Wang bawa bahagia juga derita

3 hari yang lepas aku kembali lagi ke gedung ilmu (perpustakaan). Kali ini aku memilih untuk fokus kepada ilmu berkenaan duit. Alhamdulillah, aku berjaya mencari buku-buku karangan penulis yang aku yakin ada kredibiliti untuk di ikut nasihatnya. Empat buah buku yang aku pinjam bertajuk:



1)Wang, Anda & Islam (Karangan Utz Zaharuddin Bin Abd Rahman )

2)Wang- Panduan CAP mengenai cara mengurusnya & lain2 (Per. Pengguna P.Pinang)

3)Retire Rich (Azizi Ali)

4)Lebuh Raya Baru Kebebasan Kewangan-Jutawan daripada beban hutang (Abd Aziz Ibrahim CFP)

Terdapat fakta dan penemuan menarik yang aku dapati dari empat buah buku tersebut.

Dalam muka surat 8 Utz Zaharuddin telah membuat satu kesimpulan berkenaan takrif zuhud.



“Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak melalaikan daripada akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama mereka hanyalah memprolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen mendapatkan harta. Tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instumen baru serta canggih diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagian di akhirat kelak.



Bersifat zuhud bukan bermaksud membiarkan diri miskin,tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti zuhud.


Memetik kata-katanya,

“Tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instumen baru serta canggih diperkenalkan tapi awas, tidak semuanya membawa kebahagian di akhirat kelak.”

Lantas ingatanku terbang kepada seorang yang pernah aku kenal suatu ketika dahulu. Dia mempunyai pendapatan RM60K hingga RM70 sebulan melalui Forex. Namun aku sering tertanya-tanya bilamana dia sering mengatakan,

“Saya selalu berada dalam kerisauan, bimbang dan ketakutan…”

“Apa agaknya yang menyebabkan beliau berkata begitu?. Ketakutan kerana apa? Apa yang dirisaukan?” Hatiku sering bertanya

Ketika itu aku menjadikan dia sebagai motivasi kerana berjaya mencipta sejuta pertamanya melalui forex hanya bermodalkan $100.

Namun, segalanya berubah bila aku mengetahui ilmu ini pada suatu petang.

Kini aku sudah faham apa penyebab kepada kebimbangan dan ketakutannya.

Dalam muka surat pertama Ustz Zaharuddin telah menjawab sebuah soalan besar,

Mengapa perlu tahu tentang halal dan haram dalam kewangan?

Jawapan beliau ialah:

Jawapan yang paling tepat bagi seluruh umat Islam adalah kerana pengetahuan perihal hokum ini adalah tanggungjawab kita sebagai individu yang beriman kepada Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW menegaskan:

“Tidak akan lepas dua kaki Anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah ditanya lima perkara: Tentang umurnya di mana ia dihabiskan, tentang kepemudaan dan kepemudiannya di mana di gunakan, dan tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana dibelanjakan, dan apakah yang dilakukan dengan ilmunya” (Riwayat At-Tirmizi, no 2416: Albani: Sohih)

Mendengar petikan hadis di atas aku turut gementar,bimbang dan takut..
Aku sedar sepanjang umurku mencari duit aku tidak terlepas melakukan perkara sia-sia dek kurangnya ilmu. Aku berazam untuk lebih giat menuntut ilmu.

“Ya, Allah berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menjauhi segala laranganMu. Berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk taat perintahMu. Berilah aku kekuatan dann kesabaran untuk redha pada setiap ketentuanMu” Doaku

