Gambar 11: Bye-bye zoo negara, tolong jaga binatang kesayangan saya baik-baik ye.. lagi 1 tahun saya datang semula, jadual saya bz juga macam bekerja di zoo jugalah..maafkan saya tapi kali ni walaupun sekejap datang saya rasa sangat seronok, anak-anak saya pun happy tengok binatang, kat rumah ada kura-kura dan kucing 4 ekor tu je sekarang.
JALAN KE ZOO NEGARA
Gambar 11: Bye-bye zoo negara, tolong jaga binatang kesayangan saya baik-baik ye.. lagi 1 tahun saya datang semula, jadual saya bz juga macam bekerja di zoo jugalah..maafkan saya tapi kali ni walaupun sekejap datang saya rasa sangat seronok, anak-anak saya pun happy tengok binatang, kat rumah ada kura-kura dan kucing 4 ekor tu je sekarang.
KENCING MANIS
7 Makanan Pengidap Diabetes
Sebut saja kencing manis, ramai yang menyangka kita dah tak boleh makan yang sedap lagi dah. Walaupun mencegah adalah lebih baik dari merawat, jika anda atau keluarga anda mempunyai penyakit ini, ini adalah senarai 7 sayuran lazat yang baik untuk pesakit kencing manis:
1. Makan Buah Beri
Buah beri seperti strawberi ataupun beri biru merupakan antara makanan yang berkhasiat untuk pesakit kencing manis.Buah ini mengandungi pelbagai jenis vitamin, serat dan juga antioksidan.
Walaupun manis, buah beri mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit kencing manis!Kebun Kita sering mengadakan promosi Strawberi. Jadi, jika anda mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit ini, jangan risau….strawberi kami sesuai dimakan!
2. Sayur Bayam
Sayur bayam bukan sahaja sedap dimakan, malah ia juga sumber terbaik untuk anda dapatkan vitamin seperti vitamin C, mineral dan phytonutrients seperti lutein yang bagus untuk mata.Pesakit kencing manis boleh makan bayam dalam kuantiti yang banyak. Sayur ini tidak akan memberikan impak yang besar terhadap kadar gula dalam darah anda, membuatkannya sesuai untuk dimakan pesakit diabetes jenis 1 dan juga jenis 2.
3. Makan Epal!
Buah epal merupakan salah satu snek berkhasiat yang mudah untuk anda dapatkan. Buah yang kaya dengan antioksidan ini boleh bantu pesakit kencing manis mengawal kolesterol.
Sejenis serat yang dikenali sebagai pektin boleh ‘melekat’ pada partikel kolesterol dalam perut dan menghalangnya daripada memasuki salur darah. Bahagian yang paling berkhasiat pada buah epal merupakan kulitnya! Oleh itu, jangan amalkan tabiat kupas buah epal ya.
Sebiji buah epal mengandungi 77 kalori dan juga 21 gram karbohidrat, bukan hanya sesuai untuk pesakit kencing manis, tetapi juga untuk individu yang ingin berdiet.
4. Jangan lupa makan brokoli
BBC News pernah melaporkan bahawa sayur brokoli boleh menyembuhkan salur darah yang rosak akibat kencing manis. Brokoli mengandungi sulforaphane, sejenis antioksidan yang boleh menggalakkan pembuatan enzim yang dapat melindungi salur darah manusia.
Tambah lagi, sayur ini juga rendah kalori dan karbohidrat, sesuai untuk pesakit diabetes ataupun untuk sesiapa sahaja yang gemarkan makanan lebih sihat.
Di Kebun Kita, kami mengambil brokoli organik jadi warnanya tidak hijau seperti di pasaraya. Ini kerana brokoli kami tidak mempunyai salutan lilin yang membahayakan kesihatan.
5. Aprikot
Aprikot kering merupakan salah satu snek yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 biji aprikot kering mempunyai jumlah kalori yang hampir sama dengan sebiji epal. Namun, kandungan serat dan nutrisi yang terkandung dalam buah aprikot lebih banyak jika dibandingkan dengan epal.
