JALAN-JALAN KE MED VALLY

 

Kali ni bawa anak-anak laki-laki untuk bermalam dan sekaligus jalan-jalan ke Med vally Kuala Lumpur, dekat je dari rumah dengan mall tu..ni request dari anak sebab dah lama pujuk mamanya untuk jalan-jalan ke sana. Macam biasalah, kalau jalan-jalan mall ni saya suka pergi DIY sebab apa? sebab sana banyak barang, harga pula biasa-biasa je (bukan untuk pergi beli barang pun, sekadar beli barang mainan untuk gembirakan mereka semua).


 
Gambar 1: anak yang paling kecil tengah beratus untuk dapatkan gula-gula kapas..percuma je sebab kena beli barang RM30 ke atas, ramai juga yang beratur ( akak casher kata dah nak tutup dah, sebab masa tu pergi jam 9.15 malam) anak yang kecil tu jugalah bersungguh-sungguh nak beratur.



Gambar 2: nampak gaya macam tak sabar-sabar kan, sabarlah anakKu.. masih sempat lagi tu..kalau tetiba tutup habis..kat lift tu ada mama tengok orang jual..hissss penangan buat promosi macam ni budak-budak yang lebih berminat


Gambar 3: jam 4.30 petang bawa 2 beradik ni pergi swiming, seronok sungguhlah mereka nak mandi, airnya bersih




Gambar 4: tak perasan pula pintu keluar hotel tu rupa-rupanya boleh lalauan dalam mall je, napelah saya pergi redah hujan untuk pergi ke mall ni (1st menginap di hotel ini sebenarnya) dah tahu laluan ni tak tahu pula plan nak kemana-mana alih-alih pusing kat situ pastu masuk bilik semula, saya ni bukan kaki jalan hakikatnya..pergi sini pun sebab nak happykan anak-anak je.




Gambar 5: port nilah saya suka lepak sambil-sambil melihat air pancut, cantikkan? suka-suka kat sebelah tu ada A&W  duduk situ open air.. sambil-sambil melihat orang lalu lalang (bukan selalu dapat bercuti macam ni) anak-anak pun happy sebab mak dia bawa jalan-jala. Jika anda pergi ke sini jangan rasa sesat ye petua saya untuk ingat laluan/kedai dalam mall ni ialah berpandukan pusat air pancut ini (kat tengah-tengah ini ada costumer service untuk bertanya) biasa 1st time saya pergi sini tidak ada perasaan sesat sebab saya study dululah lokasi nak kemana , cuma pintu keluar masuk mereka banyak memberi pilihan)

JALAN KE ZOO NEGARA



Kali ini bawa anak-anak lelaki je pergi Zoo Negara, tujuan utama pergi Zoo kali ini ialah untuk berjumpa Panda, saya memang dah plan lama nak pergi melawat Zoo ni, tetapi kena ikut mood suami saya, penat sudah cerita dengannya nak pergi tengok Panda, apa khabar dia sekarang ye?



Gambar 1: Faris tengah tengok Panda, kat sini ada sepasang Panda, tu dia tengah 'golek-golek' memang comel, bestlah ye awak tidak perlu bekerja hanya makan dan 'golek-golek' ajer kerjanya.




Gambar 2: Lama betul Faris tengok Panda, saya rasa yang ni Panda jantan, saya dapat rasakan dengan perilakunya yang serius. tidak pasti suami saya ambik gambar apa tu (mungkin dia ambik gambar Panda sebagai kenangan, bukan selalu masuk ke Zoo)



 

Gambar 3:  Betul pun tekaan saya, memang ada sepasang, dari dulu memang ada sepasang je Panda kat zoo ni, siap ada Biodata sekali (anda kalau nak datang lebih baik baca sekurang-kurangnya tahu sedikit umur, asal dan ketinggian dia sebab kita hanya boleh lihat dari jauh dan tidak boleh pegang) kalau dapat peluk..alangkah bessttnya) hihihi




Gambar 4: katanya hormonnya berubah bila sampai bulan, yang ni binatang betina, kesian pula saya tengok, apa nak buatkan sudah kejadian Allah


Gambar 5: Anak saya Danish ni memang pecinta kura-kura, masa nak balik dia cakap nak minta seekorlah kura-kura dengan penjaga zoo (saya kata cuba minta kot-kot mereka bagi) dia malu-malu, besar sungguh kura-kura kat sini, berapakah agaknya umur kura-kura berkenaan, banyak ekor pula tu, kakinya walaupun pendek, jalan asyik menjenjet kakinya.. tapi saya rasa ada yang betina dan ada yang jantan, kata anakku saiz kura-kura betina lebih besar dari yang jantan.

Jika anda plan nak datang Zoo Negara pastikan anda study dulu perjalanan ke tempat binatang ini, kerana tempat ini besar dan banyak binatang, saya tidak menghabiskan secara penuh kali ini  memandangkan sudah lewa datang dan keadan cuaca hujan renyai-renyai (binatang pun ada yang terselindung) jadi tidak nampak sepenuhnya, untuk pengetahuan semua makanan dan minuman, ice-cream ada terjual di dalam Zoo Negara dan banyak pilihan juga, begitu juga kedai cenceramata dan ada jual payung jika hujan (Ya, saya ada membeli 5 kaki payung) kerana berlaku hujan.



