Cara- Cara Buat Ikan Pekasam Sedap Secara Homemade
RESIPI IKAN PEKASAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 7-8 ekor ikan gelama – boleh juga guna ikan sungai
- ½
cawan garam halus Beras secukupnya - Garam halus secukupnya – untuk tabur selepas disalut beras
- 2-3 keping asam gelugur
CARA MEMBUAT:
1. Siang dan bersihkan ikan. Gaul dengan ½ cawan garam halus dan masukkan ke dalam bekas berpenutup. Tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk ( bahagian bawah) semalaman.
2. Sangai beras dengan api sederhana. Jumlahnya agak-agak cukup untuk salut ikan. Beras tidak perlu basuh.
3. Sangai beras hingga coklat kekuningan. Sejukkan seketika.
4. Tumbuk beras yang disangai tadi . Boleh juga guna pengisar kering.
5. Jangan kisar terlalu halus. Kisar agak-agak kasar supaya bila goreng ada dapat rasa tekstur rangup.
6. Ikan yang diperap semalaman , dibuang airnya. Susun ikan satu lapisan dan taburkan beras dan garamhalus secukupnya. Susun lagi ikan pada lapisan kedua dan tabur lagi beras dan garam. Ulang langkah hingga ikan habis disalut dengan beras.
7. Ambil asam keping dan selitkan di celah-celah ikan.
8. Tutup bekas rapat-rapat. Simpan ikan pekasam dalam peti sejuk ( bahagian tidak beku). Peram selama 1-2 minggu sebelum digoreng.
9. Selepas 1-2 minggu di bahagian tidak beku, boleh alihkan ikan ke bahagian sejukbeku supaya tahan lama. Untuk memasaknya, boleh biarkan di luar peti sejuk sebelum digunakan
IKAN PEKASAM GORENG
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah / 2 biji cili kering - hiris nipis
2 biji limaukasturi
Bahan-bahannya:
1 ekor ikan pekasam
1 biji bawang besar
1 biji cili merah / 2 biji cili kering - hiris nipis
2 biji limau
Cara-caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Goreng ikan pekasam hingga masak. Angkat dan ke tepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili merah dan bawang besar. Kacau sentiasa hingga bawang dan cili layu.
- Angkat bawang dan cili dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
Sedia untuk dinikmati. (Apabila nak di makan, perahkan limau kasturi.. )