OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CONVOCATION








Salam semua...Tahniah saya ucapan kepada anda kerana sekian lamanya anda telah mengulangkaji pelajaran, berusaha dan tanpa mengenal putus asa akhirnya.... dengan pengorbanan masa dan wang ringgit akhirnya anda melihat hasilnya sekarang

Tidak mudah bukan untuk berjaya? anda gagal ?? perlu usaha lagi.... anda gagal lagi? 2kali ganda anda perlu berusaha. Ingat! jangan cepat putus asa...

Anda sibuk ? memang saya pun diuji macam itu juga, Jika anda rasa penat dan mahu MENANGIS..menangislah lah masa sekarang ... teruskan lah.. sebab anda menangis bukan keseorangan (saya pun tidak kuat) tetapi itulah kehidupan jika mahu berjaya, tiada jalan mudah untuk berjaya bukan? tetapi adakah ia berbaloi untuk kecapi kejayaan dan ijazah tu bole cari makan? Wang dan masa sudah banyak dikeluarkan dan tanggungjawab lagi terpaksa dipikul.. siapalah yang tahu.. Allahuakhbar!!

Seharusnya anda harus kuat berusaha,fahami apa yang dipelajari, ulangkaji bersungguh-sungguh, itu kuncinya, berdoa selalu... sebab kejayaan kita hari ini bukanlah milik saya, kejayaan saya hari ini kerana saya mahu buktikan bahawa saya pun boleh berjaya kepada ayah,emak dan orang-orang sekeliling saya yang banyak memberi dorongan.

Alhamdulillah... berkat sokongan keluarga,saudara mara dan kawan-kawan di Jabatan mungkin saya tidak dapat tamat dengan jayanya, terutamanya 'Boss' saya yang memahami serta semangat yang tinggi saya berjaya akhirnya mendapat segulung Ijazah walaupun halangan yang mendatang, sesungguhnya ujian itu dari Allah... besar dan kecil dugaan itu.Kita perlu bersabar dengan berita ini,saya dapat tamatkan pengajian Ijazah saya dengan sempurna.

Alhamdulillah..Syukur

No comments:

Post a Comment

berikan komen anda