Khasiat asid folic ?

   kalau kat klink kerajaan boleh dapat free je 

Khasiat asid folic?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folic?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 


Berapakah jumlah asid folic yang saya perlukan?


Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 


Apa itu ASID FOLIK? 

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).

2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi
-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK

-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 

Asid folik ni hanya memberi kesan after 3 bulan, bukan hari ni makan, esok berkesan :)

Secara ringkas untuk kuatkan rahim kita lah..nanti mengandung, rahim dah bersedia.. Selesa dan selamat lah baby dalam perut..begitu.. Bukan untuk kesuburan atau pil perancang ye.. just persediaan je.. So kalau ditakdirkan hana mengandung pada bila bila masa, rahim hana dah bersedia dan baby hana berada dalam keadaan yang selamat.

Bahaya la zaman sekarang makan merapu rapu.. pewarna lah, perisa tambahan lah, bahan pengawet lah.. Tapi kepada yang merancang untuk tidak mendapatkan bayi dalam waktu yang terdekat, tak perlu lah makan asid folik lagi.

CARA MAKAN FOLIK ASID

Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.

Now, kita sambung part subur pula ok. 

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Hana cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payahsikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 adakitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui keranaia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, iaperlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknyaditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung.Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogenmeningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dindingrahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula,telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatanmendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telurini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang.Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio kerahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telurdikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dindingrahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang keranatiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimanaruntuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period) 

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari suburialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah harisubur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = harike 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar bolehberubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama periodyang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadimasalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period andaberubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. DiAmerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur. (TAPI SEKARANG ADE KIT OVULATION TU, BOLEH TRY PAKAI) 

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untukmendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta spermadengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seoranglelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Inibermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur,atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur ituberjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada harike 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalamrahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyairisiko yang tersendiri.

Hana harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama

Meningkatkan kekebalan tubuh: amalkan Vitamin B Complex


Khasiat Vitamin B Complex

Vitamin B Complex banyak khasiat dan kelebihannya untuk semua tak kira kanak-kanak hinggalah orang yang berusia.
Manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?
Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaat:
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 
 Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaat:
  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA
 Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaat:
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Akibat Kekurangan Vitamin B
 Kekurangan Vitamin B Complex boleh menyebabkan:Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung
Kelebihan Vitamin B Complex dari Shaklee
 Banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee:
  1. Menghasilkan tenaga serta berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku serta rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi badan.
  8. Penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.
 Kelebihan Vitamin B Complex untuk kanak-kanak
  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberi tambahan tenaga.
 Kelebihan vitamin B Complex untuk orang dewasa
  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
 Kelebihan vitamin B Complex untuk ibu mengandung
  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia.
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mencegah kecacatan janin
 Siapa yang perlu mengambil vitamin B Complex ?
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Ibu hamil
  • Ibu yang sedang berpantang
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan sihat
  • Mereka yang mahu mendapatkan anak
  • Mereka yang mengalami masalah migrain
  • Mereka yang mengalami alahan/eczema
  • Mereka yang mengalami masalah rambut
  • Mereka yang mahu mengawal paras kolesterol

AGODA PROMOTION RHB MEMANG MURAH

Langkah ke 3

1. (Maaf ye... 3 gambar ini saya x tersusun dengan baik... sebab susah nak upload dalam blog... pening2) apa2 pun saya bole ajar anda semua step by step ye.

2. Mula-mula pergi ke www.agoda.com/rhb baca arahan :...... dan yang penting ambik yang dia cakap "Promotion Eligible" Hotel je tau... yang tu untuk booking kad Plantinium RHB setahu saya pakai sekarang.(saya tidak menyatakan hotel mana yang murah tetapi anda boleh pilih banyak hotel)

3.Pastu masukan nombor kad kredit RHB dengan betul... jadi anda dah dapat harga bilik hotel yang besar dengan harga yang murah (yang saya dapat sekarang dalam agoda bilik RM986 dia bagi harga RM 283 siap ada dapur sekali kat KLCC... so bole bawa jalan2 anak pergi ke sana nanti kalau ada masa saya upload gambar2 dalam bilik saya tu ye..

4. Berjaya menempah, harga diskaun tu anda dapat bila sudah masukan banyaran kad kredit anda, kalau nak mudah kira dengan kaukulatur sendiri, sebab diskaun tu automatik diketahui selepas buat pembayaran, yang penting dapat harga bilik murah (jika anda mahukan harga yang lebih murah macam hotel yang saya dapat ini.. segeralah menghubungi saya)

Langkah 1

Langkah 2

Insurans Kereta Murah

Insurans Kereta Murah

on FRIDAY, 10 JANUARY 2014 
Assalamualaikum n salam sejahtera.

Aku ingin share something about our CAR INSURANCE.Cerita ni dah lama nak share tapi asyik terlupa.So apa yg akan aku bagitahu ni bolehlah memberikan sedikit info dan penilaian untuk anda memilih INSURANS KENDERAAN terbaik anda itu~

Insurans Kenderaan Murah dan Jimat


Ok.Saya introduce dulu tentang hubungan saya dgn INSURANS KERETA ni.saya dah 4tahun bekerja sebagai Claim advisor dimana kerja saya ni melibatkan tuntutan insurans kenderaan.Kalau nak cerita hal ni memang payahlah.panjang wooo~tapi aku dah berhenti dah tahun lalu last bulan November 2012.Maklumlah ikut suami ke KL ni~

Ok.so mengikut pengalamanku nikan,(adui,mcm dah byk lupa ni) saya sarankan anda ambil lah insurans OCA-oriental capital assurance = Tune insurance UNTUK kenderaan komersial atau kenderaan berat cth keta hilux.Mengikut byk2 insuranskan insurans nilah byk cover utk kereta tau contoh Excess.Excess (Lebihan kos) yg terdpt pd kereta2 mahal le.Time aku kerja dulu inilah yg selalu ramai org xfaham bila diminta untuk membayar Excess ni.

Excess ni mls aku nk terangkan pnjg sgt mksd kefahamannya so OCA akan byr bila dibawah rm2000 tu so selamatlah korang kalau keta accident nak claim insurns kamu xakan diminta byr oleh workshop laa.If you all tak pasti ada excess or x try cek covernote/register insurans kamu tu.Pasti ada Excess so tgok la berapa diorg letak amaun.Ada ke x.ok.....

Insurans Kereta Murah & Jimat


Now kereta private.kereta mcm kita2 nilah..Selagi anda beli INSURANS 1ST PARTY bermakna kereta anda masih berloan dgn bank dan bermakna mahal la insurans keta yg nk dbyr tiap tahun.but dont worry setiap tahun insurnce payment akan semakin rendah mengikut susutnya nilai market kereta anda.haha!maksdnya semakin xbernilai kereta anda semakin kuranglah insurans nak cover you all..hihi.Dan utk memaintainkan pengurangan kos pembayaran insurans tu pastikan kamu TIDAK pernah menuntut sebarang insurans kereta.

Kalau setakat kerosakan kecil atas kesalahan anda sendiri repair sendirilah.Kalau dilanggar org minta toleransi org tu byr cash jgn nak berlagak nk claim insurans kat workshop walaupun kamu tak salah krn kamu juga PASTI ada kerugian.Believe me.Dan INGAT.Jgn sesekali melanggar kereta org atau buntut kereta org krn walau kamu tak salah kamu TETAP dipersalahkan!Amaun pembayaran insurans pun akan meningkat bila diorg tu claim insurans~!!!

So pointnya disini jika dah abis byr loan keta tu sy sarankan bertukarlah ke insurans 3rd party.Kerana sia2 anda byr mhl2 klu cover pun ciput.