Gambar 6: yang ni laluan terakhir memandangkan zoo akan tutup pada jam 6.30 petang tulah siapa suruh datang lambatkan, saya datang sudah pukul 4.00 petang memandangkan suami ada urusan di luar walaupun hujung minggu (tak apalah nak... 1 tahun lagi kita datang semula)..jum cepat balik ada orang nak belanja KFC ni  




Gambar 7: banyak tempat lagi tidak sempat melawat binatang lain, zoo negara ni besar, lebih baik datang awal pagilah kalau nak datang ke sini kerana kawasanya sangat luas, tetapi jika anda datang selepas waktu hujan, ada bau-bau sikitlah... lebih baik datang time tidak hujan ye (tetapi kat sini disediakan buggi kecil/mini keretapi kena sedikit bayaran jika hendak naik) jika lambat balik macam saya ni, baliknya memang kena jalan kaki.. walaupun jauh terpaksa jugalah menapak, sebab datang lambatkan.





Gambar 8:  cuba teka binatang apa ni? saya bagi klue yee... nama dia BURUNG..... haaa jawab sendiri pegi goggle..kalau betul saya bagi rm10..hahahah





Gambar 9: tadi sampai ternampak mak dan ayahnya...balik-balik terlihat anaknya je...kena tinggal agaknya tu, yang lain dah masuk kandang.... bye-bye baby Zirafah..jumpa lagi 1 tahun lagi ye.. ingat muka saya ye..OK?


Gambar 10: besar juga kandang Zirafah.. tinggi pandai mereka buat bagi menarik dan selesa.. luas




Gambar 11: kesian kat monyet masa saya nak balik, mereka tunggu saya bagi pisang agaknya, maafkan saya kali ni saya tidak membawa pisang untuk awak..jika ada buah pisang yang dijual dalam zoo ni pasti saya belanja awak makan tau..jangan sedih-sedih jika saya balik, bersuka rialah awak semua sebab zoo dah nak tutup ni


 Gambar 11: Bye-bye zoo negara, tolong jaga binatang kesayangan saya baik-baik ye.. lagi 1 tahun saya datang semula, jadual saya bz juga macam bekerja di zoo jugalah..maafkan saya tapi kali ni walaupun sekejap datang saya rasa sangat seronok, anak-anak saya pun happy tengok binatang, kat rumah ada kura-kura dan kucing 4 ekor tu je sekarang.

x pe next time datang lagi. Terima kasih Zoo Negara

KENCING MANIS

 

7 Makanan Pengidap Diabetes

Sebut saja kencing manis, ramai yang menyangka kita dah tak boleh makan yang sedap lagi dah. Walaupun mencegah adalah lebih baik dari merawat, jika anda atau keluarga anda mempunyai penyakit ini, ini adalah senarai 7 sayuran lazat yang baik untuk pesakit kencing manis:

1. Makan Buah Beri
Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan yang berkhasiat untuk pesakit kencing manis.Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan juga antioksidan.
Walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!Kebun Kita sering mengadakan promosi Strawberi. Jadi, jika anda mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit ini, jangan risau….strawberi kami sesuai dimakan!

2. Sayur Bayam
Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti vitamin C, mineral dan phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak. Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.

3. Makan Epal!
Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk anda dapatkan. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.

Sejenis serat yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah. Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.

Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.

4. Jangan lupa makan brokoli
BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis. Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.

Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
Di Kebun Kita, kami mengambil brokoli organik jadi warnanya tidak hijau seperti di pasaraya. Ini kerana brokoli kami tidak mempunyai salutan lilin yang membahayakan kesihatan.

5. Aprikot
Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal. Namun, kandungan serat dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.

Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.

6. Kubis bunga makanan terbaik untuk pesakit kencing manis
Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C. Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!

7. Makan lebih banyak buah oren
Buah oren pula merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang.
Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori. Di samping itu, buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah! Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!

Pesakit kencing manis perlu pilih makanan yang terbaik untuk kesihatan!
Jika anda menghidap kencing manis, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan. Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tinggi.

Nabi yang indah

 

Tak kenal maka tak cinta ? Sinonim dengan ayat ini, justeru ayuh kita luangkan sedikit masa untuk menelusuri sirah nabi kita yang satu ini. Siapa al-Khidir? Sejak di bangku sekolah lagi sering kali kita diceritakan akan kisah beliau. Siapa dia? Dialah Nabi Khidir yang terdapat banyak ibrah yang boleh kita teladani dalam sirah beliau.