Buah aprikot mengandungi zat besi yang tinggi. Cukup dengan makan 3 biji buah aprikot sehari, anda telahpun mendapat zat besi harian yang cukup.
6. Kubis bunga makanan terbaik untuk pesakit kencing manis
Kubis bunga merupakan sayur yang kaya dengan potassium, folat dan juga vitamin C. Tambah lagi, indeks glisemik sayur ini adalah antara 5 hingga 15, sesuai untuk dimakan oleh pesakit kencing manis.Satu cawan kubis bunga mengandungi kurang daripada 5 gram karbohidrat. Oleh itu, anda bebas untuk makan sayuran ini sebanyak manapun yang anda mahukan!
7. Makan lebih banyak buah oren
Buah oren pula merupakan salah satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang.
Oren mengandungi 15 gram karbohidrat dan 62 kalori. Di samping itu, buah ini juga mempunyai indeks glisemik yang rendah! Folat dan potassium yang terkandung dalam buah oren boleh bantu normalkan tekanan darah.Di samping kaya dengan vitamin C, buah oren juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun lebih sedap lagi jika dibuat jus!
Pesakit kencing manis perlu pilih makanan yang terbaik untuk kesihatan!
Jika anda menghidap kencing manis, ubat yang paling baik untuk anda adalah dengan menjaga pemakanan. Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai karbohidrat, lemak dan garam yang tinggi.
Nabi yang indah
Tak kenal maka tak cinta ? Sinonim dengan ayat ini, justeru ayuh kita luangkan sedikit masa untuk menelusuri sirah nabi kita yang satu ini. Siapa al-Khidir? Sejak di bangku sekolah lagi sering kali kita diceritakan akan kisah beliau. Siapa dia? Dialah Nabi Khidir yang terdapat banyak ibrah yang boleh kita teladani dalam sirah beliau.
Beliau adalah seorang nabi yang cukup terkenal dengan gelaran Nabi Khidir, yang sejarahnya terlakar indah di dalam al-Quran. Beliau merupakan guru kepada Nabi Musa dan merupakan seorang yang cukup dikagumi oleh Nabi Musa dek kelebihan yang Allah kurniakan kepada beliau akan kehebatan Ilmu Ma’rifatnya.Kisah bermula ketika mana Nabi Musa sedang berbicara dengan kaumnya dengan mengatakan bahawa akulah yang paling tinggi ilmunya. Lalu Allah mewahyukan Nabi Musa bahawa terdapat seorang hamba Allah yang pengetahuannya lagi tinggi dari Nabi Musa iaitu Nabi Khidir.
Lalu Nabi Musa mencari jalan untuk bertemu dengan Nabi Khidir kerana ingin menuntut ilmu dengannya. Pada pengembaraan itu, nabi Musa juga membawa rakannya lagi seorang untuk menjadi peneman.Melalui wahyu yang disampaikan oleh Allah SWT, Nabi Musa diminta untuk pergi ke tempat pertemuan dua laut dan disitulah dia akan dapat berjumpa dengan nabi khidir AS.
Allah berfirman:
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُباً
Maksudnya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun”.(al-Kahfi-60)
Tetapi apabila telah sampai disitu, mereka terlupa tentang ikan yang mereka bawa untuk santapan mereka. Pada ketika itu, ikan itu terjatuh dan pergi bergerak dengan cara yang aneh ke dalam air semula. Keadaan ini disaksikan oleh teman Nabi Musa AS.Setelah sampai suatu tempat itu, Nabi Musa meminta rakannya untuk mengeluarkan makanan mereka iaitu ikan itu tadi bagi dijadikan santapan mereka. Lalu berkatalah temannya itu tadi bahawa ketika di satu tempat iaitu di batu besar ikan tersebut telah jatuh dan pergi ke laut semula dengan cara yang menakjubkan. Rakannya itu juga mengatakan bahawa tiadalah yang menyebabkan dia lupa kecuali syaiton.
