SEDEKAH

 


ADA banyak faedah SEDEKAH Apa saja?


Sebagaimana firman Allah, “… Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku sedikit waktu lagi, supaya aku dapat bersedekah,” (Surah al Munafiqun : 10). Sedangkan dia tidak berkata, “Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “Supaya aku dapat shalat ” atau “supaya aku dapat berpuasa”?

Seorang ulama berkata, “Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan karena kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.”

Bentuk sedekah:

  • Sedekah uang: Dapat disesuaikan dengan kemampuan kita.
  • Sedekah makanan: Mudah dilakukan.
  • Sedekah barang/benda: Memberikan barang kepada yang membutuhkan.
  • Sedekah dalam bentuk pendidikan: Membantu pendidikan orang lain.
  • Sedekah kesehatan dan kemanusiaan: Membantu orang yang sakit atau membutuhkan bantuan.
  • Bentuk sedekah lingkungan: Merawat lingkungan sekitar.
  • Sedekah dalam bentuk waktu dan usaha: Memberikan waktu dan tenaga untuk membantu orang lain.
  • Sedekah ilmu dan pengetahuan: Berbagi pengetahuan dengan orang lain.

 

MAKA HENDAKLAH KAMU PERBANYAK SEDEKAH KARENA SESUNGGUHNYA SEORANG MU’MIN AKAN BERADA DI BAWAH TEDUH PAHALA SEDEKAHNYA PADA HARI KIAMAT NANTI.

1. Sedekah Khofiyyah
Sedekah khofiyyah artinya sedekah yang tersembunyi. Sedekah ini juga disebut dengan sedekah sir (secara rahasia). Sedekah khofiyyah merupakan sedekah yang paling utama karena dilakukan secara sembunyi, ikhlas, dan semata-mata mengharap ridha Allah Ta'ala.

2. Sedekah dalam Keadaan Sehat dan Kuat
Sedekah yang diberikan ketika sehat lebih utama daripada sedekah yang diberikan ketika sedang sakit atau dalam bentuk wasiat setelah meninggal dunia.

Dalam sebuah hadits riwayat Bukhari dan Muslim, diceritakan bahwa ada seorang laki-laki yang menemui Nabi Muhammad SAW, lalu dia bertanya, "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang pahalanya paling besar?" Nabi SAW menjawab:

"Engkau bersedekah dalam keadaan sehat, sangat menyayangi harta, takut miskin, dan mengharapkan kekayaan. Janganlah engkau menunda-nunda (sedekah). Ketika ruh (nyawa) sampai di tenggorokan (hampir meninggal, barulah) engkau berwasiat: untuk si anu sekian, untuk si anu sekian. Padahal waktu itu kekayaan sudah menjadi hak ahli waris." (HR. Bukhari dan Muslim).

3. Sedekah dari Kelebihan Harta
Sedekah ini dilakukan ketika kebutuhan sehari-hari dalam rumah tangganya terpenuhi sementara ia masih memiliki kelebihan harta. Dengan begitu, ia menyedekahkan hartanya kepada orang lain.

Allah SWT berfirman dalam QS. Al Baqarah ayat 219 sebagai berikut:

"...dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka infakkan. Katakanlah, "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir." (QS. Al Baqarah: 219).

Adapun, orang yang bersedekah, sementara keluarganya membutuhkannya atau dia masih mempunyai utang, maka membayar utang dan menafkahi keluarga lebih utama.

4. Sedekah Sesuai dengan Kemampuan
Bersedekah sesuai dengan kemampuan seseorang, baik sedikit maupun banyak maka itu termasuk sedekah yang paling utama. Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya untuk bersedekah sesuai dengan kemampuan.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:

"Sedekah yang paling utama adalah yang sesuai dengan kemampuan. Dan dahulukan orang-orang yang menjadi tanggunganmu." (HR. Abu Dawud)

5. Sedekah kepada Keluarga (Istri dan Anak)
Bersedekah kepada keluarganya termasuk sedekah yang paling utama. Disebutkan dalam sebuah hadits Imam Muslim, Rasulullah SAW menjelaskan:

