TIP BEKERJA SAMBIL BELAJAR
Seperti lazimnya saya ingin berbicara tentang beberapa tip dari pengalaman saya yang lepas menjelang Final Exam. Di kala Exam semakin hampir dan masa untuk menelaah pelajaran semakin terhad kita berasa semakin tertekan. Sebaliknya di waktu sebegini kita harus berada disisi buku-buku pelajaran dan membuang perasaan yang menganggu fikiran kita sejauh yang mungkin.
Ambil jadual Exam anda dan tandakan tarikh hari Exam.
Highlightkan dengan warna yang terang tarikh exam anda.
1) Belajar Awal sebelum exam dan mula mengulang-kaji pelajaran dengan membaca Topic-topic yang penting dari Module anda. Dapat membantu anda merancang masa dengan lebih efisien.
2) Peruntukkan lebih masa untuk membaca, buat persediaan untuk Exam. Jangan baca Study Guide jadikan ia sebagai panduan, bahan yang terdapat didalam Study Guide tidak mencukupi berbanding nota lengkap.
3) Setiap kali anda membaca dalam masa 20min, rehatkan minda anda selama 5min. Ini akan membantu anda mengingati pelajaran yang telah anda baca.
4) Highlightkan points atau isi-isi yang penting dengan warna yang terang serta cerah didalam Nota anda. Dan isi-isi yang kurang penting dengan warna yang pudar. Ini akan membantu anda meneliti point-point yang penting yang perlu diingati.
5) Selepas membaca sesuatu Topic atau subtopiic dari Module anda. Buat Peta Minda yang ringkas. Ini membantu anda memahami nota yang telah dibaca. Anda juga boleh membuat nota ringkas dalam bentuk Visual (Visualize) dengan pen yang berwarna-warni. Sesuatu yang berbentuk visual lebih mudah difahami.
6) Cipta Akronim (Acronyms) juga salah satu cara mengingati nota-nota penting. contoh : BOE - Bank Of England.
7) Buat latihan seberapa banyak yang mungkin. Muat turun Contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lepas yang terdapat di Digital Library. Cari jawapan soalan -soalan tersebuat. Ini juga membantu anda memahi bentuk Format soalan Exam course anda. Disamping itu anda boleh melatih diri anda menjawap soalan dalam masa yang diperuntukkan dalam Exam.
8) Bagi menghilangkan rasa letih dan mengantuk. Jika sesuai ambil Vitamin. Anda juga boleh cuba makan Dark Chocolate rasanya agak pahit tetapi ia dapat merangsangkan minda dan mudah mengingati pelajaran. Atau minum Milo yang panas juga melegakan dan membuat anda cergas.
9) Tidur secukupnya pada malam sebelum Exam amat penting dan membantu anda menjawap soalan Exam dengan lebih lancar.
Pada hari Exam bangun awal dan sampai awal di Pusat Exam. Sebelum masuk ke dalam dewan Exam.
1) Pastikan anda bawa alatulis serta 2 atau 3 batang pen yang dapat menulis dengan lancar.
2) Baca soala dengan Teliti sebelum mula menjawap. Lihat markah yang peruntukkan untuk sesuatu soalan dan masa yang perlu diambil untuk menjawap soalan tersebut. Jangan ambil masa yang terlalu panjang untuk menjawap soalan yang markahnya hanya 10 contohnya.!
3) Bagi soalan yang berbentuk Easy yang memerluka huraian. Jika terdapat Point-point yang perlu dihuraikan. Anda boleh bagi dalam bentuk nombor . contoh 1 ...., 2..... dan seterusnya. Anda juga boleh buat graph jika bersesuaian dengan course subject anda.
4) Sewaktu memilih soalan yang perlu dijawap, piilihlah soalan yang anda yakin boleh memperoleh markah yang tinggi. Dan sebelum menulis diatas kertas jawapan catat isi-isi penting bagi soalan itu dalam kertas soalan, ini dapat membantu anda menghuraikan semua isi dengan lebih terperinci.
5) Sentiasa berwaspada dan lihat jam di tangan anda semasa menjawap soalan, Jangan membuang masa menjawap sesuatu soalan terlalu lama. Bahagikan masa dengan sebaiknya.
6) Jangan Panic dan Mudah Putus Asa dengan keluar dari dewan Exam, apabila anda dapati soalan yang ditanya dalam Exam terlalu susah, anda tidak ada idea pada masa itu apa yang hendak dijawap. Tarik nafas, baca doa dan baca kembali soalan, mula jawap dengan soalan yang paling mudah. Jangan risau, teruskan jawap. Jangan persiakan segala usaha anda sepanjang semester. Komitmen anda dalam berbentuk tenaga dan wang ringgit.
7) Baca Jawapan Anda sebelum hantar. Periksa segala kesalahan bahasa.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Semoga coretan ini memberi sedikit panduan pada anda.
Akhirkata, Segala usaha anda pasti akan membuahkan hasil yang boleh membanggakan anda sekeluarga. Seperti kata Nelson Mandela, Education is the most powerful weapon you can use to change the world.
Good luck and all the best guys!
Best regards.
No comments:
Post a Comment
berikan komen anda