Allah Berfirman:
قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَباً
Maksudnya: Temannya berkata: “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan” (Al-Kahfi: 63)
Nabi Musa pun berkata ditempat itulah kita perlu pergi untuk mencari Nabi Khidir.Lalu melalui wahyu yang disampaikan Allah bertemulah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Nabi Musa meminta izin untuk menuntut ilmu dengan lelaki yang dikatakan tinggi ilmunya itu. Nabi Khidir meletakkan syarat jika ingin belajar dengannya,Nabi Musa dilarang bertanya ketika melihat keanehan-keanehan yang akan terjadi di sepanjang perjalanan.Lalu Nabi Musa dengan semangatnya mempersetujui akan syarat tersebut.
قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْراً
Ia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. (Al-Kahfi:67)
وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْراً
Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi? (Al-Kahfi:68)
قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِراً وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْراً
Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu”. (Al-Kahfi:69)Ketika sedang bersama, Nabi Khidir telah membocorkan sebuah perahu yang telah mereka tumpangi dan hal itu telah mencetuskan persoalan dari Nabi Musa.Jelas di dalam al-Quran Nabi Musa bertanya seperti dalam firman Allah:
فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئاً إِمْراً
Maksudnya: Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata “Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar”(Al-Kahfi : 71).
Sungguh Nabi Khidir telah menyatakan bahawa Nabi Musa tidak akan sabar di dalam perjalanan mereka.Lalu Nabi Musa memohon maaf dan mereka kembali meneruskan Ketika dalam perjalanan,bertemulah mereka dengan seorang anak muda. Nabi Khidir menghampirinya lalu membunuhnya. Terkejut dengan apa yang dilihat Nabi Musa berkata seperti dalam firman Allah:
فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلَاماً فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْساً زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئاً نُّكْراً
“Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!“(Al-Kahfi : 74).
Lantas Nabi Khidir mengulang bahawa Nabi Musa tidak akan sabar sepanjang menuntut ilmu dengannya sehinggakan Nabi Khidir menjelaskan sekiranya Nabi Musa tidak berhenti bertanya,maka perjalanan mereka akan terhenti. Sekali lagi Nabi Musa memohon maaf dan mereka meneruskan perjalanan itu.Mereka meneruskan perjalanan lagi ke satu bandar ini dan cuba meminta pertolongan daripada segi makanan. Tetapi tiada seorang pun penduduk bandar tersebut menjamu mereka.
Di situ, mereka terjumpa sebuah tembok yang hampir roboh keadaannya. Lalu Nabi Khidir bersegera membaiki tembok itu. Seraya Nabi Musa berkata,”Jikalau kamu mahu, nescaya kamu dapat meminta imbalan untuk itu”.
Lantas Nabi Khidir berkata seperti dalam firman Allah:,
قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْراً
Maksudnya: Ia menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya. (al Kahfi: 78)Nabi Khidir menjelaskan akan tujuannya terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Nabi Musa setiap satunya. Nabi Khidir menyatakan bahawa dia sengaja melubangi perahu yang telah menumpangkan mereka kerana akan terdapat seorang Raja di seberang yang memerintah agar setiap perahu yang elok dan cantik akan dirampas yang mana akan menyebabkan penduduk kampung akan kehilangan perahu yang merupakan sumber utama pengangkutan untuk mencari rezeki.
Nabi Khidir menjelaskan adapun dia telah membunuh seorang pemuda kerana anak tersebut merupakan seorang anak yang nakal yang kelak dewasa nanti akan menyakiti orang tuanya. Lalu dibunuhnya atas perintah Allah yang mana akan terganti kelak zuriat yang lebih baik kepada pasangan tersebut.
Nabi Khidir menyatakan ketika beliau membangunkan tembok yang hampir roboh itu hal demikian kerana terdapat di bawahnya harta anak yatim yang harus dijaga dengan baik. Demikianlah Nabi Khidir menjelaskan setiap satu persoalan Nabi Musa itu.
Perkara ini ada dijelaskan dalam surah Al-Kahfi daripada ayat 79 hingga 82.1. Allah meninggikan darjat orang berilmu
PENGAJARAN:
1. 1. Allah meninggikan darjat orang berilmu
kisah ini terdapat beberapa ibrah yang boleh diteladani iaitu kita seharusnya menuntut ilmu dengan penuh adab kerana orang yang beradab dalam menuntut ilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t.