"Ada empat macam dinar (harta dan penggunaannya). Satu dinar engkau berikan kepada orang miskin, satu dinar engkau belanjakan untuk membebaskan hamba sahaya, satu dinar engkau infakkan di jalan Allah, dan satu dinar lagi engkau nafkahkan kepada keluargamu. Yang paling utama dari keempatnya adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (HR. Muslim)

6. Sedekah kepada Kerabat
Bersedekah kepada kerabat termasuk sedekah yang paling utama. Kerabat adalah paman, bibi, sepupu dan lain-lain. Akan tetapi, yang harus diutamakan dari kerabat untuk diberikan sedekah adalah anak yatim yang ada hubungan kerabat dan kerabat yang memusuhi kita tapi dia menyembunyikannya.

Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekah kepada orang miskin itu termasuk sedekah, dan bersedekah kepada kerabat ada dua (keuntungan): termasuk sedekah dan (menjalin) silaturahmi." (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa'i, dan Ibnu Majah)

7. Sedekah kepada Tetangga
Allah SWT telah memerintahkan hamba-Nya untuk berbuat baik kepada tetangga.

8. Sedekah kepada Kawan Seperjuangan di Jalan Allah
Sedekah kepada kawan seperjuangan di jalan Allah SWT termasuk sedekah yang utama. Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama dinar (harta) yang diinfakkan oleh seseorang ialah dinar yang diinfakkan untuk keluarganya. Lalu, dinar yang diinfakkan untuk kendaraan dalam perjuangan fii sabiilillaah. Dan dinar yang diinfakkan untuk membantu kawan-kawan seperjuangannya fii sabiilillaah." (HR. Muslim)

9. Sedekah untuk Keperluan Jihad fii sabilillaah
Berjihad dengan harta di jalan Allah SWT termasuk salah satu sifat orang mukmin. Sebagian ulama berpendapat bahwa jihad memiliki makna luas. Jihad adalah segala usaha yang dicurahkan untuk kemajuan Islam.

Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama sedekah adalah ia kemah (untuk berteduh dan beristirahat) fii sabiilillaah..." (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi)

10. Sedekah Jariyah
Sedekah jariyah adalah sedekah yang akan terus mengalir pahalanya. Bahkan, ketika yang bersangkutan sudah meninggal dunia sekalipun. Sedekah jariyah dapat dilakukan dalam berbagai bentuk. Seperti membangun masjid, menyebarkan ilmu, memberi makan, hingga menggali sumur untuk kepentingan orang banyak


Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah meninggal dunia karena sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh karena itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anak kita supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Adakah Anda pernah membaca tentang faedah sedekah?

1. Faedah Sedekah: Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syurga.

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Faedah Sedekah:  Sedekah dapat memadamkan kemurkaan Allah dan panasnya kubur.

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kuburan dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (karena bersedekah).

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

8. Faedah Sedekah: Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan karena hilangnya sesuatu darinya (hari kiamat).

9. Sedekah menjadi puncak keampunan terhadap dosa dan penghapusan dari kejahatan.

10. Sebagai pembawa berita gembira tentang akhir yang baik dan puncak doa malaikat buatnya.

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.

12. Faedah Sedekah: Pahala sedekah juga adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi).

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

14. Orang yang suka berinfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi puncak lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Faedah Sedekah: Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

17. Bersedekah memustajabkan doa dan memecahkan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi puncak rezeki dan kemenangan.

20. Faedah Sedekah:  Sedekah menjadi obat, penawar dan penyembuh.

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeda-beda) walaupun diberikan kepada hewan ternak atau burung-burung.

Pertanyaan:

SOALAN: Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan. Bolehkah kita menghadiahkan bacaan al-Fatihah atau bacaan ayat-ayat al-Quran yang lain dan menghadiahkannya kepada junjungan besar Rasulullah SAW? Mohon pencerahan. Terima kasih.

·        Beliau menyebutkan, sesiapa yang berkeinginan untuk menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia hendaklah menyebutkan, “اللهُمَّ اجْعَلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُ لِفُلَان” (Ya Allah, jadikanlah seperti pahala apa yang aku bacakan ini kepada si fulan).