HADIAH BERDASARKAN ZODIAK


Sikap Dan Pemilihan Hadiah Terbaik Berdasarkan Zodiak

Susah! Siapa cakap mudah hendak pilih sesuatu hadiah untuk diberikan kepada seseorang. Tak kira kepada ahli keluarga, yang tersayang atau teman-teman. Pening kepala nak fikir hadiah apa yang paling sesuai. Silap pilih nanti kang, tak kena dengan citarasa mereka pula. Naya pulak jadinya. Walaupun mungkin mereka tak kisah dan menghargai apa yang kamu hadiahkan kepada mereka, namun jika kamu akhirnya tahu hadiah itu bukan pilihan yang terbaik untuk mereka, tentu rasa terkilan dan tak puas hati. Dah la mahal pulak tu! Kata orang tu, terlanjur memberi hadiah, biarlah yang disukai oleh orang yang bakal menerima. Kalau takat lepaskan batuk di tangga, baik tak payah. Tak ikhlas namanya tu! Ini mungkin ada tips berguna untuk kamu jadikan panduan sebelum memilih hadiah. Salahsatunya, menerusi zodiak mereka. Ha memang zodiak boleh melambangkan 1001 rahsia diri seseorang. Mula-mula selidik bila dia lahir dan apa zodiaknya. Apabila diketahui zodiak mereka, sikap mereka juga dapat disingkap dan seterusnya bolehlah memilih hadiah paling sesuai untuk mereka yak! Moga tak tersalah pilihlah hendaknya!



Si Aries (21 mac-20 April)
Sekiranya si dia berbintang Aries, kamu mempunyai 3 pilihan dalam menentukan hadiah yang paling sesuai untuk mereka. Mereka yang berzodiak Aries ini seorang yang bersemangat, aktif dan gemar untuk kekalkan tahap kesihatan mereka. Mereka juga gemar mengalu-alukan teman-teman dengan cara mereka sendiri. Selain itu mereka juga seorang yang bekerja keras dan pentingkan kejayaan da;am hidup. oleh yang demikian, hadiah yang paling sesuai untuk mereka misalnya barangan kesihatan, pinggan mangkuk dan jam. Pendek kata, hadiah yang paling sesuai untuk mereka adalah berkaitan dengan kesihatan dan juga barangan rumah, contohnya pinggan mangkuk yang mungkin digunakan bila menyambut kedatangan tetamu nanti!



Si Taurus (21 Apr-21 Mei)
Sememangnya si Taurus yang terkenal dengan sikap rendah diri ini gemarkan hidup berkeluarga dan menghabiskan masa di rumah. Mereka ini juga cukup mahir dalam menguruskan soal kewangan. Jadi tak hairanlah jika mereka selalunya diberikan tugas sebagai menteri kewangan dalam keluarga. Selain itu, mereka juga gemarkan kehidupan yang aman damai. Dari segi pemilihan warna, mereka lebih gemarkan warna yang agak konservatif seperti colat. Hadiah yang dicadangkan kepada mereka ini seperti dompet kulit, set pinggan, hamper makanan ataupun tv. Tapi ingat, walaupun mereka ini jenis tak berkira tentang harga hadiah yang bakal diberikanm, tapi sudah pasti hadiah kamu itu tidak dapat dilupakan seumur hidup jika hadiah itu mahal! Biasalah, mereka ni kan gemarkan sesuatu yang mahal beb!



Si Gemini (22 Mei-21 Jun)
Seseorang yang bernaung di bawah zodiak ini seorang yang pandai bergaul dengan sesiapa saja dan bijak memulakan perbualan biarpun dengan orang yang baru dikenali. Citarasa mereka tertumpu pada sesuatu yang moden dan menyukai warna yang terang. Selain itu mereka juga bersifat inovatif serta gemar dalam perara yang berkaitan dengan dunia seni. Dicadangkan hadiah yang lebih bermakna bagi mereka ialah hadiah seperti housing telefon yang berwarna- warni dan comel, playstation, jaket terkini atau barangan kraftangan. Yang penting hadiah itu boleh mereka gunakan dan praktikal! Tak perlu hadiahkan mereka yang mahal sangat



Si Cancer (22 Jun-23 Julai)
Seperti si Taurus, mereka yang berbintang Cancer ini menggemari suasana di rumah dan sanggup menghabiskan masa seharian di rumah saja. Bagi mereka, tak ada tempat yang lebih selesa daripada rumah. Mereka ni juga seorang yang berjiwa sentimental hingga kadangkala keterlaluan dalam menyambut tetamu. Dari segi penampilan, mereka gemarkan fabrik yang halus dan warna yang lembut. Hadiah yang paling sesuai diberikan kepada mereka seperti hiasan rumah, buku atau koleksi si anak patung yang comel!