Saya dah servay dah harga semua insurans dmalaysia.Memanglah jauh beza harga di sabah dan semenanjung ni.Kalau nak beli kereta kat semenajung plk lebih MURAH.tapi kalau beli insurans kereta di sabah plk lebih MURAH.Nasiblah..

So insurans yang paling MURAH ada 2 tempat INSURANS ETIQA (MAYBANK) dan UNI ASIA.untuk kereta saya,ETIQA lebih murah antara semua JIKA umur saya mencecah 25tahun ketas!!so saya belilah UNIASIA kedua termurah dimalaysia.

Apapun pilihan anda bagi saya insurans ni xperlula kalau kita berdoa dan berhemat memandu.Pilih murah dan berbaloi ok.

BANJIR..OH ! BANJIR

Kenapa berlaku banjir?

Pada pendapat saya... Allah s.w.t ingin menguji manusia.. bukan disebabkan dosa.. tapi Allah s.w.t ingin menguji se 'sabar' mana manusia boleh tahan perasaan sabar itu. Ganjaran sabar amat besar.. tau!
Semua masyarakat bersedih. Saya yang bekerja di perantauan ini pun bersedih..
Jika saudara-saudari tidak dapat membuat sumbangan atau sedekah... selepas solat 5 waktu pun boleh kita berdoa.. pun sudah cukup berdoa agar jangan kita bersedih, berilah kemudahan dan jalan yang senang kepada mangsa-mangsa banjir... semoga doa kita diberkati dan jangan sekadar menasihat dan melihat sahaja

1. Mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disiytiharkan darurat ?

Ramai 'penganalisis' facebook yang sibuk tanya kenapa Malaysia tidak disiytiharkan darurat sedangkan banjir kali ini menyebabkan lebih 100,000 rakyat dipindahkan.
Soalan itu menarik perhatian wartawan untuk ditanya sendiri pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kelantan pada Sabtu.
Dalam sidang medianya di lapangan terbang Pengkalan Chepa, Najib berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.
Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka.
Dalam masa yang sama beliau mengumumkan bantuan khusus RM500 juta kepada mangsa banjir di semua negeri yang terjejas.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa yang kediaman dan kenderaan yang musnah.
"Bantuan khusus ini tidak termasuk peruntukan membina semula infrastruktur awam yang musnah seperti jalan, hospital, masjid dan lain-lain," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga langkah tambahan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.
“Langkah kedua ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sepatutnya dibayar hujung bulan Januari dipercepatkan kepada pertengahan bulan Januari.
“Langkah ketiga pula meminta agensi serta institusi berkaitan kewangan supaya membuat penjadualan semula pinjaman mangsa yang terlibat,” katanya.
Terhadahulu, Najib meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.
Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.
Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.
Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.
Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka 
2. Jadi, persoalannya hari ini... adakah anda boleh terima kenyataan ini?
Adakah bila tak isytihar darurat maka syarikat ansuran akan membayar kerugian semua harta yang ditenggelah dan dihnyutkan air tu apakah keraaan boleh beri jaminan apakah ianya tidak dikira bencana alam yang syarikat ansuran telah melepaskan tanggungan mereka melalui T&C yang ditanda tangani.
Harapan saya...
Saya rasa hampa.. melihat negeri Kelantan dilanda banjir.. semoga saya dijauhkan musibah banjir ini. Saya akan membantu setakat saya mampu... itulah tanggungjawab saya.. bukan sekadar melihat, mengata.. mengeji.. memberi pendapat . tetapi tunjukan kita bersedia membantu.. kerana selagi nyawa ada.. selagi itu saya bersyukur saya boleh membuat pahala untuk diri saya.
# TOLONG HENTIKAN LAKONAN ANDA ...
3. Anda boleh melihat portal banjir dihalaman ini...
http://portalbencana.mkn.gov.my/Portal/Home/SummaryInfo?type=22