·        Justeru sebaik-baiknya orang yang membaca al-Quran selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si fulan,” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.

·        Dr. Mahmud Syalabi menegaskan lagi dalam jawapannya terhadap soalan, “Apakah sighah doa khatam al-Quran kepada si mati?” Beliau menyebutkan bahawa orang ramai yang berkumpul untuk membaca al-Quran (bagi si mati) dan mengkhatamkannya, maka pahalanya sampai kepada si mati iaitu dengan menghadiahkannya kepada si mati melalui doa khatam al-Quran kepadanya. Pahalanya itu sampai kepada si mati, tidak kira bacaan al-Quran itu ketika kewafatannya atau selepasnya, begitu juga sama ada ia dilakukan di rumah atau di masjid, sama ada di sisi kubur atau tempat selainnya.

Berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat bahawa pahala bacaan al-Quran yang dihadiahkan kepada si mati adalah sampai kepada mereka berdasarkan kepada penjelasan yang telah kami sebutkan di atas. Manakala menghadiahkannya kepada junjungan besar Rasulullah SAW, pada hakikatnya apa-apa yang kita baca daripada ayat-ayat al-Quran pahalanya sampai kepada junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Hal ini kerana Nabi SAW termasuk dalam kalangan yang mengajarkan kepada ayat-ayat al-Quran, bahkan Bagindalah yang paling awal sekali mengajarkannya kepada umat manusia

PULAU INDAH ,KLANG

 


Pulau Indah atau nama lamanya, Pulau Lumut, merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri SelangorMalaysia 



Gambar 1: Tutup pula kedai time mengidam makan ikan bakar


Daerah Klang ini seperti yang kita tahu sangat terkenal dengan sektor perkapalan dan boleh dikatakan kedua terpenting selepas Shah Alam. Kerana kesibukan kapal-kapal yang masuk ke sini, dan jangan lupa ianya juga mempunyai tarikan menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah 

Tarikan Tepi Pantai dan Pulau
Tanjung Harapan
Pulau Ketam
Pantai Acheh, Pulau Indah
Laguna Park, Pulau Indah
Port Klang Cruise Centre

Tempat Membeli-Belah di Klang
Wisma GM Klang Wholesale City
AEON Bukit Tinggi Shopping Centre
Little India Klang
Pasar Jawa Klang

Tarikan Alam Semulajadi & Taman Reakreasi
Taman Rakyat
Taman Pengkalan Batu
Padang Sultan Sulaiman
Taman Bandar Diraja

Gambar 2:Anda tahu tak? kenapa jala dipasang ditebing sungai ni?


Tempat Bersejarah & Mercu Tanda Klang
Gedung Raja Abdullah
Kota Raja Mahadi
Masjid Diraja Sultan Sulaiman
Jambatan Kota
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Masjid Bandar Diraja Klang
Masjid India Muslim Tengku Kelana
Taman Tugu Keris
Dataran Seni



Gambar 3:Suami kata balik lah..dok termenung pun tuan kedai tak nak buka pintu.. sudahlah jauh datang 1st time ke Pulau Indah


Lokasi pantai ini mungkin agak tersorok sedikit. Namun, ia menjanjikan pemandangan dan landskap pantai yang menarik untuk melaksanakan aktiviti seperti berkhemah, santai petang dan berkelah. Aktiviti lain yang boleh dilakukan adalah parasailing dan memancing. anda boleh melangkah ke hadapan sikit di kawasan bot-bot nelayan untuk mencari kawasan atau port memancing yang terbaik.

Yang inginkan aktiviti berkelah lebih privasi memang sangat elok untuk singgah dan berehat di Pantai Acheh ini. Masih tidak ramai yang singgah ke sini.


Gambar 4:Nampak banyak perahu kat sungai ni, bila entah boleh datang lagi..hmm


Satu lagi tarikan menarik yang ada di Pulau Indah ini adalah Laguna Park. Di sini juga sangat sesuai untuk aktiviti memancing dan riadah petang bersama anak-anak. Di sekitar kawasan terdapat pondok rehat, jeti kecil dan restoran-restoran menarik untuk dicuba




Gambar 5:bye..bye.. Chandayu.. sebut-sebutlah nama saya untuk datang ke restoren awak, susah benar nak ajak 'laki' ke sini.. dia suruh balik da..

