JALAN-JALAN KE BUKIT BENDERA.
Sebenarnya pergi ke sana tidak rancang pun, nyaman sungguh bila sudah sampai ke atas bukit kemuncak, memandangkan bukit ben dera sesuai untuk hiking dan jalan-jalan untuk cuci mata, nak datang ke sini boleh dengan menaiki Kereta dan bas, ramai pelancong datang ke sini, untuk pengetahuan semua Bukit Bendera adalah hutan UNESCO tempat pelancongan yang di iktiraf dunia.
Memandangkan penat berjalan, saya naik 'buggy car' dengan sedikit bayaran sambil dengar sejarah Bukit Bendera, hanya kawasan tertentu sahaja ada bugge
Gambar 1: WELCOME......pintu masuk dan keluar bila sudah sampai ke kemuncak, Abang guard tu bimbang jika saya hilangkan resit bayaran untuk scan bar code, jika hilang kena bayar sekali lagi.
Gambar 2:kat bumbung ni pun ada juga 'kunci cinta' boleh beli di kedai lebah ni. Saya tidak membeli.
Gambar 3: sesuai untuk orang bercinta ke sini.. View lawa.. Tapi kat belakang tu masih bergabus
Gambar 4: kedai lebah, saya ada beli juga lebah asli, madu elok untuk otak nak bagi pandai.
Gambar 5: lebah dan sarang lebah.
Gambar 6: ada pelbagai jenis lebah.
Gambar 7: nyaman sekali.. Sejuk mata memandang dari atas bukit bendera.
Gambar 8: pilihan saya ice cream manggo.. Sedapkan?
Gambar 9: tengoklah tu.. Ice-cream memang menyelerakan sekali, siap awal-awal ya duit tuu..
Gambar 10: kedai ice-cream no. 2,creatif betul.. Memang sesuai untuk seisi keluarga jika datang ke sini.. Terpegun i.. Hehe
Gambar 11: time panas lit.. Lot ada jual banyak pilihan menu ice-cream dan laku keras.
Gambar 12: kat sini banyak rumah pekerja.. Yelah nak jaga hutan simpan.. Memang puas hati datang sini untuk nyamankan mata.
Gambar 13: baru tahu dalam bukit bendera ni ada pakej bermalam seisi keluarga, boleh check website ni jika next time nak datang.. Siap sekali mini zoo.
Gambar 14: kedai kopi ala-ala lepak dalam hutan.. Harga kopi bole tahan mcm Starbucks.
Gambar 15: kat paling atas ada kedai kopi, elok untuk lepak-lepak.. Ramai juga yang pergi minum. Dengarnya dari pemandu 'buggy car' , paling atas bukit kawasan larangan dengarnya ada harimau.
Gambar 16: waktu tengah hari pun suasana masih rasa nyaman dan sederhana sejuk.. Cantik sungguh!!
Gambar 17:pemandangan bandar pulau pinang yang bergabus.
Gambar 18: 1st time datang pening juga tengok peta lokasi ni,nak pergi ke satu dan satu kawasan amatlah jauh dan penat juga.
Gambar 19: kat kemuncak ni ada astaka yang luas dan bunga-bunga yang cantik.
Gambar 20: atas bukit bendera ada restoran western, ada jual ice-cream, jual madu dan macam-macamlah.
Gambar 21: laluan masuk dan keluar ke bukit bendera.. Sangat bersih
Gambar 22: dah sampai ke kemuncak, rupa-rupanya banyak kedai makan,tapi memang ramailah orang yang datang ke bukit bendera.
Gambar 23: demi menjaga keselamatan penumpang, ada guard yang jaga dan train masih baru dan wangi.
Gambar 24: pintu masuk bukit bendera, jangan lupa bawa i/C dapat diskaun.
Gambar 25 : jam 6. 00 petang kita balik, tepi pintu masuk ada jual sevenior.. Adalah 1 beli untuk bawa balik.