Suara pun dah serak ni....aduh!!!tenstion... duduk rumah pun sakit hati je...asyik membebel kat anak je.yang besar dah pandai melawan cakap, dah sakit hati kan ada yg menangis
Nak beri petua hilangkan batuk dokter cakap:
# Jangan kena kipas laju2
# Jangan minum ais
# Makan ubat sakit tekak....alahan,ubat kahak dan antibiotik...
# Hahaha... pastikan korang pegi jumpa doktor swasta yg biasa korang pegi... takut x serasi je
# Aku bengang sebab segala petua x jalan ni petua aku dapat dari dalam internet lak
Nak beri petua hilangkan batuk dokter cakap:
# Jangan kena kipas laju2
# Jangan minum ais
# Makan ubat sakit tekak....alahan,ubat kahak dan antibiotik...
# Hahaha... pastikan korang pegi jumpa doktor swasta yg biasa korang pegi... takut x serasi je
# Aku bengang sebab segala petua x jalan ni petua aku dapat dari dalam internet lak
Memang tidak selesa jika kita sakit tekak. Kali ini saya nak cerita sebab aku dijangkiti sakit tekak dan batuk. Batuk dan sakit tekak merupakan satu fenomena yang pasti pernah berlaku kepada setiap manusia. Kebiasaannya ia bukanlah suatu penyakit yang serius dan akan sembuh selepas beberapa hari dan mungkin 2 minggu jika anda tidak pergi ke klinik.
Apabila batuk, tekak anda berasa gatal dan sakit. Kahak berwarna kuning atau hijau pula terhasil. Mengapa kahak berwarna hijau? Enzim yang dihasilkan oleh badan untuk memusnahkan bakteria sebenarnya berwarna hijau.
Batuk terjadi akibat jangkitan kuman pada bahagian tekak. Ia menyebabkan tekak mengalami keradangan (bengkak) dan mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria tersebut.
Batuk akan menolak kahak yang berbakteria itu keluar daripada tekak untuk dibuang. Sekiranya kahak tersebut ditelan, ia akan masuk ke saluran esofagus untuk di bawa ke perut kemudian bakteria itu akan dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam perut.
Tekak yang membengkak akibat respon daripada jangkitan kuman itu akan menyebabkan struktur kotak suara terjejas dan akan menyebabkan suara menjadi garau dan kadangkala sukar mengeluarkan suara. Tekak akan menjadi sakit dan sukar menelan.
Sebenarnya, batuk dan sakit tekak boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memakan sebarang ubatan kerana sistem pertahanan badan kita boleh melawan dan memusnahkan bakteria tersebut (yang ni aku tak setuju kay !!) . Beberapa langkah harus diambil jika anda tidak mahu bergantung kepada ubat daripada klinik.
Berikut adalah antara tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan oleh sistem imun badan kita;
Rehat secukupnya
Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan.
Minum banyak air
Air bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak.
Jauhi Asap
Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk
Jangan banyak bercakap (YANG NI PALING PENTING DAN SUSAH AKU NAK ELAK)
Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurang kan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit. Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat.
Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak
- Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.
- Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak. Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.
- Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masam seperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
- Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.
- Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak
Rawatan semulajadi
Air garam
Garam bertindak sebagai antiseptik dan membersihkan kahak. Campur ¼ sudu the garam dengan 237 ml air suam untuk orang dewasa kemudian kumur-kumur dan buang. Berkumur beberapa kali setiap hari dapat mengurangkan sakit tekak.
Madu
Menurut kajian, madu boleh melegakan sakit tekak dan membunuh kuman. Ia juga boleh mengurangkan radang/bengkak di dalam tekak. Campurkan 2 atau 3 sudu teh madu ke dalam air suam atau teh herba.
Rawatan di atas adalah sesuai untuk orang dewasa. Anda perlu dapatkan nasihat doktor sebelum memberikannya kepada bayi dan kanak-kanak.
Perlu ke anda berjumpa dengan doktor?
Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya batuk dan sakit tekak berpanjangan selama 3 ke 4 minggu kerana mungkin anda menghidapi batuk TB (tuberculosis) atau kanser tekak.Saya sarankan pergi ke klinik swasta kerana klinik kerajaan tidak memberi ubat yang sesuai dengan tubuh kita. kalau sesuai pun mengambil masa yang lama dan batuk kita dijangkiti oleh anak-anak dan orang lain, bil perubatan semakin parah.