Jadinya, kalau korang berhasrat untuk bercuti dan berehat dari kesibukan ramai orang, Pantai Acheh dan Laguna Park yang terletak di Pulau Indah ni memang sesuai dijadikan lokasi percutian. Cumanya kalau korang nak ke sini better pergi dari awal pagi untuk dapatkan panorama indah waktu pagi ataupun panorama petang. Janganlah korang terpacak tengah hari buta weyyyhhh.. Panas berdenting la  kat laut ni.. Habis lencun nanti korang. Haha.. Yang suka bergambar pemandangan macam LeYa memang eloklah ke sini sebab tak ada orang nak photo boom kita. 

Selamat berhujung minggu.

BALIK RAYA 2024





Gambar 1:



Gambar 2:


Gambar 3:

Gambar 4: Alo..mamanya baik pergi ambik gambar depan dalam air laut tu, gelap da muka papa dan 2 anak teruna ni...ok..tak pelah asal ambik gambar.



Gambar 5:sabar yeee... tunggu ombak datang.. raya bayu angin dulu kawan-kawan




Gambar 6:get ready semua.. air ombak nak datang ni..hehehe.. ;)



Gambar 7: Amboiiii... deras sungguh air pantai berombak kali ni. Memang best balik kampung, nasib baik orang tidak ramai hari ni.




Gambar 8:Apalah yang di bincangkan antara anak dan bapanya.. baru-baru nak rasa kaki air pantai..sudah lama tidak ke pantai berdekatan kampungku.




Gambar 9:'Laki' rasa sangat happy melepas kan stress masalah yang ada di dalam kepala hotak..hehe




Gambar 10:Anak ku Danish termenung panjang "berfikir seronok agaknya dapat mandi air pantai..hmm'
 

PERGI KE GENTING







 

MAIN LEGO DI MEDVELLY


g

Gambar 2: Nampak tak tu?? dalam paper beg ..mama belikan saya kasut baru..yeahhh !!! sayang mama.. wow ada lego lah jom cantum-cantum. 

Gambar 3: Alahai..dah lama tak main sini( tunggulah nak.. tunggu mama dapat gaji baru boleh datang sini, sambil-sambil menderma kepada playground ni, ramai sungguh kanak-kanak datang bermain nasib baik kawasan luas dan lapang)


Gambar 4: Wow.. banyaknya water ball ada warna putih dan pink (bukan idaman  saya sebab warna ni lebih ke arah girl) kira oklah adalah mainan untuk saya hari ni mama bawa jauh-jauh) mainlah puas-puas anakKu.

 Gambar 5: setelah penat bermain-main, terasa lapar pula.nasib baik kat playground ni ada disediakan cafe membeli makanan dan minuman, harga ok-ok je..ni pun x nak balik dia, memang nak kena rotanlah



bar 3

JALAN-JALAN KE MED VALLY

 

Kali ni bawa anak-anak laki-laki untuk bermalam dan sekaligus jalan-jalan ke Med vally Kuala Lumpur, dekat je dari rumah dengan mall tu..ni request dari anak sebab dah lama pujuk mamanya untuk jalan-jalan ke sana. Macam biasalah, kalau jalan-jalan mall ni saya suka pergi DIY sebab apa? sebab sana banyak barang, harga pula biasa-biasa je (bukan untuk pergi beli barang pun, sekadar beli barang mainan untuk gembirakan mereka semua).


 
Gambar 1: anak yang paling kecil tengah beratus untuk dapatkan gula-gula kapas..percuma je sebab kena beli barang RM30 ke atas, ramai juga yang beratur ( akak casher kata dah nak tutup dah, sebab masa tu pergi jam 9.15 malam) anak yang kecil tu jugalah bersungguh-sungguh nak beratur.



