TIP BELI RUMAH BARU

Kalau nak beli rumah ada beberapa option, satu beli rumah dari pemaju dua beli rumah dari individu.

++ Kalau beli dari pemaju, tak payah pakai deposit sebab biasanya sekarang ni boleh dapat loan 100%.

++ Kalau beli dari individu, kena ada deposit. Biasanya 10% dari harga rumah. Tapi dalam aggreement tu ada sebut, kalau sale & purchase tak boleh completed, deposit akan pulang pada kita balik.

++ Kalau pasal berapa loan boleh approve tu, saya percaya sekarang ni, kalau nak dapat full loan pun boleh. Tapi kena check dengan orang bank. tempoh loan jugak kena confirm dengan bank, ada boleh bagi 30 tahun, ada boleh bagi 35 etc, ikut dia orang punya internal procedure. Tapi sekarang ni, saya dengar Bank Rakyat boleh bagi good deal pada pembeli. Boleh cuba check dengan dia orang.

++ Memang kalau nak beli rumah, mesti kena pakai peguam. Tapi kalau kita nak beli rumah, penjual dah ada peguam, elok ambik peguam lain dari peguam penjual tu. Ini untuk protect interest kita jugak. Tapi kalau penjual belum ada peguam, dia nak ambik peguam kita, boleh la rekomen, tapi cakap dulu dengan peguam kita, interest kita dia mesti bagi priority. Kalau pasal bayaran, untuk rumah RM 150,000.00 kalau tak salah saya, fees peguam lebih kurang RM 2,500.00 tak masuk duit stamping. Kalau boleh kita suruh juga peguam yang buat agreement jual beli tu buat agreement untuk loan kita sekali, boleh mintak diskaun.



kalau pinjaman bank ni memang ada 2, satu islamik dan satu lagi non islamik. Beza dia, satu pakai prinsipal syariah dan satu lagi konvensional. Kalau ikut syariah, tak ada interest, so dia punya agreement, bank akan beli property dari penjual dan jual balik pada kita dengan harga belian bank campur keuntungan. Contoh, bank beli rumah RM 150,000.00, dia jual balik pada kita dengan harga RM150,000.00 (harga beli) campur RM 50,000.00 (keuntungan bank) dan harga RM 200,000.00 ni akan di bayar balik secara ansuran. Kalau konvensional, pakai interest la macam biasa.



Kalau beli rumah dari pemaju, memang masa ambik kunci kena bayar duit pada pemaju. Ada beza jugak kalau belu rumah teres dengan rumah apartment/condo. Kalau rumah teres tu, duit yang kena bayar tak banyak, cuma duit untuk admin fees, tapi kalau beli condo/apt kena bayar deposit air/maintainance/shrinking fund etc. Semua berbeza dengan pemaju masing-masing





Kalau ada masalah, saya ada kenal sorang peguam Pn Zuzi, no tel : 03-26974600/03-26974300. Boleh check dengan dia sendiri. Dia boleh tolong recomend bank untuk kita sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN