Kenapa perlu beli atau simpan emas?…Kalau persoalan itu bermain di minda anda, silalah baca info tentang nilai emas yang sebenar berikut. Saya ingin memetik tulisan En.Syukor Hashim (Jutawanemas.com):
MENGAPA anda perlu menyimpan emas?B
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Fakta ke-2, harga emas sentiasa meningkat! memang benar jika dilihat dalam jangkamasa yang panjang. Cuba lihat rekod harga emas untuk tempoh 10 tahun dahulu(sumber: kitco.com)
Fakta ke-3, nilai wang kertas pula akan mengalami kejatuhan dalam jangkamasa yang panjang. Mari kita lihat rekod nilai matawang USD:
(sumber: ebook jutawanemas.com)
Tapi ada kes yang menyedihkan lagi, iaitu apabila nilai inflasi meningkat dari tahun ke tahun sehinggakan ada negara yang telah bankrapsi. Cuba lihat apa dah jadi dengan matawang Zimbabwe:
Bukannya untuk menidakkan peranan wang kertas (fiat money) dalam urusan seharian, tetapi sekadar untuk kita berfikir kenapa perlu menyimpan emas fizikal berbanding wang kertas. Satu lagi fakta yang perlu kita sedar bahawa wang kertas adalah liabiliti kepada sesebuah negara bukannya aset! sila rujuk laman BNM.
Sebab itulah dalam sejarah Islam, emas telah diiktiraf dan digunakan pakai sebagai median of exchange kerana ianya lebih stabil dan kukuh serta tahan inflasi. Sebagai rujukan, zaman Rasulullah 1 dinar emas bersamaan nilai seekor kambing, sekarang pun 1 dinar masih bersamaan seekor kambing. Hebat bukan, lebih 1400 tahun tapi masih kukuh nilainya.
Juga terdapat saranan hadits umat Islam menyimpan Dinar (Emas) dan Dirham (Perak) iaitu: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal. sila baca artikel ini
Justeru, marilah kita sama-sama mengubah minda kita (paradigm shift) untuk menyimpan Emas fizikal sebagai aset kekayaan sebenar. Bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi pelindung (hedging)aset kita. sila baca artikel ini.
Sekian, wassalam…
Mengapa Perlu Simpan Dinar Emas…
May 6th, 2010 Norhayati Mohd.Nazri
Sebenarnya banyak perkara yang perlu kita ketahui disebalik Dinar Emas ni. Sebelum tu, sedikit mengenai sejarah Dinar Emas:
1. Perkataan ” Dinar” bukanlah berasal dari bahasa Arab, tetapi berasal dari bahasa Yunani dan Latin atau mungkin merupakan kata lain dari bahasa Aramaic-Persia “Denarius”. Sementara itu, Dirham diambil dari wang perak “Drahms”, yang digunakan orang-orang Sassan di Persia. Drahms telah diambil dari nama wang perak “Drachma” yang digunakan oleh orang-orang Yunani. Dinar sebagai mata wang Islam telah mulai digunakan sejak masa Rasulullah SAW hingga runtuhnya khalifah terakhir di masa Dinasti Uthmaniyah.
Dinar Emas Persian Yazdgard I (399 – 420 AD)
2. Khalifah Umar Ibnu Khatab r.a telah menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram. Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD-705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham.
Dinar Emas Abd al-Malik ibn Marwan
Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam
1. Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1Dinar masih bersamaan seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah.
2. Justeru nilai Dinar tidak berubah, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa. (Shabri, M., 2006)
3. Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur’an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba, gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
4. Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)
5. Hadits berkaitan suruhan menyimpan dinar & dirham:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

fantastic issues altogether, youu simply received a new reader.
ReplyDeleteWhat may you suggest in regards to your put up tbat you simply
made a feww days ago? Any positive?