1. Berapa umur anak saya sekarang ?
Yang perempuan (9 dan 8 tahun ) dan yang lelaki ( 4 dan 2 tahun) mereka sangat cantik dan aktif.. boleh memeningkan kepala saya bila saya balik rumah.
2. Bagaimana penjagaan mereka ?
Rutin harian saya.. saya serahkan kepada pembantu rumah saya.. alhamdulillah anak saya membesar dengan baik... dan gemuk2 pula tu..hahaha syukur alhamdullah.. jarang sakit2 dan kalau musim demam parah bil perubatan saya kerana berjangkit satu rumah..
3. Bagaimana kehidupan harian seorang ibu pada masa kini ?
uhhhh... sangat memenatkan, rutin harian saya lepas 'punch kad' jam 5 petang saya balik menuju ke rumah,sampai jam 5.40 petang.. sampai ke rumah terlihat anak lelaki saya menyambut saya dengan senyuman di grill muka pintu.. teneng!!! haa.. mesti kecoh nanti masing2 nak tunjuk manja dengan ibu..2-2 anak lelaki saya duduk atas peha saya bila baru jer melabuhkan punggung.. alahai anak abah dan ibu ni...sabar jer lah.. jam 6.30 petang aku terus masjid untuk mengaji Al-Quran... walaupun badan masih penat aku gagahkan juga untuk pegi mengaji.. sesungguhnya aku patut bersyukur kepada Maha Esa.
4. Berapa belanja mereka bila sudah meningkat ke alam kanak-kanak ?
wow.. bab ni jangan tanya la.. rutin harian aku membelanjakan rm300 sebulan untuk membeli barang dapur..terutamanya roti dan air oren..untuk menjamin kesihatan mereka.
5. Adakah anda puas dan ingin menambah anak dimasa akan datang ?
oooo... harap2 korang jangan la berdoa lagi sekiranya aku nampak aku berlenggan berjalan di shopping complex sorang2... heloo.. memang la aku tenang sekali berjalan sorang2 nak balik lambat ke.. awal ke..alhamdulillah.. bawa anak bimbang juga karang hilang entah kemana.. mereka semua tu aktif dan perlukan pengawasan.. bab makan oohhh.. jangan tanya, anak perempuan 2 org saya tu dah pandai meng'order' sendiri naik pening sebab nak bayar bil makan..hahahaha..(macam la, dia sendiri yang nak bayar )
6. Apakah aktiviti mereka dihujung minggu dimana aktiviti seharian mereka pada cuti sekolah ?
Rutin harian saya.. hari minggu saya bangun lambat sikit, hari ahad jer saya bangun jam 8 pagi.. sebab saya 'terpaksa' pegi ke pasar basah membeli barang dapur... seronok tu seronok.. tapikan.. sikap saya yang malas ni.. kat pasar saya memang ramai kawan so selalu dapat harga murah dan segar...kadang2 1 bulan sekali saya akan bawa anak saya ke hotel untuk beristirehat... itulah saat yang mereka nantikan...setiap bulan saya terpaksa jimat-cermat sikit memandangkan saya sudah membeli sebiji apartment dan ada mengikuti kelas piano juga.. nanti kalau saya dah terer sikit saya 'add' kat sini ye..
7. apakah cabaran anda semasa membesarkan mereka ?
Cabaran saya memang banyak, cabaran saya yang pertama ialah masa dan kewangan,memandangkan suami saya bekerja sendiri.. selalu outstation manakala saya berkerjaya.. stress. so alhamdulillah.. saya perlukan strategik dan sokongan moral...yang penting saya kena banyak menyimpan untuk masa hadapan ( lagipun saya boleh mantainkan kecantikan saya ni..)
8. Adakah mencabar membesarkan mereka pada zaman 2011 ?
Cabaran saya ialah masa...mungkin suami saya sibuk.. dan saya jenis yang berdikari.. so tak terasa sangat lagi pun saya ada pembantu rumah.. kalau sorang memang patah tulang saya nanti..so saya perlukan makan yang cukup dan berfikir secara rasional.. jangan sampai ada penderaan berlaku..
No comments:
Post a Comment
berikan komen anda