Gambar 2: nampak gaya macam tak sabar-sabar kan, sabarlah anakKu.. masih sempat lagi tu..kalau tetiba tutup habis..kat lift tu ada mama tengok orang jual..hissss penangan buat promosi macam ni budak-budak yang lebih berminat


Gambar 3: jam 4.30 petang bawa 2 beradik ni pergi swiming, seronok sungguhlah mereka nak mandi, airnya bersih




Gambar 4: tak perasan pula pintu keluar hotel tu rupa-rupanya boleh lalauan dalam mall je, napelah saya pergi redah hujan untuk pergi ke mall ni (1st menginap di hotel ini sebenarnya) dah tahu laluan ni tak tahu pula plan nak kemana-mana alih-alih pusing kat situ pastu masuk bilik semula, saya ni bukan kaki jalan hakikatnya..pergi sini pun sebab nak happykan anak-anak je.




Gambar 5: port nilah saya suka lepak sambil-sambil melihat air pancut, cantikkan? suka-suka kat sebelah tu ada A&W  duduk situ open air.. sambil-sambil melihat orang lalu lalang (bukan selalu dapat bercuti macam ni) anak-anak pun happy sebab mak dia bawa jalan-jala. Jika anda pergi ke sini jangan rasa sesat ye petua saya untuk ingat laluan/kedai dalam mall ni ialah berpandukan pusat air pancut ini (kat tengah-tengah ini ada costumer service untuk bertanya) biasa 1st time saya pergi sini tidak ada perasaan sesat sebab saya study dululah lokasi nak kemana , cuma pintu keluar masuk mereka banyak memberi pilihan)

JALAN KE ZOO NEGARA



Kali ini bawa anak-anak lelaki je pergi Zoo Negara, tujuan utama pergi Zoo kali ini ialah untuk berjumpa Panda, saya memang dah plan lama nak pergi melawat Zoo ni, tetapi kena ikut mood suami saya, penat sudah cerita dengannya nak pergi tengok Panda, apa khabar dia sekarang ye?



Gambar 1: Faris tengah tengok Panda, kat sini ada sepasang Panda, tu dia tengah 'golek-golek' memang comel, bestlah ye awak tidak perlu bekerja hanya makan dan 'golek-golek' ajer kerjanya.




Gambar 2: Lama betul Faris tengok Panda, saya rasa yang ni Panda jantan, saya dapat rasakan dengan perilakunya yang serius. tidak pasti suami saya ambik gambar apa tu (mungkin dia ambik gambar Panda sebagai kenangan, bukan selalu masuk ke Zoo)



 

Gambar 3:  Betul pun tekaan saya, memang ada sepasang, dari dulu memang ada sepasang je Panda kat zoo ni, siap ada Biodata sekali (anda kalau nak datang lebih baik baca sekurang-kurangnya tahu sedikit umur, asal dan ketinggian dia sebab kita hanya boleh lihat dari jauh dan tidak boleh pegang) kalau dapat peluk..alangkah bessttnya) hihihi




Gambar 4: katanya hormonnya berubah bila sampai bulan, yang ni binatang betina, kesian pula saya tengok, apa nak buatkan sudah kejadian Allah


Gambar 5: Anak saya Danish ni memang pecinta kura-kura, masa nak balik dia cakap nak minta seekorlah kura-kura dengan penjaga zoo (saya kata cuba minta kot-kot mereka bagi) dia malu-malu, besar sungguh kura-kura kat sini, berapakah agaknya umur kura-kura berkenaan, banyak ekor pula tu, kakinya walaupun pendek, jalan asyik menjenjet kakinya.. tapi saya rasa ada yang betina dan ada yang jantan, kata anakku saiz kura-kura betina lebih besar dari yang jantan.

Jika anda plan nak datang Zoo Negara pastikan anda study dulu perjalanan ke tempat binatang ini, kerana tempat ini besar dan banyak binatang, saya tidak menghabiskan secara penuh kali ini  memandangkan sudah lewa datang dan keadan cuaca hujan renyai-renyai (binatang pun ada yang terselindung) jadi tidak nampak sepenuhnya, untuk pengetahuan semua makanan dan minuman, ice-cream ada terjual di dalam Zoo Negara dan banyak pilihan juga, begitu juga kedai cenceramata dan ada jual payung jika hujan (Ya, saya ada membeli 5 kaki payung) kerana berlaku hujan.



