CARA MENJAGA ANAK BERKHATAN


CARA-CARA BETUL MENJAGA ANAK BERSUNAT




NAMA:FARIS DANIEL
UMUR :10 TAHUN
TARIKH BERKHATAN: 10.12.17








Adakah ini pengalaman pertama?
Pengalaman saya yang bertama, sebenarnya sudah lama anak saya mahu berkhatan. tetapi disebabkan kekangan masa saya bekerja (mahu uruskan 5 orang anak) saya akan tentukan masa yang sesuai. Mahu pastikan Faris betul-betul bersedia.

Proses berkhatan?
Proses 'clamp'.Nampak gaya macam tak sakit, faris tidak nangis pun, cool saje dia. 5 minit je proses berkhatan. tapi saya agak runsing sebab saya dengar macam 2 minggu jer dia nak baik. Saya cadangkan proses jahit biasa kepada suami saya, dia melarang.Katanya menyakitkan dan mengambil masa yang agak lama (saya rasa sesuai sebab penjagaannya agak mudah).

Susah ke senang menjaga anak lelaki dalam berkhatan?
Biasa sahaja. saya larang anak saya dari banyak bergerak, takut bengkak tidak surut. hari pertama dan kedua (tiada pendarahan langsung).

Bahan asas yang MESTI ada semasa proses penjagaan anak semasa berpantang?
Masa baru balik dari klinik jangan lupa minta ubat dengan dokter ubat intibiotik dan tahan sakit, makan sampai habis.Minum air gamat (boleh campur dengan milo suam) untuk 2 kali sehari, Vitamin C (3 biji sehari)  dan Multivitamin (2 biji sehari) JANGAN lupa beli dekat farmasi ubat surut bengkak 'bibird' (3 kali sehari)
(MESTI DIAMBIL DALAM 2 MINGGU BERTURUT-TURUT,yang penting surut bengkak)

Ruangan bilik yang bersesuaian ?
Bilik yang dia sorang je tidur (takut kaki adik dia tindih 'bibird') 2 minggu juga kena buat pantauan selalu. mak ayah jangan bimbang.. pandailah dia rehat-rehat sorang.

Rutin harian penjagaan?
Lepas dia kencing, pastikan ajar anak kencing dalam bekas plastik sederhana besar (saya ajar dia kencing mencangkung) pasti ambik picagari sembur kat 'bibird' 3 kali (kena cuci selepas kencing untuk elak jangkitan). So tak susah nak ajar Faris ni. Kerja saya semakin mudah.

Ibu jangan lupa rajin-rajin letak minyak 'afiat' hijau pada jahitan agar jahitan cepat baik (Titik guna cotton bud').Ambik air suam guna kain kasa yang ada jual di farmasi untuk suci 'slow-slow' kawasan berdarah tu.

Jenis makanan yang sesuai, untuk baik dari bengkak 'bibird'.
YANG NI PENTING- JANGAN BAGI ANAK MAKAN TELUR,AYAM,DAGING (takut gatal dan bengkak tidak surut) dalam masa 2 minggu tu. Banyak makanan yang bole dimakan seperti:
a. Lempeng Susu cicah gula
b. Roti cicah susu pekat
c. Nasi steam sayur (bronkoli,kubis bunga)
d.Oat
e.Nestum
f. Biskut
g.Nestle koko krunch
h.Bubur dengan kicap skit
i.Salmon Grill (jika nak suka)

Tempoh untuk baik-pulih?
Kebiasaan 2 minggu. Tetapi ibubapa kena pantau selalu ye. Hari ke 4 buka clamp, saya jangkakan tidak berlaku pendarahan,saya silap hari ke lima dan ke enam berlaku pendarahan sedikit di awal pagi (suami saya kata itu biasa) tapi saya dan faris pula yang rasa panik.Mungkin masa tu sebab 'bibird' dia tengah mengembang.

Nasihat dari Penulis.
Rajin-rajin teman anak masa berpantang (bosan faris duduk sorang dalam bilik, nasib baik ada WIFI),malam saya tidur dengan dia (dia kekadang nangis sebab duduk sorang sunyi). Ibu perbagaikan anak makan masa waktu pantang. saya ajar anak saya makan berpantang skit, tapi..alhamdulillah setakat ni tak 'bentan' lagi, tidak ada nanah, bersih dan Alhamdulillah dia sihat.

pastikan sehari sekali bagi anak makan buah apple dan Pear untuk cepat baik (tanya dia buah apa yang dia suka)

NAMPAK... tak susah nak jaga anak berpantang. Cuma kena cari banyak ilmu skit... rasanya penerangan saya diatas dapat membantu ibu bapa untuk bersedia anak lelaki ke alam dewasa.Yang penting berkhatan awal 2 minggu dari buka sekolah ye.. kesian kat anak tu.


                                   JIKA ANDA SUKA INFO SAYA SILA 'SHARE'.





Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN