Al Baqarah
HOTEL
Doubletree Hilton Putrajaya
nampak best..tapi x pastikan best ke tak kan? agak2 berbaloi tak dengan penginapan?
Shangri la Golden Sands Penang
Cara Pergi Ke Pulau Ketam
Cara Pergi Pulau Ketam sedikit informasi untuk pengunjung yang pergi pertama kali ke pulau tersebut. Adakah anda pernah mengunjungi ke Pulau Ketam? Pulau Ketam merupakan sebuah pelabuhan kecil dan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah Pelabuhan Klang.
Kita sering dengar mengenai pulau tersebut, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu cara untuk mengunjungi pulau tersebut. Untuk ke sana sudah tentu kena guna feri atau boat.
Sebelum itu mari baca sedikit informasi umum mengenai pulau ini. Pulau ini adalah rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira 200 tahun dahulu.
Dialek yang sering ditutur oleh masyarakat di sini ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar pulau ini. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau.
Untuk pengetahuan anda, rumah dibina tinggi kerana pulau ini akan tenggelam ketika air pasang. Di sini juga tidak ada kereta namun masyarakat sekitar selalunya menggunakan basikal atau motosikal.
Jika anda tercari cari tempat makan, jangan risau. terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang dijadikan tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.
Informasi Ke Pulau Ketam
Untuk pergi ke pulau tersebut, penumpang perlu menggunakan pengangkutan air dari Jeti Pelabuhan Klang. Nama komersial Jeti Pelabuhan Klang ialah Terminal Penumpang South Port.
Jeti Pelabuhan Klang terletak berdekatan dengan Pulau Ketam dan oleh itu, anda harus mengambil feri atau bot laju untuk sampai ke Pulau Ketam.
Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang ialah Soon Soon Marine Service, Perkhidmatan Feri Foo Yun dan Tong Cheng Express Services.
Tambang Boat Atau Feri
Tambang bagi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam bergantung pada jenis pengangkutan air yang dipilih sama ada bot laju atau feri.
Kadar tiket feri yang dikenakan bagi golongan dewasa per hala ialah RM 7.00 dan RM 14.00 bagi pergi-balik. Manakala, tambang feri dicaj bagi golongan kanak- kanak (5- 12 tahun) bagi sehala dan pergi-i-balik ialah sebanyak RM 4.00 dan RM 8.00. Golongan kanak- kanak bawah umur 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj tiket.
Selain itu, kadar tiket yang dikenakan bagi penumpang dewasa yang menggunakan bot laju untuk pergi ke Pulau Ketam ialah sebanyak RM 10.00 per hala dan RM 20.00 bagi pergi- balik. Penumpang boleh mendapatkan tiket feri atau bot laju di Pelabuhan Klang.
Jadual Feri Dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Ketam
Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Pulau Ketam menggunakan bot laju ialah lebih kurang dalam 20 minit.
Malah, bagi yang menaiki feri, masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi agak lama iaitu selama 30 – 45 minit. Biasanya, Terminal Penumpang South Port beroperasi dari pukul 7.00 pagi ke 7.00 malam.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan feri ditawarkan pada setiap hari. Namun, jadual perjalanan feri berbeza sedikit pada hujung minggu dan cuti umum.
Berikut merupakan masa pertama dan terakhir perkhidmatan feri beroperasi dari Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang.
- Pelabuhan Klang (Isnin- Jumaat)- 8.45 am dan 6.30 pm
- Pelabuhan Klang (Sabtu, Ahad & cuti umum)- 8.45 am dan 7.10 pm
- Pulau Ketam (Isnin- Jumaat)- 7.45 am dan 5.30 pm
- Pulau Ketam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)- 7.45 am dan 6.00 pm
Cara Pergi Ke Pelabuhan Klang
Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke Pelabuhan Klang sebelum menuju ke Pulau Ketam menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Terdapat perkhidmatan bas ditawarkan dari Pasar Seni ke Pelabuhan Klang. Penumpang boleh menggunakan bas seperti Causeway Link 58K dan City Liner 703 bagi perjalanan Pasar Seni- Pelabuhan Klang.
Seterusnya, penumpang turut boleh menggunakan perkhidmatan kereta api komuter dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan dari KL Sentral-KTM Komuter Pelabuhan Klang ialah sebanyak RM 6.40 bagi dewasa dan RM 3.20 bagi golongan kanak- kanak dan warga emas.
.
Jika anda hendak memandu sendiri pengunjung boleh memandu kereta untuk pergi ke Pelabuhan Klang. Bagi yang memandu kereta, terdapat tempat parkiing percuma di tepi jalan Persiaran Raja Muda Musa.
Namun, tempat parkir ini selalu penuh. Selain itu, anda turut boleh memarkir kenderaan di tempat parkir berbayar seperti di KTM (Car Park) Sdn. Bhd, sebelah dengan stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang dan Asa Niaga Harbour City Terminal.
Jika anda ingin membaca maklumat lebih lanjut mengenai Pulau Ketam anda boleh layari laman website rasmi Port Klang Integrated Coastal Management Project.
BANTING: Kedudukannya yang jauh di dalam Kampung Bandar dekat Jugra di sini, membuatkan ramai tidak mengetahui sebuah istana usang di situ, pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Selangor, lebih 100 tahun lalu.
Istana Bandar dibina Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah pada tahun 1898.
Baginda membiayai sendiri pembinaan istana itu pada 1899 atas tanah seluas 5 hektar dan mula didiami keluarga diraja pada tahun 1905 sehingga Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mangkat pada tahun 1938.Ketika ini, istana yang tidak lagi didiami itu sedang dibaik pulih dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Penolong Kurator PADAT, Mohd Aidy Khairunizam Rashid, berkata baginda dikenali sebagai Raja Suleiman Shah sebelum ditabalkan sebagai Sultan dengan gelaran Ala'eddin."Baginda adalah seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.
"Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ala'eddin yang dibina berdekatan istana," katanya ketika ditemui di Istana Bandar, baru-baru ini.
Mohd Aidy berkata, Istana Bandar juga turut dikenali sebagai Istana 44 Bilik, selain mempunyai ruang yang tidak mempunyai daun pintu dan bilik yang menempatkan dayang istana, selain bilik kecil di bawah tangga.
"Hampir keseluruhan struktur bangunan ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur manakala tangga dan pintu diperbuat daripada kayu cengal.
"Keseluruhan lantai tingkat atas adalah kayu manakala lantai tingkat bawah pula diperbuat daripada konkrit," katanya.Beliau berkata, bangunan istana menampilkan seni bina Islam dari India dan Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan ukiran yang ada pada tingkap dan pintu. Selain itu, dinding istana juga menampilkan unsur ukiran dan ragam hias pengaruh China seperti ukiran ikan," katanya.
Mohd Aidy berkata, reka bentuk bangunan juga menampilkan campuran seni bina tempatan dan kolonial ekoran British sudah menapak di Tanah Melayu pada ketika itu.
"Pengaruh kolonial jelas di lihat pada pintu gerbang istana, manakala bumbungnya dipengaruhi seni bina Acheh dengan penggunaan bumbung limas.
"Di dalam kawasan istana juga ada beberapa kolam mandi. Pada zaman dahulu, dayang istana akan mengisi air ke dalam kolam berkenaan untuk kegunaan baginda dan juga kerabat istana," katanya.
Mohd Aidy berkata, Istana Bandar ditinggalkan selepas kemangkatan baginda dan kerja membaik pulih istana hanya dilakukan pada penghujung 1980-an.Pada tahun 1990, selepas kerja baik pulih dilakukan, ia dijadikan Pusat Kraftangan Daerah sebelum menjadi pusat sementara tahfiz selama beberapa tahun.
"Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara dan PADAT menjalankan konservasi terhadap bangunan istana namun disebabkan kos agak tinggi, ia dilakukan secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata, perancangan untuk membuka istana berkenaan kepada umum memang ada namun ia akan mengambil masa kerana kerja konservasi yang masih berjalan.
"Istana ini berkemungkinan akan dijadikan 'living museum' ataupun Galeri Diraja. Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan," katanya.
STROKE
Apa
itu penyakit strok?
Strok ialah sejenis penyakit yang menyerang apabila bekalan
darah yang disalurkan kepada otak terganggu atau berkurangan. Tisu otak yang
kekurangan oksigen dan nutrien pula akan menyebabkan sel-sel otak mati, dan
seterusnya mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi.
Jenis-Jenis
Strok
Terdapat 2 jenis strok
utama di Malaysia iaitu strok iskemia dan strok berdarah di mana 66.7% pesakit
strok didapati menghidap strok iskemia manakala 33.3% daripada mereka mengalami
strok berdarah. Sesetengah individu juga berpotensi untuk
mengalami serangan iskemia tansien (TIA).
Strok Iskemia
Strok iskemia berlaku
apabila saluran darah tersumbat dan seterusnya mengehadkan aliran darah ke otak.
Strok jenis ini merupakan strok yang paling banyak direkodkan di Malaysia, iaitu pada
kadar 80%. Strok iskemia adalah jenis strok yang paling biasa, menyumbang 80%
daripada semua kes strok di Malaysia.
Masalah saluran darah
tersumbat selalunya disebabkan oleh embolisme ataupun trombosis. Embolisme
terjadi apabila gumpalan darah beku bergerak melalui aliran darah dan tersimpan
di dalam saluran darah di bahagian otak.Trombosis pula berlaku akibat deposit
lemak yang menyebabkan saluran darah di dalam otak menjadi sempit dan
tersumbat.
Strok
Berdarah
Satu per tiga
kes strok di Malaysia adalah berpunca daripada strok berdarah. Strok
ini terjadi apabila terdapat keboccoran saluran darah di dalam otak yang
mengakibatkan pendarahan otak.
Kebocoran saluran darah
ini lazimnya berpunca daripada kecuaian dalam mengurus tekanan darah tinggi,
trauma, penggunaan penipis darah/antikoagulan yang berlebihan, benjolan pada
titik lemah disepanjang salur darah (aneurisme), deposit protein disepanjang
dinding salur darah yang menyebabkan terbentuknya titik lemah (cerebral amyloid
angiopathy) serta strok iskemia yang manyebabkan strok berdarah.
Serangan Iskemia Transien
Pesakit yang terkena
serangan iskemia transien ataupun strok ringan biasanya mengalami serangan
strok yang menyeluruh dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang tidak kurang
daripada 5 minit.
Sama seperti strok
iskemia, serangan iskemia transien ini berpunca daripada pengurangan aliran
darah ke otak disebabkan saluran yang tersumbat. Walaupun iskemia transien
tidak mempunyai kesan jangka panjang kepada tubuh badan, ia boleh silihat
sebagai petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai arteri yang sempit
ataupun separa tersumbat. Hal ini meningkatkan lagi risiko untuk individu
berkenaan diserang strok di masa hadapan. Sekiranya anda mengalami gejala
strok, anda hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan walaupun gejala yang
dialami sudah semakin reda. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana adalah agak
sukar untuk membezakan iskemia transien dengan strok jenis lain hanya
berdasarkan gejala.
Tanda-tanda Strok
Jenis strok yang pelbagai
serta kondisi otak yang terjejas pada bahagian yang berlainan boleh menimbulkan
gejala yang berbeza. Cara termudah bagi mengingat gejala-gejala ini adalah
melalui akronim “BE FAST” yang secara tidak langsung turut menekankan
kepentingan bertindak dengan segera apabila strok mula menyerang.
Balance (Keseimbangan):
Individu yang terkena selaulnya merasa pening dan boleh juga terjatuh kerana
hilang koordinasi.