Beliau adalah seorang nabi yang cukup terkenal dengan gelaran Nabi Khidir, yang sejarahnya terlakar indah di dalam al-Quran. Beliau merupakan guru kepada Nabi Musa dan merupakan seorang yang cukup dikagumi oleh Nabi Musa dek kelebihan yang Allah kurniakan kepada beliau akan kehebatan Ilmu Ma’rifatnya.Kisah bermula ketika mana Nabi Musa sedang berbicara dengan kaumnya dengan mengatakan bahawa akulah yang paling tinggi ilmunya. Lalu Allah mewahyukan Nabi Musa bahawa terdapat seorang hamba Allah yang pengetahuannya lagi tinggi dari Nabi Musa iaitu Nabi Khidir.

Lalu Nabi Musa mencari jalan untuk bertemu dengan Nabi Khidir kerana ingin menuntut ilmu dengannya. Pada pengembaraan itu, nabi Musa juga membawa rakannya lagi seorang untuk menjadi peneman.Melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT, Nabi Musa diminta untuk pergi ke tempat pertemuan dua laut dan disitulah dia akan dapat berjumpa dengan nabi khidir AS.

Allah berfirman:

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُباً

Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.(al-Kahfi-60)

Tetapi apabila telah sampai disitu, mereka terlupa tentang ikan yang mereka bawa untuk santapan mereka. Pada ketika itu, ikan itu terjatuh dan pergi bergerak dengan cara yang aneh ke dalam air semula. Keadaan ini disaksikan oleh teman Nabi Musa AS.Setelah sampai suatu tempat itu, Nabi Musa meminta rakannya untuk mengeluarkan makanan mereka iaitu ikan itu tadi bagi dijadikan santapan mereka. Lalu berkatalah temannya itu tadi bahawa ketika di satu tempat iaitu di batu besar ikan tersebut telah jatuh dan pergi ke laut semula dengan cara yang menakjubkan. Rakannya itu juga mengatakan bahawa tiadalah yang menyebabkan dia lupa kecuali syaiton.

Allah Berfirman:

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَباً

Maksudnya: Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan” (Al-Kahfi: 63)

Nabi Musa pun berkata ditempat itulah kita perlu pergi untuk mencari Nabi Khidir.Lalu melalui wahyu yang disampaikan Allah bertemulah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Musa meminta izin untuk menuntut ilmu dengan lelaki yang dikatakan tinggi ilmunya itu. Nabi Khidir meletakkan syarat jika ingin belajar dengannya,Nabi Musa dilarang bertanya ketika melihat keanehan-keanehan yang akan terjadi di sepanjang perjalanan.Lalu Nabi Musa dengan semangatnya mempersetujui akan syarat tersebut.

قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْراً

Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (Al-Kahfi:67)

وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْراً

Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (Al-Kahfi:68)

قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِراً وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْراً

Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. (Al-Kahfi:69)Ketika sedang bersama, Nabi Khidir telah membocorkan sebuah perahu yang telah mereka tumpangi dan hal itu telah mencetuskan persoalan dari Nabi Musa.Jelas di dalam al-Quran Nabi Musa bertanya seperti dalam firman Allah:

فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئاً إِمْراً

Maksudnya: Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata “Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar”(Al-Kahfi : 71).

Sungguh Nabi Khidir telah menyatakan bahawa Nabi Musa tidak akan sabar di dalam perjalanan mereka.Lalu Nabi Musa memohon maaf dan mereka kembali meneruskan Ketika dalam perjalanan,bertemulah mereka dengan seorang anak muda. Nabi Khidir menghampirinya lalu membunuhnya. Terkejut dengan apa yang dilihat Nabi Musa berkata seperti dalam firman Allah:

فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلَاماً فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْساً زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئاً نُّكْراً

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!“(Al-Kahfi : 74).

Lantas Nabi Khidir mengulang bahawa Nabi Musa tidak akan sabar sepanjang menuntut ilmu dengannya sehinggakan Nabi Khidir menjelaskan sekiranya Nabi Musa tidak berhenti bertanya,maka perjalanan mereka akan terhenti. Sekali lagi Nabi Musa memohon maaf dan mereka meneruskan perjalanan itu.Mereka meneruskan perjalanan lagi ke satu bandar ini dan cuba meminta pertolongan daripada segi makanan. Tetapi tiada seorang pun penduduk bandar tersebut menjamu mereka.

Di situ, mereka terjumpa sebuah tembok yang hampir roboh keadaannya. Lalu Nabi Khidir bersegera membaiki tembok itu. Seraya Nabi Musa berkata,”Jikalau kamu mahu, nescaya kamu dapat meminta imbalan untuk itu”.

Lantas Nabi Khidir berkata seperti dalam firman Allah:,

قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْراً

Maksudnya: Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (al Kahfi: 78)Nabi Khidir menjelaskan akan tujuannya terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Nabi Musa setiap satunya. Nabi Khidir menyatakan bahawa dia sengaja melubangi perahu yang telah menumpangkan mereka kerana akan terdapat seorang Raja di seberang yang memerintah agar setiap perahu yang elok dan cantik akan dirampas yang mana akan menyebabkan penduduk kampung akan kehilangan perahu yang merupakan sumber utama pengangkutan untuk mencari rezeki.

