KHASIAT LOBAK MERAH


KHASIAT LOBAK MERAH

1. Anti-kanser

Banyak kajian telah dibuat menunjukkan bahawa dengan makan lobak merah boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser paru-paru dan kanser kolon. Ini keranan lobak merah mengandungi Falcarinolyang dapat mengurangkan risiko terkena kanser.


2. Baik untuk mata

Retina mata kita memerlukan vitamin A untuk berfungsi. Dalam retina, vitamin A akan berubah menjadi rhodopsin, pigmen ungu yang perlu untuk penglihatan. Kekurangan vitamin ini akan menyebabkan rabun malam.
Oleh itu, lobak merah adalah makanan yangbaik untuk mata kerana ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan yang ditukar kepada vitamin A di dalam hati. Beta-carotene juga membantu melindungi daripada degenerasi makula dan perkembangan katarak.

3. Mencegah penyakit jantung

Mengamalkan makan lobak merah juga dipercayai dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam jantung. Ini kerana, serat larut dalam lobak merah boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah .

4. Mengurangkan risiko stroke

Menurut satu penyelidikan dari Universiti Harvard, orang yang makan lebih daripada enam biji lobak merah dalam seminggu peratusannya untuk mengalami strok adalah lebih rendah berbanding mereka yang hanya makan sebiji lobak merah sahaja dalam seminggu

5. Menjaga kulit


Buat akak-akak comel yang sentiasa ambil berat untuk kulit, ini berita baik untuk anda. Tak perlu lagi berhabis duit beli supplement untuk kulit, cukup dengan makan lobak merah sahaja. Ini kerana lobak merah mempunyai sifat membersih yang kuat serta berkesan dalam detoksifikasi hati dan amat berkesan untuk merawat jerawat yang disebabkan oleh toksin daripada darah.

Selain itu, ia juga berguna untuk merawat tona kulit tidak sekata disebabkan oleh pigmentasi. Vitamin A dan nutrisi lain yang terkandung dalam lobak merah adalah sangat berkesan untuk menyuburkan kulit, mencegah kulit kering dan mencegah kecacatan kulit yang lain.

6. Anti penuaan

Ini pun berita baik juga untuk mereka yang nak awet muda. Lobak merah dipercayai dapat membantu melambatkan penuaan sel-sel dan pelbagai kesan negatif yang dikaitkan dengan penuaan. Ia juga kaya dengan beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk membantu badan melawan radikal bebas.


7. Mengekalkan gigi cantik

Selain memberus gigi, anda juga boleh amalkan makan lobak merah untuk gigi yang cantik. Ini kerana, lobak merah boleh bertindak sebagai penghakis semulajadi yang membantu dalam menghapuskan kotoran yang terlekat pada gigi dan gusi.
Mineral semulajadi yang terkandung dalam lobak merah juga dapat  membantu untuk membunuh kuman di dalam mulut dan mencegah kerosakan gigi.

                              JIKA ANDA SUKA INFO SAYA SILA 'SHARE'.

No comments:

Post a Comment

berikan komen anda