Seperti mana contoh Nabi Musa meminta izin terlebih dahulu dengan Nabi Khidir sebelum menuntut ilmu. Allah berfirman : “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama dengan beberapa darjat.“(Al-Mujadalah: 11)
2. Perlu bersungguh-sungguh menuntu ilmu
Seterusnya kita hendaklah bersungguh-bersungguh dan mempunyai tekad untuk menuntut ilmu.Gambaran jelas Nabi Musa begitu bersungguh-bersungguh mencari Nabi Khidir setelah diwahyukan Allah semata-mata untuk menimba ilmu. Abu Hatim Arrazi pernah berkata :”Ilmu tidak bisa diraih dengan badan yang santai.“
3. Menghormati keputusan orang lain
Kita juga hendaklah mempunyai sikap menghormati setiap keputusan serta berlapang dada dengan pandangan orang lain sebagaimana Nabi Musa akhirnya menghormati keputusan Nabi Khidir untuk menamatkan perjalanan antara mereka berdua kerana Nabi Musa telah beberapa kali melanggar syarat yang telah dipersetujuinya.(mempelajari apa yang kita tidak suka adalah payah bukan?)
Dari Abu Hurairah bahawasanya Nabi pernah bersabda :”Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya.”
Akhir sekali,kita hendaklah bersikap sabar dengan guru atau orang yang lebih tua ketika menuntut ilmu kerana setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.Imam Syafie berkata :“Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan”.Wallahualam.
Al Baqarah
Surah ini merupakan surah yang terpanjang di antara surah-surah dalam al-Quran al-Karim, malah ayat yang terpanjang juga terdapat di dalam surah ini iaitu ayat 282 yang menceritakan perihal tentang hutang. Surah ini dinamakan surah al-Baqarah yang membawa maksud sapi betina (lembu betina) kerana di dalamnya telah disebutkan kisah penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah s.w.t kepada Bani Israel. Kisah ini bermula daripada ayat 67 sehingga ayat 74. Muhammad ‘Ali al-Sabuniy dalam kitab tafsirnya yang terkenal iaitu ‘Safwah al-Tafasir’ telah menjelaskan bahawa tujuan surah ini dinamakan sebagai al- Baqarah ( sapi betina ) adalah bertujuan untuk mengingatkan kembali mukjizat yang telah berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Pada zaman Nabi Musa as, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel yang telah dibunuh, tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Apabila mereka mengadu tentang pembunuhan ini kepada Nabi Musa a.s., Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Baginda supaya menyuruh mereka (Bani Israel) untuk menyembelih seekor sapi betina, kemudian memukul mayat dengan sebahagian anggota sapi tersebut. Dengan izin Allah, mayat yang mati dibunuh itu dapat hidup semula dan memberitahu mereka siapakah pembunuhnya. Mukjizat ini membuktikan betapa Allah s.w.t berkuasa menghidupkan semula makhluk walaupun sesudah mati. Ketika Bani Israel diperintahkan untuk menyembelih sapi betina itu, al-Quran telah merakamkan bagaimana kedegilan golongan Bani Israel yang tidak mahu melaksanakan perintah Allah tersebut dengan mencari pelbagai alasan dan hujah. Namun, akhirnya mereka terpaksa juga melakukannya kerana tiada lagi hujah dan tipu daya yang dapat mereka bentangkan kepada nabi Musa. Inilah sikap Bani Israel (Yahudi) sehingga ke hari ini. Mereka secara terang dan jelas menceroboh wilayah Palestin, namun dalam masa yang sama mereka membuat tipu helah dengan membunuh umat Islam Palestin dengan alasan untuk mempertahankan diri.