Nabi Khidir menjelaskan adapun dia telah membunuh seorang pemuda kerana anak tersebut merupakan seorang anak yang nakal yang kelak dewasa nanti akan menyakiti orang tuanya. Lalu dibunuhnya atas perintah Allah yang mana akan terganti kelak zuriat yang lebih baik kepada pasangan tersebut.

Nabi Khidir menyatakan ketika beliau membangunkan tembok yang hampir roboh itu hal demikian kerana terdapat di bawahnya harta anak yatim yang harus dijaga dengan baik. Demikianlah Nabi Khidir menjelaskan setiap satu persoalan Nabi Musa itu.

Perkara ini ada dijelaskan dalam surah Al-Kahfi daripada ayat 79 hingga 82.1. Allah meninggikan darjat orang berilmu

PENGAJARAN:

1. 1. Allah meninggikan darjat orang berilmu

kisah ini terdapat beberapa ibrah yang boleh diteladani iaitu kita seharusnya menuntut ilmu dengan penuh adab kerana orang yang beradab dalam menuntut ilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t.

Seperti mana contoh Nabi Musa meminta izin terlebih dahulu dengan Nabi Khidir sebelum menuntut ilmu. Allah berfirman : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama dengan beberapa darjat.“(Al-Mujadalah: 11)

2. Perlu bersungguh-sungguh menuntu ilmu

Seterusnya kita hendaklah bersungguh-bersungguh dan mempunyai tekad untuk menuntut ilmu.Gambaran jelas Nabi Musa begitu bersungguh-bersungguh mencari Nabi Khidir setelah diwahyukan  Allah semata-mata untuk menimba ilmu. Abu Hatim Arrazi pernah berkata :”Ilmu tidak bisa diraih dengan badan yang santai.

3. Menghormati keputusan orang lain

Kita juga hendaklah mempunyai sikap menghormati setiap keputusan serta berlapang dada dengan pandangan orang lain sebagaimana Nabi Musa akhirnya menghormati keputusan Nabi Khidir untuk menamatkan perjalanan antara mereka berdua kerana Nabi Musa telah beberapa kali melanggar syarat yang telah dipersetujuinya.(mempelajari apa yang kita tidak suka adalah payah bukan?)

Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi pernah bersabda :”Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.”

Akhir sekali,kita hendaklah bersikap sabar dengan guru atau orang yang lebih tua ketika menuntut ilmu kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Imam Syafie berkata :“Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan”.Wallahualam.

Al Baqarah

Sebagaimana yang diketahui bahawa al-Quran mempunyai sebanyak 30 juzuk, 114 surah dan 6236 ayat. Di antara surah-surah di dalam al-Quran, terdapat satu surah yang paling panjang iaitu Surah al-Baqarah. Sebagai umat Islam, kita wajar menyelami rahsia di sebalik setiap surah dalam al-Quran bagi menghayati isi kandungannya dengan lebih mendalam. Apatah lagi Surah al-Baqarah merupakah surah yang terpanjang di dalam al-Quran, maka setiap individu muslim hendaklah berusaha untuk menyelami rahsia di sebalik isi kandungan surah ini. Surah al-Baqarah ialah surah kedua dalam al-Quran al-Karim selepas surah al-Fatihah dan ia datang sebelum surah Ali Imran. Ia mempunyai sebanyak 286 ayat yang kebanyakannya diturunkan di Madinah. Sebahagian besar ayat dalam surah al-Baqarah diwahyukan pada permulaan Hijrah. Mengikut pandangan majoriti ulama’ ayat 281 Surah al-Baqarah merupakan ayat yang terakhir diturunkan oleh Allah bukannya ayat 3 surah al-Ma’idah sebagaimana yang masyhur dalam kalangan masyarakat (Sila rujuk kitab ’Ulum al-Qur’an oleh Manna’ Khattan dan Subhi Soleh & Tafsir al-Maraghiy 1/39). 

      Surah ini merupakan surah yang terpanjang di antara surah-surah dalam al-Quran al-Karim, malah ayat yang terpanjang juga terdapat di dalam surah ini iaitu ayat 282 yang menceritakan perihal tentang hutang. Surah ini dinamakan surah al-Baqarah yang membawa maksud sapi betina (lembu betina) kerana di dalamnya telah disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah s.w.t kepada Bani Israel. Kisah ini bermula daripada ayat 67 sehingga ayat 74. Muhammad ‘Ali al-Sabuniy dalam kitab tafsirnya yang terkenal iaitu ‘Safwah al-Tafasir’ telah menjelaskan bahawa tujuan surah ini dinamakan sebagai al- Baqarah ( sapi betina ) adalah bertujuan untuk mengingatkan kembali mukjizat yang telah berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Pada zaman Nabi Musa as, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel yang telah dibunuh, tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Apabila mereka mengadu tentang pembunuhan ini kepada Nabi Musa a.s., Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Baginda supaya menyuruh mereka (Bani Israel) untuk menyembelih seekor sapi betina, kemudian memukul mayat dengan sebahagian anggota sapi tersebut. Dengan izin Allah, mayat yang mati dibunuh itu dapat hidup semula dan memberitahu mereka siapakah pembunuhnya. Mukjizat ini membuktikan betapa Allah s.w.t berkuasa menghidupkan semula makhluk walaupun sesudah mati. Ketika Bani Israel diperintahkan untuk menyembelih sapi betina itu, al-Quran telah merakamkan bagaimana kedegilan golongan Bani Israel yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah tersebut dengan mencari pelbagai alasan dan hujah. Namun, akhirnya mereka terpaksa juga melakukannya kerana tiada lagi hujah dan tipu daya yang dapat mereka bentangkan kepada nabi Musa. Inilah sikap Bani Israel (Yahudi) sehingga ke hari ini. Mereka secara terang dan jelas menceroboh wilayah Palestin, namun dalam masa yang sama mereka membuat tipu helah dengan membunuh umat Islam Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri. 