Eyes (Mata):
Strok juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur ataupun gelap. Ada juga
kes di mana individu terkena strok mengalami masalah melihat menggunakan
sebelah mahupun kedua-dua belah mata.
Face (Muka): Strok
juga boleh menyebabkan muka menjadi kebas, kebiasaannya hanya pada separuh
bahagian muka yang boleh mengakibatkan muka seakan jatuh pada sebelah bahagian
(facial drooping).
Arm (Lengan):
Hilang keupayaan untuk mengangkat sebelah lengan ataupun kondisi yang
menyebabkan sebelah lengan jatuh juga merupakan salah satu tanda strok.
Speech (Percakapan):
Individu yang terkena strok juga boleh menjadi kebingungan, sukar untuk
bercakap dan memahami percakapan orang lain serta bercakap secara tidak jelas.
Time (Masa):
Masa merupakan aspek paling penting untuk merawat strok. Hal ini demikian
kerana setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan satu persatu sel otak
mati. Hubungi 999 dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas.
Gejala strok yang lain
termasuklah pening kepala yang melampau secara tiba-tiba, muntah-muntah serta
keletihan. Kenali tanda-tanda awal strok dan cara-cara membantu mangsa strok
5 Cara Membantu Individu Mengalami Strok
Hubungi
999 Dengan Segera
Setiap saat amat berharga dalam merawat strok. Kemungkinan bagi
sel-sel otak untuk mati adalah tinggi sekiranya setiap minit berlalu tanpa ada
apa-apa tindakan selanjutnya. Sekiranya anda mendapati terdapat individu yang
menunjukkan gejala-gejala strok, anda disarankan menghubungi talian 999 secepat
mungkin dan anda tidak perlu membawa pesakit ke unit Kemalangan dan Kecemasan
sendiri.
Menghubungi 999 bukan sahaja mempercepat urusan perjalanan
pesakit ke hospital, malahan paramedik yang terlatih juga boleh mengenalpasti
gejala strok yang perlu ditangani terlebih dahulu semasa dalam perjalanan. Unit
kecemasan juga akan diberitahu untuk bersiap sedia dengan tindakan selanjutnya
bagi merawat pesakit dengan segera sejurus sahaja pesakit tiba di hospital.
Selain itu, paramedik terlatih juga boleh menyarankan rawatan di hospital khas strok yang lebih efisien dalam merawat
strok dan mampu menyediakan bekalan darah
dengan pantas. yang bersedia strok.
Catatkan Waktu Gejala Bermula
Rawatan yang efektif bagi serangan strok mampu menghentikan
gejala daripada berlarutan. Namun begitu, rawatan tersebut hendaklah diberikan
dalam tempoh 6 jam daripada waktu gejala bermula.
Oleh itu, mendapatkan waktu bermulanya gejala sangat membantu
untuk memastikan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.
Memberikan Bantuan Pernafasan (CPR) Sekiranya Perlu
Terdapat juga kebarangkalian bagi individu yang terkena strok
untuk tidak sedarkan sewaktu serangan berlaku. Sekiranya individu tersebut
tidak sedarkan diri, periksa nadi dan pernafasannya. Sekiranya nadi tidak
berdenyut, anda disarankan memberikan bantuan pernafasan Resusitasi
Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dengan segera.
Elakkan Memberi Makan dan Minum
Elakkan memberi makanan dan minuman kepada individu yang disyaki
terkena strok. Strok bukan sahaja boleh menyebabkan kelemahan otot malahan juga
kelumpuhan. Hal ini boleh menyebabkan pesakit tercekik sekiranya diberi makan
ataupun minum.
