Tak kenal maka tak cinta ? Sinonim dengan ayat ini, justeru ayuh kita luangkan sedikit masa untuk menelusuri sirah nabi kita yang satu ini. Siapa al-Khidir? Sejak di bangku sekolah lagi sering kali kita diceritakan akan kisah beliau. Siapa dia? Dialah Nabi Khidir yang terdapat banyak ibrah yang boleh kita teladani dalam sirah beliau.
Beliau adalah seorang nabi yang cukup terkenal dengan gelaran Nabi Khidir, yang sejarahnya terlakar indah di dalam al-Quran. Beliau merupakan guru kepada Nabi Musa dan merupakan seorang yang cukup dikagumi oleh Nabi Musa dek kelebihan yang Allah kurniakan kepada beliau akan kehebatan Ilmu Ma’rifatnya.Kisah bermula ketika mana Nabi Musa sedang berbicara dengan kaumnya dengan mengatakan bahawa akulah yang paling tinggi ilmunya. Lalu Allah mewahyukan Nabi Musa bahawa terdapat seorang hamba Allah yang pengetahuannya lagi tinggi dari Nabi Musa iaitu Nabi Khidir.
Lalu Nabi Musa mencari jalan untuk bertemu dengan Nabi Khidir kerana ingin menuntut ilmu dengannya. Pada pengembaraan itu, nabi Musa juga membawa rakannya lagi seorang untuk menjadi peneman.Melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT, Nabi Musa diminta untuk pergi ke tempat pertemuan dua laut dan disitulah dia akan dapat berjumpa dengan nabi khidir AS.
Allah berfirman:
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُباً
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.(al-Kahfi-60)
Tetapi apabila telah sampai disitu, mereka terlupa tentang ikan yang mereka bawa untuk santapan mereka. Pada ketika itu, ikan itu terjatuh dan pergi bergerak dengan cara yang aneh ke dalam air semula. Keadaan ini disaksikan oleh teman Nabi Musa AS.Setelah sampai suatu tempat itu, Nabi Musa meminta rakannya untuk mengeluarkan makanan mereka iaitu ikan itu tadi bagi dijadikan santapan mereka. Lalu berkatalah temannya itu tadi bahawa ketika di satu tempat iaitu di batu besar ikan tersebut telah jatuh dan pergi ke laut semula dengan cara yang menakjubkan. Rakannya itu juga mengatakan bahawa tiadalah yang menyebabkan dia lupa kecuali syaiton.
Allah Berfirman:
قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَباً
Maksudnya: Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan” (Al-Kahfi: 63)
Nabi Musa pun berkata ditempat itulah kita perlu pergi untuk mencari Nabi Khidir.Lalu melalui wahyu yang disampaikan Allah bertemulah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Musa meminta izin untuk menuntut ilmu dengan lelaki yang dikatakan tinggi ilmunya itu. Nabi Khidir meletakkan syarat jika ingin belajar dengannya,Nabi Musa dilarang bertanya ketika melihat keanehan-keanehan yang akan terjadi di sepanjang perjalanan.Lalu Nabi Musa dengan semangatnya mempersetujui akan syarat tersebut.
قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْراً
Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (Al-Kahfi:67)
وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْراً
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (Al-Kahfi:68)
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِراً وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْراً
Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. (Al-Kahfi:69)Ketika sedang bersama, Nabi Khidir telah membocorkan sebuah perahu yang telah mereka tumpangi dan hal itu telah mencetuskan persoalan dari Nabi Musa.Jelas di dalam al-Quran Nabi Musa bertanya seperti dalam firman Allah:
فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئاً إِمْراً
Maksudnya: Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata “Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar”(Al-Kahfi : 71).
Sungguh Nabi Khidir telah menyatakan bahawa Nabi Musa tidak akan sabar di dalam perjalanan mereka.Lalu Nabi Musa memohon maaf dan mereka kembali meneruskan Ketika dalam perjalanan,bertemulah mereka dengan seorang anak muda. Nabi Khidir menghampirinya lalu membunuhnya. Terkejut dengan apa yang dilihat Nabi Musa berkata seperti dalam firman Allah:
فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلَاماً فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْساً زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئاً نُّكْراً
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!“(Al-Kahfi : 74).