surah: https://youtu.be/yRYoiT2Y60Q?si=JVTLkyjJpchKNuRB
Surah al-Baqarah juga dinamakan sebagai Fustat al-Quran dan Sinam al-Quran yang bermaksud puncak al-Quran kerana kepentingan dan kebesarannya yang memuatkan hukum-hukum yang tidak disebut dalam surah lain. Justeru, beberapa ulama telah menyatakan bahawa surah ini mengandungi seribu perintah, seribu larangan dan seribu pemberitahuan. Surah al-Baqarah mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan seperti yang dinyatakan oleh beberapa hadis. Antaranya ialah hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Pelajarilah surah al-Baqarah! kerana mengamalkannya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini ( atau mereka sendiri tidak mampu menghafalnya )’. Imam Muslim pula telah meriwayatkan hadis nabi saw yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran! Kerana ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah dua penyeri iaitu surah al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-duanya akan datang pada Hari Kiamat dalam bentuk dua kelompok awan atau seperti dua kumpulan burung yang terbang berbaris (menaungi pembacanya ), kedua-duanya akan berhujah membela pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya membawa keberkatan, meninggalkannya akan mengundang penyesalan dan ahli-ahli sihir tidak berupaya menguasai pembaca surah ini.” Imam al-Tirmidhi pula telah meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : ‘Daripada Abu Hurairah r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : Janganlah kamu menjadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya setiap rumah yang dibacakan di dalamnya surah al- Baqarat tidak akan dimasuki syaitan’. Ketiga-tiga hadis yang dinyatakan di atas adalah memadai untuk menunjukkan kelebihan dan keistimewaan surah al-Baqarah. Justeru, boleh dirumuskan berdasarkan ketiga-tiga hadis di atas bahawa
HOTEL
Doubletree Hilton Putrajaya
nampak best..tapi x pastikan best ke tak kan? agak2 berbaloi tak dengan penginapan?
Shangri la Golden Sands Penang
Cara Pergi Ke Pulau Ketam
Cara Pergi Pulau Ketam sedikit informasi untuk pengunjung yang pergi pertama kali ke pulau tersebut. Adakah anda pernah mengunjungi ke Pulau Ketam? Pulau Ketam merupakan sebuah pelabuhan kecil dan perkampungan nelayan yang terletak di sebelah Pelabuhan Klang.
Kita sering dengar mengenai pulau tersebut, tetapi mungkin tidak ramai yang tahu cara untuk mengunjungi pulau tersebut. Untuk ke sana sudah tentu kena guna feri atau boat.
Sebelum itu mari baca sedikit informasi umum mengenai pulau ini. Pulau ini adalah rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira 200 tahun dahulu.
Dialek yang sering ditutur oleh masyarakat di sini ialah bahasa Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar pulau ini. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau.
Untuk pengetahuan anda, rumah dibina tinggi kerana pulau ini akan tenggelam ketika air pasang. Di sini juga tidak ada kereta namun masyarakat sekitar selalunya menggunakan basikal atau motosikal.
Jika anda tercari cari tempat makan, jangan risau. terdapat pelbagai restoran makanan laut dan penduduk yang menjual barangan hasil tangkapan laut yang segar. Selalunya, pengunjung bakal menyewa basikal untuk menjelajah keseluruhan pulau tersebut dan mengambil gambar di rumah-rumah kayu. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang dijadikan tempat ibadah dan mesyuarat bagi yang beragama Islam.
Informasi Ke Pulau Ketam
Untuk pergi ke pulau tersebut, penumpang perlu menggunakan pengangkutan air dari Jeti Pelabuhan Klang. Nama komersial Jeti Pelabuhan Klang ialah Terminal Penumpang South Port.
Jeti Pelabuhan Klang terletak berdekatan dengan Pulau Ketam dan oleh itu, anda harus mengambil feri atau bot laju untuk sampai ke Pulau Ketam.
Antara syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam dari Pelabuhan Klang ialah Soon Soon Marine Service, Perkhidmatan Feri Foo Yun dan Tong Cheng Express Services.
Tambang Boat Atau Feri
Tambang bagi perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam bergantung pada jenis pengangkutan air yang dipilih sama ada bot laju atau feri.
Kadar tiket feri yang dikenakan bagi golongan dewasa per hala ialah RM 7.00 dan RM 14.00 bagi pergi-balik. Manakala, tambang feri dicaj bagi golongan kanak- kanak (5- 12 tahun) bagi sehala dan pergi-i-balik ialah sebanyak RM 4.00 dan RM 8.00. Golongan kanak- kanak bawah umur 5 tahun tidak akan dikenakan sebarang caj tiket.