surah: https://youtu.be/yRYoiT2Y60Q?si=JVTLkyjJpchKNuRB 

Surah al-Baqarah juga dinamakan sebagai Fustat al-Quran dan Sinam al-Quran yang bermaksud puncak al-Quran kerana kepentingan dan kebesarannya yang memuatkan hukum-hukum yang tidak disebut dalam surah lain. Justeru, beberapa ulama telah menyatakan bahawa surah ini mengandungi seribu perintah, seribu larangan dan seribu pemberitahuan. Surah al-Baqarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan seperti yang dinyatakan oleh beberapa hadis. Antaranya ialah hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Pelajarilah surah al-Baqarah! kerana mengamalkannya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini ( atau mereka sendiri tidak mampu menghafalnya )’. Imam Muslim pula telah meriwayatkan hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran! Kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua penyeri iaitu surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat dalam bentuk dua kelompok awan atau seperti dua kumpulan burung yang terbang berbaris (menaungi pembacanya ), kedua-duanya akan berhujah membela pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini.” Imam al-Tirmidhi pula telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : ‘Daripada Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya setiap rumah yang dibacakan di dalamnya surah al- Baqarat tidak akan dimasuki syaitan’. Ketiga-tiga hadis yang dinyatakan di atas adalah memadai untuk menunjukkan kelebihan dan keistimewaan surah al-Baqarah. Justeru, boleh dirumuskan berdasarkan ketiga-tiga hadis di atas bahawa 

HOTEL

 


Doubletree Hilton Putrajaya


nampak best..tapi x pastikan best ke tak kan? agak2 berbaloi tak dengan penginapan?

Shangri la Golden Sands Penang


i x biasa jalan-jalan jauh ni... kalau pegi penang wajib makan nasi kandar..tapi i x tahan beratur panjang sekadar nak makan sepinggan nasi..panass lit..lit aduh..harap-harap biar berbaloilah menginap di sini kan..


Cara Pergi Ke Pulau Ketam

Cara Pergi Pulau Ketam sedikit informasi untuk pengunjung yang pergi pertama kali ke pulau tersebut. Adakah anda pernah mengunjungi ke Pulau Ketam? Pulau Ketam merupakan sebuah pelabuhan kecil dan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah Pelabuhan Klang.

Kita sering dengar mengenai pulau tersebut, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu cara untuk mengunjungi pulau tersebut. Untuk ke sana sudah tentu kena guna feri atau boat.

Sebelum itu mari baca sedikit informasi umum mengenai pulau ini. Pulau ini adalah rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira 200 tahun dahulu.

Dialek yang sering ditutur oleh masyarakat di sini ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar pulau ini. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau.

Untuk pengetahuan anda, rumah dibina tinggi kerana pulau ini akan tenggelam ketika air pasang. Di sini juga tidak ada kereta namun masyarakat sekitar selalunya menggunakan basikal atau motosikal.

Jika anda tercari cari tempat makan, jangan risau. terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang dijadikan tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.

Informasi Ke Pulau Ketam

https://semakanmy.com/cara-pergi-pulau-ketam/

Untuk pergi ke pulau tersebut, penumpang perlu menggunakan pengangkutan air dari Jeti Pelabuhan Klang. Nama komersial Jeti Pelabuhan Klang ialah Terminal Penumpang South Port.

Jeti Pelabuhan Klang terletak berdekatan dengan Pulau Ketam dan oleh itu, anda harus mengambil feri atau bot laju untuk sampai ke Pulau Ketam.

Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang ialah Soon Soon Marine Service, Perkhidmatan Feri Foo Yun dan Tong Cheng Express Services.

Tambang Boat Atau Feri

Tambang bagi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam bergantung pada jenis pengangkutan air yang dipilih sama ada bot laju atau feri.

Kadar tiket feri yang dikenakan bagi golongan dewasa per hala ialah RM 7.00 dan RM 14.00 bagi pergi-balik. Manakala, tambang feri dicaj bagi golongan kanak- kanak (5- 12 tahun) bagi sehala dan pergi-i-balik ialah sebanyak RM 4.00 dan RM 8.00. Golongan kanak- kanak bawah umur 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj tiket.