Si Leo (24 Julai-23 Ogos)
Ternyata si Leo memang terkenal dengan citarasa mereka yang mewah dan tak dapat dipisahkan dengan dunia glamour. Mereka hanya menyukai sesuatu yang dirasakan terbaik. Pendek kata, mereka ini suka bersikap menunjuk-nunjuk dan sukar nak memahami orang lain. Hadiah yang dicadangkan seperti minyak wangi jenama terkenal, aksesori terkini atau sehelai jeans berjenama terkenal. Oleh yang demikian, jika benar kamu nak ambil hati mereka, bersedialah untuk keluarkan modal lebih untuk membeli hadiah yang berharga dan mahal untuk mereka. Tentu kamu dianggap teman yang baik hati



Si Virgo (24 Ogos-23 Sep)
Mereka ini gemarkan sesuatu yang simple dalam hidup. Namun citarasa mereka dalam pemilihan pakaian dan hiasan rumah tidak kurang hebatnya tau. Selain itu mereka sangat mementingkan soal kerja yang bagi mereka adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. dalam pemilihan hadiah, mereka gemarkan hadiah yang praktikal bagi mereka. Misalnya jam tangan, buku masakan atau baju. Boleh juga mereka gunakan dalam kehidupan seharian. Soal harga, mereka tak kisah. Asal ikhlas dan barang itu berguna.



Si Libra (24 Sep-23 Okt)
Libra ini boleh tahan juga sikap romantisnya. Begitu juga soal berpakaian yang cukup diambil berat. Biar simple tapi menarik. Dalam pergaulan mereka mudah mendapat teman baru dan gemarkan muzik dan seni. Sekiranya bercadang hendak memberikan hadiah kepada si Libra, apa kata kamu memilih kotak muzik, wangian, tali leher atau VCD muzikal? Tentu senyum mereka sampai ke telinga



Si Scorpio (24 Okt-22 Nov)
Scorpio memang tidak dapat dipisahkan dengan air. Itu adalah elemen utama bagi mereka apatah lagi bila ingin berehat. Sebab itu percutian yang paling indah bagi mereka apabila pergi ke tempat-tempat seperti pantai. Hadiah yang dicadangkan seperti tuala mandi, aroma mandian atau pakej percutian ke pulau.



Si Sagitarius (23 Nov-21 Dis)
Mereka ini memang cukup mudah untuk dipuaskan kerana mereka tidak banyak songeh. Segalanya diterima dengan terbuka. Memang tak susah untuk memilih hadiah untuk mereka ini. Namun Sagitarius gemar bergurau, sukakan aktiviti luar dan gemarkan gaya ringkas serta menarik. Dari segi pemakaian, mereka cukup bijak menyuaipadankan pakaian mereka. Hadiah yang dicadangkan seperti beg untuk aktiviti lasak, kasut sukan atau sebuah parti BBQ!



Si Capricorn(22 Dis-20 Jan)
Corak pemikiran mereka agak konservatif dan mereka gemarkan hadiah yang punya kualiti dan praktikal. Dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa pastikan penampilan mereka sentiasa dijaga. Dari segi pemilihan pakaian dan hiasan, mereka gemarkan yang bercorak klasik dan menarik. Hadiah yang sesuai untuk mereka seperti pakej penjagaan badan, set sikat atau diari.



Si Aquarius (21 Jan-19 Feb)
Mereka yang berzodiak ini sering berubah-ubah citarasa mereka. Mereka juga kurang pandai berguaru dengan orang lain dan lebih serius. Bagi mereka, yang utama dalam hidup adalah keamanan dan kasih saying. Hadiah yang dicadangkan ialah seperti hiasan aksesori, lukisan atau CD/kaset.



Si Pisces (20 Feb-20 Mac)

Mereka ini cukup sensitif dan sukar difahami sikap mereka jika tidak didekati. Mereka pentingkan keluarga daripada segala-galanya. Begitu juga persahabatan yang mendapat tempat istimewa di dalam hati mereka. Dalam masa yang sama, mereka juga sangat romantis ornagnya. Hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada mereka ialah seperti lilin wangi, kad atau sajak yang kamu reka sendiri.

