KARIPAP FROZEN





RESEPI KARIPAP FROZEN
Kulit Karipap
Bahan-Bahan:
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin pelangi
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
Garam
Gula
Inti Kentang Daging
Bahan-Bahan:
5 biji kentang
500g daging (rebus dan dadukan)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari dagging
Garam gula secukup rasa
2 biji bawang kecil dan daun kari dikisar
Cara-Cara :
Kulit Karipap
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan.
(Kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti)
2. Panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
3. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh (Air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam)
Buat Inti Karipap
1. Potong dadu kentang dan daging yg direbus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar, cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
3. Akhir sekali masukkan daging dan kerntang serta 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam.
4. Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
Proses Mengelim
1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil.
2. Kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti.
3. Kelim dan kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis.
4. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

  1. tepung gandum 1/2 kg
  2. yis 1/2 peket
  3. margerin  40 g
  4. gula 2 sudu besar
  5. susu tepung 2 sudu besar.
  6. telur 1 biji
  7. air suam  250 g (boleh lebihkan jika mahu doh lebih lembut tapi agak sukar mengulinya)
  8. sedikit minyak dan tepung untuk melapik talam/lapangan
  9. sedikit garam (tidak perlu jika margerin telah sedia bergaram)

Cara-caranya:
Langkah 1
Margerin dan tepung digaul sehingga rata.  Gunakan pisau plastik pemotong doh untuk menghancurkan margerin di celah-celah tepung.

Langkah 2
Buatkan lubang seperti kawah gunung berapi di tengah-tengah timbunan tepung bermargerin tadi. Masukkan telur, yis, gula dan susu di dalam kawah. Tuangkan air suam (lihat gambar)

Langkah 3
Perhatikan yis sudah berkembang biak. Anda akan dapat bau yis yang wangi sewaktu ini.
Mulakan menguli dengan mengaduk-adukkan bahagian tepung yang berhampiran kawah dahulu. Buat perlahan-lahan sehingga semua air terkena tepung.
Teruskan menguli. Anda akan dapati adunan anda akan melekit-lekit. Jangan risau, ini adalah biasa. Jika doh keras sedikit, kerja menguli lebih mudah tetapi donat anda akan kurang mengembang (kerana kurang air)

Langkah 4
Uli lagi sehingga doh terasa agak liat. Langkah kali ini sangat pentingCuba tampar doh anda dengan tangan anda. Jika anda melihat ada selapis doh di tangan tercabut cantik (lihat gambar)dan anda juga dapat menarik doh selebihnya di tangan anda dengan mudah (tidak lagi melekit), maka gluten doh anda sudah kuat dan sedia untuk dicanai.

CONTECT SAYA..

Langkah 6
Sekarang, kumpulkan doh anda setempat menggunakan pisau plastik tadi.  Bersihkan talam/lapangan dari saki baki doh. Tinggalkan doh seketika untuk 5 minit bagi menguatkan gluten. Sementara itu basuh tangan anda dan keringkan.

Anda juga boleh goreng separa, sejukkan dan simpan donat anda dalam peti sejuk beku untuk menghasilkan donat frozen.

Donat ini sangat gebu dan wangi. Nurulsham akan tunjuk cara mencelup cokelat dan menghias donat dalam entry esok. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

berikan komen anda