Selain itu, kadar tiket yang dikenakan bagi penumpang dewasa yang menggunakan bot laju untuk pergi ke Pulau Ketam ialah sebanyak RM 10.00 per hala dan RM 20.00 bagi pergi- balik. Penumpang boleh mendapatkan tiket feri atau bot laju di Pelabuhan Klang.

Jadual Feri Dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Ketam

Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Pulau Ketam menggunakan bot laju ialah lebih kurang dalam 20 minit.

Malah, bagi yang menaiki feri, masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi agak lama iaitu selama 30 – 45 minit. Biasanya, Terminal Penumpang South Port beroperasi dari pukul 7.00 pagi ke 7.00 malam.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan feri ditawarkan pada setiap hari. Namun, jadual perjalanan feri berbeza sedikit pada hujung minggu dan cuti umum.

Berikut merupakan masa pertama dan terakhir perkhidmatan feri beroperasi dari Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang.


  • Pelabuhan Klang (Isnin- Jumaat)- 8.45 am dan 6.30 pm
  • Pelabuhan Klang (Sabtu, Ahad & cuti umum)- 8.45 am dan 7.10 pm
  • Pulau Ketam (Isnin- Jumaat)- 7.45 am dan 5.30 pm
  • Pulau Ketam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)- 7.45 am dan 6.00 pm
  • Cara Pergi Ke Pelabuhan Klang

    Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke Pelabuhan Klang sebelum menuju ke Pulau Ketam menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas.

    Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI

    Terdapat perkhidmatan bas ditawarkan dari Pasar Seni ke Pelabuhan Klang. Penumpang boleh menggunakan bas seperti Causeway Link 58K dan City Liner 703 bagi perjalanan Pasar Seni- Pelabuhan Klang.

    Seterusnya, penumpang turut boleh menggunakan perkhidmatan kereta api komuter dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan dari KL Sentral-KTM Komuter Pelabuhan Klang ialah sebanyak RM 6.40 bagi dewasa dan RM 3.20 bagi golongan kanak- kanak dan warga emas.

    .

    Jika anda hendak memandu sendiri pengunjung boleh memandu kereta untuk pergi ke Pelabuhan Klang. Bagi yang memandu kereta, terdapat tempat parkiing percuma di tepi jalan Persiaran Raja Muda Musa.

    Namun, tempat parkir ini selalu penuh. Selain itu, anda turut boleh memarkir kenderaan di tempat parkir berbayar seperti di KTM (Car Park) Sdn. Bhd, sebelah dengan stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang dan Asa Niaga Harbour City Terminal.

    Jika anda ingin membaca maklumat lebih lanjut mengenai Pulau Ketam anda boleh layari laman website rasmi Port Klang Integrated Coastal Management Project.

    BANTING: Kedudukannya yang jauh di dalam Kampung Bandar dekat Jugra di sini, membuatkan ramai tidak mengetahui sebuah istana usang di situ, pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Selangor, lebih 100 tahun lalu.

    Istana Bandar dibina Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah pada tahun 1898. 

    Baginda membiayai sendiri pembinaan istana itu pada 1899 atas tanah seluas 5 hektar dan mula didiami keluarga diraja pada tahun 1905 sehingga Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mangkat pada tahun 1938.

Ketika ini, istana yang tidak lagi didiami itu sedang dibaik pulih dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Penolong Kurator PADAT, Mohd Aidy Khairunizam Rashid, berkata baginda dikenali sebagai Raja Suleiman Shah sebelum ditabalkan sebagai Sultan dengan gelaran Ala'eddin."Baginda adalah seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.

"Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ala'eddin yang dibina berdekatan istana," katanya ketika ditemui di Istana Bandar, baru-baru ini. 

 

Mohd Aidy berkata, Istana Bandar juga turut dikenali sebagai Istana 44 Bilik, selain mempunyai ruang yang tidak mempunyai daun pintu dan bilik yang menempatkan dayang istana, selain bilik kecil di bawah tangga.

 

"Hampir keseluruhan struktur bangunan ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur manakala tangga dan pintu diperbuat daripada kayu cengal. 

 

"Keseluruhan lantai tingkat atas adalah kayu manakala lantai tingkat bawah pula diperbuat daripada konkrit," katanya.Beliau berkata, bangunan istana menampilkan seni bina Islam dari India dan Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan ukiran yang ada pada tingkap dan pintu. Selain itu, dinding istana juga menampilkan unsur ukiran dan ragam hias pengaruh China seperti ukiran ikan," katanya.

Mohd Aidy berkata, reka bentuk bangunan juga menampilkan campuran seni bina tempatan dan kolonial ekoran British sudah menapak di Tanah Melayu pada ketika itu. 

"Pengaruh kolonial jelas di lihat pada pintu gerbang istana, manakala bumbungnya dipengaruhi seni bina Acheh dengan penggunaan bumbung limas.