Pagi ISNIN


Jam loceng berbunyi time dah waktu kerja... alolah... malas betul aku nak bawak kereta.. huhuhu time hujan pulak tu jam dah menunjukkan pukul 6.30 pagi.. aisyiii.. apasallah aku lambat bangun pulak pagi ni. hmmmm patut la hujan rupaanya.. ni yang buat jiwa i kacau ni.. "wehhhh.. bangun ! bangun semangat! weh... nyawa apasal korang malas sangat bangun pagi ??? pergi kerja la... huhuhu" (tu suara semangat aku la..)
Aku mula kejutkan 2 orang anak perempuan anak ku.. kesian aku tengok, kecik-kecik lagi dah dipaksa pegi kesekolah, kesian jugak nak kejut sebab semalam jer baru lepas pegi Sunway Lagoon.. bukan main happy dia main air dan roler coaster.. hahaha.. kerja.. tetap kerja.. mesti cari duit lebih.. karang sape nak bayar ansuran gelang emas aku yang aku ambik rm6k hari tu.. hahaha gatal-gatal nak pakai.. sape suruh kan..

Hari yang aku paling malas nak pegi kerja ialah hari isnin... wa cakap sama lu semua.. serius bukan apa semalam kan cuti 2 hari... so rasa macam dunia ni ana yang punya.. kerja. wa mesti kerja....kalau tak kerja nak makan apo...

SAYANGI ANAK ANDA, JANGAN BUANG BAYI ITU..


kes pembuangan bayi amat luar biasa sekarang, itu dinamakan generasi sekarang kurangnya didikan agama, ibubapa pun memainkan peranan yang penting untuk melahirkan generasi yang bertamadun dan hormat menghormati...
ni saya nak pesan kat orang perempuan ni, apasal korang ni bodoh sangat.. korang tau tak kita ni perempuan darjat kita lebih tinggi di akhirat lagi. Pahala Allah s.w.t bagi amat melimpah-ruah, korang tau korang cantik apasal jual murah sangat sampaikan tergadai body ??? sape yang rugi ??? sape yang akan merasa menyesal ??? emmm... aku sedih sangat dengan generasi sekarang ni dah tau benda tu buat sedap, tapi biarlah dengan buat dengan elok (berkahwin) kasihanlah bayi itu. Yang tidak berdosa, yang akan menolong kita akhirat kelak... yang bole buat tumpang bila kita dah tua nanti. Haii.. ksian sunggguh ibubapa yang tak tahu menghargai anak-anak..ASET kita paling bermakna dalam hidup khalifah Allah..

Ni nak buat pesanan kat orang lelaki pulak, korang ni tau kan korang ni power !!! boleh kahwin lebih.. apasal yang suami orang suka mengayat-ayat anak-anak dara pastu suka merosakkan, saya tengok sekarang ni pun susah nak cari lelaki yang betul2 bertangggungjawap, penyayang sebab semuanya mata keranjang dan suka menunjukkan power dia tu...dulu orang lelaki suka pegi masjid.. sekarang suka lepak-lepak dengan kawan-kawan kat kedai makan.. kata nak cari duit lebih.. HIDUP-HIDUP... ADA HARTA SUSAH, TAK DE HARTA PUN SUSAH

KISAH SI PEMOTONG KAYU

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, “Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku.”

Adik-adiknya pun menjawab, “Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah.”

Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.

Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.

Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.

Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.

Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.

Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir..

Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?

Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?

Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.

Dari mana kau dapat kapak ni?

Aku membelinya.

Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.

Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?

Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.

Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.

Adakah kau pasti?

Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.

Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?

Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap
sama berkisarkan kapak tersebut.

Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar
dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu
ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.

Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan
aku tidak menginginkannya lagi.

Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.

Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar
dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini…..

Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya ….

** Sahabat Rasulullah saw yg paling kaya ialah Abdul Rahman bin Auf. Dikatakan beliau adalah sahabat yang terakhir akan masuk syurga kerana lamanya masa yg digunakan untuk menghisab beliau.

Berapa banyak harta yg kita ada? Bayangkan … baju2 kita yg “18 kodi” kat rumah tu. Blm lagi cite stok baju2 lama yg terperosok dlm almari.. Berapa lama lah agaknya kita nak kena soal nanti?

RAHSIA BENTUK KUKU


Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda?

Kuku yang baik, rapi dan indah

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

Bentuk kuku pendek tetapi lebar

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat

Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit

Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

Bentuk kuku bersegi tetapi rata

Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

Bentuk kuku langsing

Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering berasa was-was, mudah ditimpa kesialan dan kurang berwibawa.

Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning

Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai, tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun

Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tidak kuat bekerja.

Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah-randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing

Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

Bentuk kuku besar dan banyak garisan

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut)

Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan, jauh dari sanak keluarga, boleh mati disebarang tempat.

Bentuk kuku seperti kikir

Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

Kuku yang banyak titik-titiknya dibahagian bawah kelihatan hitam

Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

RAHSIA CARA MAKAN


Rahsia Cinta Si Dia Di sebalik Cara Makan


Bagaimana cara makan, begitulah cintanya " Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya." Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.



Makan dengan tenang



Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!



Asyik belek makanan



Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!



Serius ketika makan



Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!





Makan sambil borak



Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badanlah pulak!



Makan sambil kerap



Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.



Makan sambil merungut



Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

RAHSIA MENGENAL GIGI PASANGAN


Gigi anda juga mencerminkan sifat seseorang.... so jangan lupa menjaga gigi anda yek..\

JARANG DAN KECIL

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orangl ain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!

BERSAIZ SEDERHANA DAN RATA

Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?

BESAR DAN JARANG

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!

JONGANG DAN KECIL

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

JONGANG DAN BESAR

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

TIDAK TERSUSUN

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

SEOLAH-OLAH MASUK KE DALAM

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

KECIL DAN TERSUSUN

Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

MAKSUD BENTUK GIGI


Gigi anda juga mencerminkan sifat seseorang.... so jangan lupa menjaga gigi anda yek..\


JARANG DAN KECIL


Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orangl ain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.Beralah sajalah!
Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?
Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!
Jongang dan kecil.Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi ‘ke depan’ tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!
Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!
Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya ‘cantik’. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.
Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah ‘ke dalam’ sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.
Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat!

RAHSIA MATA WANITA


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Mata juga mengungkap pelbagai makna - firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata….

SAIZ MATA KECIL

Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

SAIZ MATA SEDERHANA

Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
SAIZ MATA LEBARCukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.


MATA SELALU BERKEDIP

Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
MATA JARANG BERKEDIPWanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.


MATA CENGKUNG

Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.


MATA REDUP

Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hatitidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.


MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR

Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

MAKSUD TAHI LALAT


Bibir atas kanan – banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yg suka
Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah

Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuanLeher di tengah – tercapai cita-cita

Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
Biji mata kiri – pembohong tetapi baik hati

Hujung mata kanan – baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri – baik budi, murah rezeki

Betis kanan – suka berhibur, boros
Betis kiri – rajin,tidak suka menganggur

Lutut kanan – bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
Lutut kiri – kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan – terkabul cita-cita

Kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang – jujur, sabar dan tekun

Kening kanan – cerdas dan cekap
Kening kiri – cerdas, sopan santun

Tengah kening – keras hati, berani segala hal

Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya

Ketiak kanan – dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta

Pergelangan kaki kanan – suka berpergian (keluar rumah)
Pergelangan kaki kiri – kehendak kuat

Batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung – banyak rezeki

Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri – bijak sana dan berbudi luhur

Tumit kanan – jujur dan banyak kawan
Tumit kiri – baik budiAlis kanan suka – menolong, baik hati

Alis kiri – ramai yang suka
Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
Pangkal peha kiri – suka kerja apa pun

Telapak kaki kanan – tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan – suka menolong
Jari kaki kiri – berbudi, suka berbuat baik

Bahu kanan – cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri – suka kerja keras, banyak tanggungjawab

Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
Lengan kiri – menepati janji dan rajin

Pipi kanan – ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan – ramai yg suka
Tengah-tengah pipi kiri – ramai teman
Ubun-ubun – kurang jujur

Pusat bahagian kanan – sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri – beroleh kemuliaan
Pinggang kanan – sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri – disayang pasangan hidup

Dada kanan – dapat mengatasi masalah
Dada kiri – berani, jujur dan sabar

Telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri – baik budi pekertinya

Siku tangan kanan – kuat ingin memiliki kekayaan
Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong

Jari tangan kanan – serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri – serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
Jari telapak tangan kiri – banyak rezeki dan cermat

Perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya

Sudut mata kanan dalam – disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam – tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yg cinta

Pelipis kiri – murah rezeki, dpt jadi kaya
Pelipis kanan – serba berhasil dalam usaha

Kelopak mata kanan atas – baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas ! – baik budi, ramai yg suka
Kelopak mata kanan bawah – agak malas
Kelopak mata kiri bawah – agak bodoh, kurang bijaksana

RAHSIA NOMBOR RUMAH


Pernah tak anda terfikir mengapa anda memilih rumah yg anda duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan anda tertarik untuk mendiami rumah tersebut?. Ikuti rahsia disebalik nombor rumah anda. Jom kita kira apakah no yang mewakili rahsia disebalik no rumah anda.

Kiraan:

Nombor 17 = 1+7=8 Jadi angka rumah anda ialah 8. Baca keterangan 8 kat bawah….

Nombor 156 = 1+5+6=1212 = 1+2=3 Jadi angka rumah anda ialah 3. Baca keterangan 3 kat bawah….


Rumah nombor 1

Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga seringberasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Rumah nombor 2

Orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dengan masalah orang lain.Jangan terlalu banyak menyendiri.Carilahteman-teman utk berbicara.Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini.Rumah ini akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya.Cubalah… .


Rumah nombor 3

Biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan danpercutian.Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya degan lebih mendalam lagi.Penghuninya juga sangat mementingkan ‘kesempurnaan’ dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian.Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran di rumah,sehinggakan setiap orang yang datang akan merasa tenang dan senag,serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran.Namun harus diingat ,mereka yang berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3.


Rumah nombor 4

Emmmm… .nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan.Hidup si penghuni sering di kelilingi oleh masalah,membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang.Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor.Jika kamu berpindah ke rumah yang bernombor ini,pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini.Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yang lain.Tapi harus diingat ,jangan terlalu boros di dalam berbelanja.


Rumah nombor 5

Wow,rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel.Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu,mereka yang tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yang suka berusaha dan berniaga.Mereka akan juga mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaan.Biasanya mereka yang bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini.Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit.Polisi insuran sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini.Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat.Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan.


Rumah nombor 6

Kamu yang tinggal di rumah yang bernombor ini memang jenis yang suka bercucuk tanam.Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan.Juga,dikatakan lambang kematangan.Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya.Mereka yang berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi.Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan muzik.Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yang sukakan layanan yang kamu berikan.


Rumah nombor 7

Satu angka ‘aneh’ .Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yang tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki.Sebelum kamu menduduki rumah tersebut,periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yang boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti.Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital,sama ada kerana kamu atau keluarga kamu uyang sakit,malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara yang sakit.Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut ,kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah.Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki.Kamu yang bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini.jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu.Berbelanjalah secara rasional.


Rumah nombor 8

Rumah ini lebih digemari oleh golongan yang sudah berumur jika dibandingkan dengan remaja.Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yang pelbagai bentuk,jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yang berlainan.Sebelum berpindah ke rumah ini,periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah.Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dengan nombor lain,sebaliknya,ia mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius.Banyakkan makan sayuran dan kamu prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yang berkaitan dengan pemakanan.


Rumah nombor 9

Kamu yang tinggal di rumah yang mempunyai angka 9,biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dengan kekerasan dan permusuhan.Disebabkan sikapmu yang telalu behati-hati,telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu.Namun begitu kamu jenis yang peramah dan jujur.Mereka yang berbintang Aries dan Scorpio tertarik dengan angka ini.Bahkan ia sering mengundang kebahgiaan di dalam hidup kamu yang menghuni di rumah ini.Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yang baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yang menghuni rumah ini.Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yang dicita-citakan selama ini.

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK


Rahsia Cemburu Lelaki Melalui Zodiak

Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Minggu ini disiarkan beberapa perkara berkaitan dengan keperibadian seorang lelaki berdasarkan bulan kelahirannya. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.

Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.

Virgo (24 Ogos - 23 September)

Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.


Libra (24 September - 23 Oktober)
Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai. Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.


Scorpio (24 Oktober - 22 November)
Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.


Sagitarius (23 November - 22 Disember)
Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoya-foya. Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar. Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.


Capricorn (23 Disember -20 Januari)
Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.


Aquarius (21 Januari - 19 Februari)
Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.


Pisces (20 Februari - 20 Mac)
Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.


Aries (21 Mac - 20 April)
Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus (21 April - 20 Mei)

Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.


Gemini (21 Mei - 21 Jun)

Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya. Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.