Lantas Nabi Khidir mengulang bahawa Nabi Musa tidak akan sabar sepanjang menuntut ilmu dengannya sehinggakan Nabi Khidir menjelaskan sekiranya Nabi Musa tidak berhenti bertanya,maka perjalanan mereka akan terhenti. Sekali lagi Nabi Musa memohon maaf dan mereka meneruskan perjalanan itu.Mereka meneruskan perjalanan lagi ke satu bandar ini dan cuba meminta pertolongan daripada segi makanan. Tetapi tiada seorang pun penduduk bandar tersebut menjamu mereka.
Di situ, mereka terjumpa sebuah tembok yang hampir roboh keadaannya. Lalu Nabi Khidir bersegera membaiki tembok itu. Seraya Nabi Musa berkata,”Jikalau kamu mahu, nescaya kamu dapat meminta imbalan untuk itu”.
Lantas Nabi Khidir berkata seperti dalam firman Allah:,
قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْراً
Maksudnya: Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (al Kahfi: 78)Nabi Khidir menjelaskan akan tujuannya terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Nabi Musa setiap satunya. Nabi Khidir menyatakan bahawa dia sengaja melubangi perahu yang telah menumpangkan mereka kerana akan terdapat seorang Raja di seberang yang memerintah agar setiap perahu yang elok dan cantik akan dirampas yang mana akan menyebabkan penduduk kampung akan kehilangan perahu yang merupakan sumber utama pengangkutan untuk mencari rezeki.
Nabi Khidir menjelaskan adapun dia telah membunuh seorang pemuda kerana anak tersebut merupakan seorang anak yang nakal yang kelak dewasa nanti akan menyakiti orang tuanya. Lalu dibunuhnya atas perintah Allah yang mana akan terganti kelak zuriat yang lebih baik kepada pasangan tersebut.
Nabi Khidir menyatakan ketika beliau membangunkan tembok yang hampir roboh itu hal demikian kerana terdapat di bawahnya harta anak yatim yang harus dijaga dengan baik. Demikianlah Nabi Khidir menjelaskan setiap satu persoalan Nabi Musa itu.
Perkara ini ada dijelaskan dalam surah Al-Kahfi daripada ayat 79 hingga 82.1. Allah meninggikan darjat orang berilmu
PENGAJARAN:
1. 1. Allah meninggikan darjat orang berilmu
kisah ini terdapat beberapa ibrah yang boleh diteladani iaitu kita seharusnya menuntut ilmu dengan penuh adab kerana orang yang beradab dalam menuntut ilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t.
Seperti mana contoh Nabi Musa meminta izin terlebih dahulu dengan Nabi Khidir sebelum menuntut ilmu. Allah berfirman : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama dengan beberapa darjat.“(Al-Mujadalah: 11)
2. Perlu bersungguh-sungguh menuntu ilmu
Seterusnya kita hendaklah bersungguh-bersungguh dan mempunyai tekad untuk menuntut ilmu.Gambaran jelas Nabi Musa begitu bersungguh-bersungguh mencari Nabi Khidir setelah diwahyukan Allah semata-mata untuk menimba ilmu. Abu Hatim Arrazi pernah berkata :”Ilmu tidak bisa diraih dengan badan yang santai.“
3. Menghormati keputusan orang lain
Kita juga hendaklah mempunyai sikap menghormati setiap keputusan serta berlapang dada dengan pandangan orang lain sebagaimana Nabi Musa akhirnya menghormati keputusan Nabi Khidir untuk menamatkan perjalanan antara mereka berdua kerana Nabi Musa telah beberapa kali melanggar syarat yang telah dipersetujuinya.(mempelajari apa yang kita tidak suka adalah payah bukan?)
Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi pernah bersabda :”Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.”
Akhir sekali,kita hendaklah bersikap sabar dengan guru atau orang yang lebih tua ketika menuntut ilmu kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Imam Syafie berkata :“Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan”.Wallahualam.