan Alkohol Berlebihan

Pengambilan alkohol yang tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan darah serta berpotensi menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Hal ini mampu meningkatkan lagi risiko strok terhadap seseorang individu.

Merokok

Asap rokok, termasuklah asap rokok yang dihidu oleh individu bukan perokok boleh menyebabkan pembentukan lemak dalam arteri leher yang berupaya memekatkan darah dan seterusnya membentuk darah beku. Kandungan nikotin dalam asap rokok pula mampu meningkatkan tekanan darah dan hal ini boleh mengundang risiko strok kepada individu yang terdedah kepada asap rokok.


No comments:

Post a Comment

berikan komen anda