RAHSIA TULISAN


Pengetahuan dalam bidang penganalisaan tulisan ini akan memberi anda kunci untuk mengetahui rahsia si penulis melalui tulisan mereka..

Kajian penulisan ini amat sesuai sekali untuk ibu-ibu untuk melihat karekter anak masing-masing . Dan saya pernah terbaca orang-orang Jepun menilik hasil tulisan ketika membuat interview pekerjaan seseorang. So, bagi ceo-ceo kat luar sana bolehlah kalau nak ambil petua ni..

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringanSeseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah,amat setia kepada kekasih,keluarga,organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. TegakAdakah pasangan anda atau sesiapa yang anda sayangi menulis dengan kecondongan menegak?
Sekiranya ya, anda akan mendapati mereka tidak mudah menunjukkan perasaan mereka bersystematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh,malah sekiranya mereka marah, perasaan itu tidak akan ditunjukkan sehingga sampai ke satu tahap dimana mereka akan meletup dan tidak akan menyesaldengan apa yang mereka lakukan.
Meraka adalah orang yang tenang termasuk ketika dalam kecemasan.Anda boleh mempengaruhi mereka untuk bersetuju dengan pendapat anda dengan membentangkan fakta dan perkara yang diterima akal mereka.Mereka tidak melakukan sesuatu secara spontan.Mereka membuat keputusan mengikut fikiran dan kelogikan sesuatu perkara contohnya mereka tidak mudah dipengaruhi dalam membeli sesuatu.
Mereka tidak mudah terpengaruh mendengar kisah sedih kecuali sekiranya kisah tersebut boleh diterima akal mereka. Anda sangka mereka tidak mempunyai perasaan tetapi sebenarnya mereka merasakan mereka tidak perlu menunjukkan perasaan tersebut .Dan ada diantara mereka suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur·
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekora) Besar, panjang dan sempurna· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


i. Tinggi· Tahap aspirasi tinggiii. Rendah· Mudah berpuas hati, cita-cita rendahiii. Tengah-tengah· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Adakah anda mengenali sesiapa yang menulis batang” d ” dengan lengkungan?
Mereka yang menulis batang d dengan lengkungan,sensitif kepada kritikal terutamanya tentang penampilannya.Semakin besar lengkungan semakin kuat sensitifnya terhadap kritikan.Sebaliknya pujian dan kata-kata semangat akan menaikkan semangat mereka dan membuat mereka gembira.


Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

No comments:

Post a Comment

berikan komen anda