"Di dalam kawasan istana juga ada beberapa kolam mandi. Pada zaman dahulu, dayang istana akan mengisi air ke dalam kolam berkenaan untuk kegunaan baginda dan juga kerabat istana," katanya. 

 

Mohd Aidy berkata, Istana Bandar ditinggalkan selepas kemangkatan baginda dan kerja membaik pulih istana hanya dilakukan pada penghujung 1980-an.Pada tahun 1990, selepas kerja baik pulih dilakukan, ia dijadikan Pusat Kraftangan Daerah sebelum menjadi pusat sementara tahfiz selama beberapa tahun. 

 

"Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara dan PADAT menjalankan konservasi terhadap bangunan istana namun disebabkan kos agak tinggi, ia dilakukan secara berperingkat," katanya. 

   

Beliau berkata, perancangan untuk membuka istana berkenaan kepada umum memang ada namun ia akan mengambil masa kerana kerja konservasi yang masih berjalan.

"Istana ini berkemungkinan akan dijadikan 'living museum' ataupun Galeri Diraja. Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan," katanya.

STROKE

 




Apa itu penyakit  strok?

Strok ialah sejenis penyakit yang menyerang apabila bekalan darah yang disalurkan kepada otak terganggu atau berkurangan. Tisu otak yang kekurangan oksigen dan nutrien pula akan menyebabkan sel-sel otak mati, dan seterusnya mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi.

 

Jenis-Jenis Strok

Terdapat 2 jenis strok utama di Malaysia iaitu strok iskemia dan strok berdarah di mana 66.7% pesakit strok didapati menghidap strok iskemia manakala 33.3% daripada mereka mengalami strok berdarah. Sesetengah individu juga berpotensi untuk mengalami serangan iskemia tansien (TIA).

 Strok Iskemia

Strok iskemia berlaku apabila saluran darah tersumbat dan seterusnya mengehadkan aliran darah ke otak. Strok jenis ini merupakan strok yang paling banyak direkodkan di Malaysia, iaitu pada kadar 80%. Strok iskemia adalah jenis strok yang paling biasa, menyumbang 80% daripada semua kes strok di Malaysia.

Masalah saluran darah tersumbat selalunya disebabkan oleh embolisme ataupun trombosis. Embolisme terjadi apabila gumpalan darah beku bergerak melalui aliran darah dan tersimpan di dalam saluran darah di bahagian otak.Trombosis pula berlaku akibat deposit lemak yang menyebabkan saluran darah di dalam otak menjadi sempit dan tersumbat.

Strok Berdarah

Satu per tiga kes strok di Malaysia adalah berpunca daripada strok berdarah. Strok ini terjadi apabila terdapat keboccoran saluran darah di dalam otak yang mengakibatkan pendarahan otak.

Kebocoran saluran darah ini lazimnya berpunca daripada kecuaian dalam mengurus tekanan darah tinggi, trauma, penggunaan penipis darah/antikoagulan yang berlebihan, benjolan pada titik lemah disepanjang salur darah (aneurisme), deposit protein disepanjang dinding salur darah yang menyebabkan terbentuknya titik lemah (cerebral amyloid angiopathy) serta strok iskemia yang manyebabkan strok berdarah.

Serangan Iskemia Transien

Pesakit yang terkena serangan iskemia transien ataupun strok ringan biasanya mengalami serangan strok yang menyeluruh dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang tidak kurang daripada 5 minit.

Sama seperti strok iskemia, serangan iskemia transien ini berpunca daripada pengurangan aliran darah ke otak disebabkan saluran yang tersumbat. Walaupun iskemia transien tidak mempunyai kesan jangka panjang kepada tubuh badan, ia boleh silihat sebagai petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai arteri yang sempit ataupun separa tersumbat. Hal ini meningkatkan lagi risiko untuk individu berkenaan diserang strok di masa hadapan. Sekiranya anda mengalami gejala strok, anda hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan walaupun gejala yang dialami sudah semakin reda. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana adalah agak sukar untuk membezakan iskemia transien dengan strok jenis lain hanya berdasarkan gejala.

Tanda-tanda Strok

Jenis strok yang pelbagai serta kondisi otak yang terjejas pada bahagian yang berlainan boleh menimbulkan gejala yang berbeza. Cara termudah bagi mengingat gejala-gejala ini adalah melalui akronim “BE FAST” yang secara tidak langsung turut menekankan kepentingan bertindak dengan segera apabila strok mula menyerang.

Balance (Keseimbangan): Individu yang terkena selaulnya merasa pening dan boleh juga terjatuh kerana hilang koordinasi.

Eyes (Mata): Strok juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur ataupun gelap. Ada juga kes di mana individu terkena strok mengalami masalah melihat menggunakan sebelah mahupun kedua-dua belah mata.

Face (Muka): Strok juga boleh menyebabkan muka menjadi kebas, kebiasaannya hanya pada separuh bahagian muka yang boleh mengakibatkan muka seakan jatuh pada sebelah bahagian (facial drooping).