Gambar 6: yang ni laluan terakhir memandangkan zoo akan tutup pada jam 6.30 petang tulah siapa suruh datang lambatkan, saya datang sudah pukul 4.00 petang memandangkan suami ada urusan di luar walaupun hujung minggu (tak apalah nak... 1 tahun lagi kita datang semula)..jum cepat balik ada orang nak belanja KFC ni  




Gambar 7: banyak tempat lagi tidak sempat melawat binatang lain, zoo negara ni besar, lebih baik datang awal pagilah kalau nak datang ke sini kerana kawasanya sangat luas, tetapi jika anda datang selepas waktu hujan, ada bau-bau sikitlah... lebih baik datang time tidak hujan ye (tetapi kat sini disediakan buggi kecil/mini keretapi kena sedikit bayaran jika hendak naik) jika lambat balik macam saya ni, baliknya memang kena jalan kaki.. walaupun jauh terpaksa jugalah menapak, sebab datang lambatkan.





Gambar 8:  cuba teka binatang apa ni? saya bagi klue yee... nama dia BURUNG..... haaa jawab sendiri pegi goggle..kalau betul saya bagi rm10..hahahah





Gambar 9: tadi sampai ternampak mak dan ayahnya...balik-balik terlihat anaknya je...kena tinggal agaknya tu, yang lain dah masuk kandang.... bye-bye baby Zirafah..jumpa lagi 1 tahun lagi ye.. ingat muka saya ye..OK?


Gambar 10: besar juga kandang Zirafah.. tinggi pandai mereka buat bagi menarik dan selesa.. luas




Gambar 11: kesian kat monyet masa saya nak balik, mereka tunggu saya bagi pisang agaknya, maafkan saya kali ni saya tidak membawa pisang untuk awak..jika ada buah pisang yang dijual dalam zoo ni pasti saya belanja awak makan tau..jangan sedih-sedih jika saya balik, bersuka rialah awak semua sebab zoo dah nak tutup ni


 Gambar 11: Bye-bye zoo negara, tolong jaga binatang kesayangan saya baik-baik ye.. lagi 1 tahun saya datang semula, jadual saya bz juga macam bekerja di zoo jugalah..maafkan saya tapi kali ni walaupun sekejap datang saya rasa sangat seronok, anak-anak saya pun happy tengok binatang, kat rumah ada kura-kura dan kucing 4 ekor tu je sekarang.

x pe next time datang lagi. Terima kasih Zoo Negara

KENCING MANIS

 

7 Makanan Pengidap Diabetes

Sebut saja kencing manis, ramai yang menyangka kita dah tak boleh makan yang sedap lagi dah. Walaupun mencegah adalah lebih baik dari merawat, jika anda atau keluarga anda mempunyai penyakit ini, ini adalah senarai 7 sayuran lazat yang baik untuk pesakit kencing manis:

1. Makan Buah Beri
Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan yang berkhasiat untuk pesakit kencing manis.Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan juga antioksidan.
Walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!Kebun Kita sering mengadakan promosi Strawberi. Jadi, jika anda mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit ini, jangan risau….strawberi kami sesuai dimakan!

2. Sayur Bayam
Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti vitamin C, mineral dan phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak. Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.

3. Makan Epal!
Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk anda dapatkan. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.

Sejenis serat yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah. Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.

Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.

4. Jangan lupa makan brokoli
BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis. Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.

Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
Di Kebun Kita, kami mengambil brokoli organik jadi warnanya tidak hijau seperti di pasaraya. Ini kerana brokoli kami tidak mempunyai salutan lilin yang membahayakan kesihatan.

5. Aprikot
Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal. Namun, kandungan serat dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.

6. Kubis bunga makanan terbaik untuk pesakit kencing manis
Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C. Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!

7. Makan lebih banyak buah oren
Buah oren pula merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang.
Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori. Di samping itu, buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah! Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!

Pesakit kencing manis perlu pilih makanan yang terbaik untuk kesihatan!
Jika anda menghidap kencing manis, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan. Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tinggi.