Jangan Berikan Sebarang Ubat
Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berbeza bergantung
kepada jenis strok yang menyerang. Contohnya, penipis darah aspirin digunakan
untuk merawat strok iskemia tetapi ianya akan mendatangkan kesan buruk kepada
pesakit yang diserang strok berdarah.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak memberikan ubat
sebarangan kepada pesakit terutamanya apabila jenis strok yang menyerang sukar
untuk ditentukan. Memberikan ubat yang tidak spetutnya hanya akan memburukkan
lagi keadaan erta membahayakan nyawa mereka.
Punca-Punca
Strok
Terdapat pelbagai faktor
yang boleh menyebabkan seseorang individu diserang strok. Antaranya termasuklah
faktor yang tidak boleh diubah seperti umur dan sejarah keluarga serta faktor
yang boleh dikawal iaitu faktor gaya hidup.
Umur
Untuk pengetahuan anda,
arteri dalam badan akan menjadi semakin sempit dan keras saban tahun. Oleh itu,
risiko untuk seseorang mendapat strok adalah semakin tinggi apabila
bertambahnya usia.
Sejarah
Keluarga
Sesetengah strok juga
berpunca daripada masalah genetik yang menyebabkan aliran darah ke otak
tersumbat. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah
mengalami strok, risiko untuk anda terkena strok juga adalah tinggi.
Berat
badan
Berat badan berlebihan
juga berpotensi untuk membuatkan seseorang individu menghidap penyakit darah
tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi serta sakit kencing manis tahap 2.
Kesemua penyakit ini berupaya untuk mendatangkan risiko strok kepada
penghidapnya.
Pengambilan
Alkohol Berlebihan
Pengambilan alkohol yang
tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan darah serta berpotensi menyebabkan
degupan jantung yang tidak teratur. Hal ini mampu meningkatkan lagi risiko
strok terhadap seseorang individu.
Merokok
Asap rokok, termasuklah
asap rokok yang dihidu oleh individu bukan perokok boleh menyebabkan
pembentukan lemak dalam arteri leher yang berupaya memekatkan darah dan
seterusnya membentuk darah beku. Kandungan nikotin dalam asap rokok pula mampu
meningkatkan tekanan darah dan hal ini boleh mengundang risiko strok kepada
individu yang terdedah kepada asap rokok.
MENTEGA TULEN DAN LEPA SUSU, MARJERIN, SHORTENING/LEMAK SAYUR
PELUANG BELAJAR PERCUMA DAN MENDAPAT ELAUN RM100 SEBULAN
JIN
NABI DI LEMPAR NAJIS
KEJAYAAN
SEMUT
TELUR SOTONG KEGEMARAN
TELUR SOTONG KEGEMARAN
Sekarang suka makan telur sotong, kalau sesiapa hight colastrol jangan makan telur sotong ni, rasanya kenyal(saya memang suka yang keras, ada orang tak suka..
Nak masak sendiri tak pandai
JALAN KE BUKIT BENDERA 2023
JALAN-JALAN KE BUKIT BENDERA.
Sebenarnya pergi ke sana tidak rancang pun, nyaman sungguh bila sudah sampai ke atas bukit kemuncak, memandangkan bukit ben dera sesuai untuk hiking dan jalan-jalan untuk cuci mata, nak datang ke sini boleh dengan menaiki Kereta dan bas, ramai pelancong datang ke sini, untuk pengetahuan semua Bukit Bendera adalah hutan UNESCO tempat pelancongan yang di iktiraf dunia.
Memandangkan penat berjalan, saya naik 'buggy car' dengan sedikit bayaran sambil dengar sejarah Bukit Bendera, hanya kawasan tertentu sahaja ada bugge
Gambar 1: WELCOME......pintu masuk dan keluar bila sudah sampai ke kemuncak, Abang guard tu bimbang jika saya hilangkan resit bayaran untuk scan bar code, jika hilang kena bayar sekali lagi.
Gambar 2:kat bumbung ni pun ada juga 'kunci cinta' boleh beli di kedai lebah ni. Saya tidak membeli.
Gambar 3: sesuai untuk orang bercinta ke sini.. View lawa.. Tapi kat belakang tu masih bergabus