Arm (Lengan): Hilang keupayaan untuk mengangkat sebelah lengan ataupun kondisi yang menyebabkan sebelah lengan jatuh juga merupakan salah satu tanda strok.

Speech (Percakapan): Individu yang terkena strok juga boleh menjadi kebingungan, sukar untuk bercakap dan memahami percakapan orang lain serta bercakap secara tidak jelas.

Time (Masa): Masa merupakan aspek paling penting untuk merawat strok. Hal ini demikian kerana setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan satu persatu sel otak mati. Hubungi 999 dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas.

Gejala strok yang lain termasuklah pening kepala yang melampau secara tiba-tiba, muntah-muntah serta keletihan. Kenali tanda-tanda awal strok dan cara-cara membantu mangsa strok 

 5 Cara Membantu Individu Mengalami Strok

Hubungi 999 Dengan Segera

Setiap saat amat berharga dalam merawat strok. Kemungkinan bagi sel-sel otak untuk mati adalah tinggi sekiranya setiap minit berlalu tanpa ada apa-apa tindakan selanjutnya. Sekiranya anda mendapati terdapat individu yang menunjukkan gejala-gejala strok, anda disarankan menghubungi talian 999 secepat mungkin dan anda tidak perlu membawa pesakit ke unit Kemalangan dan Kecemasan sendiri.

Menghubungi 999 bukan sahaja mempercepat urusan perjalanan pesakit ke hospital, malahan paramedik yang terlatih juga boleh mengenalpasti gejala strok yang perlu ditangani terlebih dahulu semasa dalam perjalanan. Unit kecemasan juga akan diberitahu untuk bersiap sedia dengan tindakan selanjutnya bagi merawat pesakit dengan segera sejurus sahaja pesakit tiba di hospital. Selain itu, paramedik terlatih juga boleh menyarankan rawatan di hospital khas strok yang lebih efisien dalam merawat strok dan mampu menyediakan bekalan darah dengan pantas. yang bersedia strok.

Catatkan Waktu Gejala Bermula

Rawatan yang efektif bagi serangan strok mampu menghentikan gejala daripada berlarutan. Namun begitu, rawatan tersebut hendaklah diberikan dalam tempoh 6 jam daripada waktu gejala bermula.

Oleh itu, mendapatkan waktu bermulanya gejala sangat membantu untuk memastikan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.

Memberikan Bantuan Pernafasan (CPR) Sekiranya Perlu

Terdapat juga kebarangkalian bagi individu yang terkena strok untuk tidak sedarkan sewaktu serangan berlaku. Sekiranya individu tersebut tidak sedarkan diri, periksa nadi dan pernafasannya. Sekiranya nadi tidak berdenyut, anda disarankan memberikan bantuan pernafasan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dengan segera.

Elakkan Memberi Makan dan Minum

Elakkan memberi makanan dan minuman kepada individu yang disyaki terkena strok. Strok bukan sahaja boleh menyebabkan kelemahan otot malahan juga kelumpuhan. Hal ini boleh menyebabkan pesakit tercekik sekiranya diberi makan ataupun minum.

Jangan Berikan Sebarang Ubat

Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berbeza bergantung kepada jenis strok yang menyerang. Contohnya, penipis darah aspirin digunakan untuk merawat strok iskemia tetapi ianya akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit yang diserang strok berdarah.

Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak memberikan ubat sebarangan kepada pesakit terutamanya apabila jenis strok yang menyerang sukar untuk ditentukan. Memberikan ubat yang tidak spetutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan erta membahayakan nyawa mereka.

 

Punca-Punca Strok

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu diserang strok. Antaranya termasuklah faktor yang tidak boleh diubah seperti umur dan sejarah keluarga serta faktor yang boleh dikawal iaitu faktor gaya hidup.

Umur

Untuk pengetahuan anda, arteri dalam badan akan menjadi semakin sempit dan keras saban tahun. Oleh itu, risiko untuk seseorang mendapat strok adalah semakin tinggi apabila bertambahnya usia.

Sejarah Keluarga

Sesetengah strok juga berpunca daripada masalah genetik yang menyebabkan aliran darah ke otak tersumbat. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah mengalami strok, risiko untuk anda terkena strok juga adalah tinggi.

Berat badan

Berat badan berlebihan juga berpotensi untuk membuatkan seseorang individu menghidap penyakit darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi serta sakit kencing manis tahap 2. Kesemua penyakit ini berupaya untuk mendatangkan risiko strok kepada penghidapnya.

Pengambilan Alkohol Berlebihan

Pengambilan alkohol yang tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan darah serta berpotensi menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur. Hal ini mampu meningkatkan lagi risiko strok terhadap seseorang individu.

Merokok

Asap rokok, termasuklah asap rokok yang dihidu oleh individu bukan perokok boleh menyebabkan pembentukan lemak dalam arteri leher yang berupaya memekatkan darah dan seterusnya membentuk darah beku. Kandungan nikotin dalam asap rokok pula mampu meningkatkan tekanan darah dan hal ini boleh mengundang risiko strok kepada individu yang terdedah kepada asap rokok.