TIP PERJALANAN JAUH DENGAN BAYI ANDA




Secara kasar, anda mungkin tidak mahu ke mana-mana dengan membawa 
bayi anda yang baru lahir kecuali terus pulang ke rumah. Dia memerlukan perhatian dan penyusuan hampir sepanjang masa, dan selain itu anda juga mungkin sudah letih! Tetapi apabila menjangkau usia tiga bulan, bayi sudah sesuai dibawa berjalan. Mereka bukan selemah yang kadang-kala dikhuatiri ibu bapa, dan buat masa ini, bayi anda juga tidak menganggap membuat perjalanan sebagai satu gangguan berbanding masa akan datang. 

Jadi nikmatilah saat ini kerana apabila dia sudah aktif bergerak, perjalanan jauh akan menjadi cabaran yang lebih besar. 




Tip kesihatan dan keselamatan

  • Jika membuat perjalanan melalui udara, berikan susu atau makanan semasa kapal terbang berlepas serta mendarat untuk menghilangkan kesakitan telinga.
  • Bawa krim ruam lampin, beg untuk lampin terpakai, lampin yang secukupnya untuk sepanjang perjalanan dan paracetamol bayi untuk mengurangkan kesakitan dan demam. Bawa juga ubat untuk kembung perut (minta ahli farmasi anda mengesyorkan yang sesuai), ubat titis untuk hidung tersumbat dan gel pertumbuhan gigi jika bayi anda sedang tumbuh gigi. Lihat Senarai Semak Kit Pertolongan Cemas kami untuk lebih idea.
  • Bawa topi dan losen / krim pelindung matahari (dengan SPF15 atau lebih) untuk bayi anda. Bayi di bawah usia enam bulan harus dielakkan daripada panas matahari sama sekali, dan pendedahan kepada matahari untuk bayi antara usia enam bulan dan setahun haruslah terhad, terutamanya antara jam 11 pagi dan 3 petang pada hari yang panas.
  • Dapatkan pelindung matahari untuk tingkap kereta supaya dapat melindungi kulit dan mata bayi anda daripada matahari.
  • Jika membuat perjalanan dengan kereta, bayi patut sentiasa duduk di dalam kerusi kereta bayi menghadap ke belakang, sebaik-baiknya di tempat duduk belakang. Jangan letakkan kerusi kereta bayi anda di tempat duduk penumpang hadapan yang ada beg udara. Luangkan masa sebelum anda bertolak untuk memastikan kerusi kereta bayi dipasang dengan betul dan tali pinggang keledar dipasang dengan betul pada kerusi kereta bayi. Pastikan juga tali keselamatan pada kerusi kereta bayi dilaraskan supaya padan dan kukuh pada bayi anda.


Makanan dan keselesaan

  • Jika anda tidak menyusukan bayi, jangan lupa membawa susu formula dan air yang telah dimasak dan disejukkan. Anda juga mungkin perlu membawa tin, balang dan paket makanan bayi, tetapi hanya jika anda merancang untuk pergi ke suatu tempat yang sangat eksotik; makanan bayi selalunya ada dijual di destinasi anda.
  • Bawa bib plastik untuk bayi anda. Ianya sungguh berguna untuk mengelakkan terpaksa menukar pakaian bayi beberapa kali sehari.
  • Bawa selimut bayi supaya anda boleh berhenti di taman untuk membenarkan bayi anda meregangkan kaki atau melelapkan matanya sejenak.
  • Jika bayi anda tidur dalam katil bayi, jangan lupa menempah satu semasa anda membuat tempahan bilik hotel supaya pihak hotel dapat menyediakannya sebelum anda tiba. Sebagai alternatif, anda boleh membawa sendiri katil bayi yang mudah dibawa dalam perjalanan.
  • Jangan lupa membawa cerek pemanas air untuk memudahkan bancuh susu dan air mandian bayi.




                                                                                            bekas susu 3 in 1





                                                                     bakul bayi yang mudah dibawa kemana-mana



                                                                                           Termos air panas

Menghiburkan bayi anda

Bawa sebuah beg yang berisi beberapa barang mainan kesukaan bayi anda, serta beberapa mainan yang baru. Antara yang sesuai termasuk apa saja yang bersinar, berdetar-detar, cermin khas untuk bayi, mainan bermuzik, patung haiwan, kekunci plastik atau gegelang gigit. 




Peralatan perjalanan

Beberapa peralatan yang dipilih rapi akan membantu melancarkan perjalanan dan penjelajahan apabila tiba di destinasi anda. Jangan lupa membawa lebih pempers dan tisu basah untuk memudahkan kerja.

Untuk bayi yang kecil, satu sistem perjalanan yang lengkap boleh mengurangkan kerumitan masuk dan keluar daripada kereta dan kapal terbang. 

Sebuah bugy ringan yang boleh disimpan di dalam but kereta atau ruang simpanan atas dalam kapal terbang sesuai untuk bayi yang sudah boleh duduk sendiri (anda boleh tinggalkan bugi anda di tangga kapal terbang dan anda boleh mengambilnya semula apabila tiba). 

Untuk bayi yang lebih kecil, bakul bayi mungkin berguna.

Makanan dibawah sangat sesuai dibuat sendiri untuk baby 6-8 bulan...ada nurse cakap x sesuai bagi bayi makan bila usia 4 bulan ikut pengalaman aku keempat2 anakku bagi jer masa usia 4 bulan bila sudah tau meniarap dah sampai masa dia belajar makan nestum/ bubur tujuan dia supaya kaki dan tangan kuat dan cepat merangkak, tapi awal2 bulan x bagi lagi makan ayam, daging, ikan yang gatal termasuk ikan bilis.. tak nak ajar lagi sebab takut dia alah.. Resepi dibawah saya senaraikan untuk ibu-ibu mencuba resipi menu harian bayi anda.
  1. Bubur nasi + bayam 
  2. Bubur nasi + bayam + ikan bilis
  3. Bubur nasi + brokoli 
  4. Bubur nasi + brokoli + ikan bilis
  5. Bubur nasi + ayam
  6. Bubur nasi + ayam + bayam
  7. Bubur nasi + brokoli + ayam
  8. Bubur nasi + kurma
  9. Bubur nasi + kismis
  10. Bubur nasi + ayam + saderi
  11. Bubur nasi + carrot + ayam
  12. Bubur nasi + carrot + ikan bilis
  13. Bubur nasi + kubis bunga + ikan bilis
  14. Bubur nasi + kacang pis + ayam
  15. Bubur nasi + kacang pis + ikan bilis
  16. Oat + puree epal
  17. Oat + puree carrot
  18. Oat + puree betik
  19. Oat + puree pisang
  20. Oat + puree kiwi
  21. Oat + puree labu
  22. Oat + puree keledek
  23. Oat + avacado
  24. Oat + kurma
  25. Oat + kismis
  26. Kentang + ayam
  27. Kentang + ikan bilis
  28. Kentang + sayur 
  29. Speghati + ikan bilis
  30. Speghati + ayam





   ni menu baby untuk jadi guardline saya untuk bagi makan, dah lama tak dapat bayi..ingat-ingat lupa pula...


Cara buat bubur nasi mudah saja... Ambil segenggam beras...basuh bersih dan rebus dangan dua gelas air... Masukkan je ikan bilis atau apa-apa yang nak dicampurkan tu bila dah mendidih... Cuma kalau campur sayur... Masukkan sayur bila bubur dah hampir kering... Sebab nanti zat nya hilang pula bila rebus terlalu lama... Lepas dah kering... Kisar dengan pengisar kering... Bila baby nak makan, bancuh dengan susu atau air suam...

Biasanya segenggam nasi cukup untuk tiga kali makan... Makan pagi, tengah hari dan petang... Biasanya oat aku masak untuk makan pagi atau sarapan dan juga makan petang... Tengah hari makan bubur nasi...

Nasi tak sesuai untuk campur dengan kentang sebab dua-dua karbo...

Resepi untuk oat mudah juga... Kisar oat kering hingga halus... Simpan dalam bekas kedap udara... Bila nak makan, bancuh oat dengan air panas kemudian campur dengan puree buah... Kacau sebati dan boleh la makan...

Kalau anak dah ada gigi, lagi mudah.. Boleh masak bihun kosong...roti dan banyak lagi yang boleh dipelbagaikan... Memang kena kreatif la memasak untuk baby ni... Supaya baby tak bosan dengan menu yang sama... 

Gabungan makanan ikut resepi diatas perlu dilakukan secara berperingkat. Untuk bayi enam bulan, mulakan dengan bubur kosong, dimasak lembik dan dikisar... bila dah seminggu dia biasa makan, baru mula campurkan sikit-sikit... kemudian campurkan dengan sesuatu makanan baru secara berperingkat... Ikan laut kurang digalakkan kerana tinggi merkuri, tapi anak 8 bulan ke atas,boleh la cuba bagi makan ikan laut seperti ikan merah dan ikan tenggiri dalam kuantiti yang sedikit. 

30 resepi diatas boleh la digilir-gilirkan selama sebulan... jadi, takdelah bayi rasa bosan makan makanan yang sama... umur hampir lapan bulan biasanya tekstur bubur dah sedikit kasar...tak perlu blend tapi cukup dengan lecek je... sebab dia dah mula mengunyah.. walaupun takde gigi.. Sebaiknya masak makanan ikut keperluan... elakkan bekukan atau sejuk dan panaskan makanan bayi..sebab kurang khasiatnya.. kita sendiri pun tak lalu kan nak makan makanan yg disejukbeku pastu panaskan semula.. apatah lagi bayi... bayi tak makan banyak, tapi kerap makan... 

Selamat mencuba ea... enjoy memasak, jika anak suka makan... 


nota:
- Elakkan kenalkan anak dengan nestum dikala usia 5-6 bulan, kerana khuatir dia kurang makan natural food... untuk snek sihat boleh sediakan potongan buah segar dan bagi baby pegang... 
-Sila guna banyak air untuk bancuhan supaya bubur nasi lembek, takut pejal sangat dia sembeli nanti
-untuk 4 bulan saya sarankan makan dua kali sehari sahaja sehingga 6 bulan, untuk elak bayi rasa bosan makan selang seli dengan menu bubur yang berlainan selang sehari.
- banyakkan minum air masa memberi bubur nasi.. cara mudah bagi air melalui botol susu dan sudu pun boleh.