Selain itu, kadar tiket yang dikenakan bagi penumpang dewasa yang menggunakan bot laju untuk pergi ke Pulau Ketam ialah sebanyak RM 10.00 per hala dan RM 20.00 bagi pergi- balik. Penumpang boleh mendapatkan tiket feri atau bot laju di Pelabuhan Klang.
Jadual Feri Dari Pelabuhan Klang Ke Pulau Ketam
Masa perjalanan diambil untuk sampai ke Pulau Ketam menggunakan bot laju ialah lebih kurang dalam 20 minit.
Malah, bagi yang menaiki feri, masa perjalanan diambil untuk sampai ke destinasi agak lama iaitu selama 30 – 45 minit. Biasanya, Terminal Penumpang South Port beroperasi dari pukul 7.00 pagi ke 7.00 malam.
Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan feri ditawarkan pada setiap hari. Namun, jadual perjalanan feri berbeza sedikit pada hujung minggu dan cuti umum.
Berikut merupakan masa pertama dan terakhir perkhidmatan feri beroperasi dari Pulau Ketam dan Pelabuhan Klang.
- Pelabuhan Klang (Isnin- Jumaat)- 8.45 am dan 6.30 pm
- Pelabuhan Klang (Sabtu, Ahad & cuti umum)- 8.45 am dan 7.10 pm
- Pulau Ketam (Isnin- Jumaat)- 7.45 am dan 5.30 pm
- Pulau Ketam (Sabtu, Ahad dan cuti umum)- 7.45 am dan 6.00 pm
Cara Pergi Ke Pelabuhan Klang
Terdapat beberapa cara boleh digunakan untuk pergi ke Pelabuhan Klang sebelum menuju ke Pulau Ketam menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju. Antaranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan bas.
Penumpang boleh book tiket bas secara online >> DI SINI
Terdapat perkhidmatan bas ditawarkan dari Pasar Seni ke Pelabuhan Klang. Penumpang boleh menggunakan bas seperti Causeway Link 58K dan City Liner 703 bagi perjalanan Pasar Seni- Pelabuhan Klang.
Seterusnya, penumpang turut boleh menggunakan perkhidmatan kereta api komuter dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Kadar tambang yang dikenakan bagi perjalanan dari KL Sentral-KTM Komuter Pelabuhan Klang ialah sebanyak RM 6.40 bagi dewasa dan RM 3.20 bagi golongan kanak- kanak dan warga emas.
.
Jika anda hendak memandu sendiri pengunjung boleh memandu kereta untuk pergi ke Pelabuhan Klang. Bagi yang memandu kereta, terdapat tempat parkiing percuma di tepi jalan Persiaran Raja Muda Musa.
Namun, tempat parkir ini selalu penuh. Selain itu, anda turut boleh memarkir kenderaan di tempat parkir berbayar seperti di KTM (Car Park) Sdn. Bhd, sebelah dengan stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang dan Asa Niaga Harbour City Terminal.
Jika anda ingin membaca maklumat lebih lanjut mengenai Pulau Ketam anda boleh layari laman website rasmi Port Klang Integrated Coastal Management Project.
BANTING: Kedudukannya yang jauh di dalam Kampung Bandar dekat Jugra di sini, membuatkan ramai tidak mengetahui sebuah istana usang di situ, pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Selangor, lebih 100 tahun lalu.
Istana Bandar dibina Sultan Selangor kelima iaitu Sultan Ala'eddin Suleiman Shah Ibni Al-Marhum Raja Musa selepas kemangkatan nenda baginda, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah pada tahun 1898.
Baginda membiayai sendiri pembinaan istana itu pada 1899 atas tanah seluas 5 hektar dan mula didiami keluarga diraja pada tahun 1905 sehingga Sultan Ala'eddin Suleiman Shah mangkat pada tahun 1938.Ketika ini, istana yang tidak lagi didiami itu sedang dibaik pulih dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).
Penolong Kurator PADAT, Mohd Aidy Khairunizam Rashid, berkata baginda dikenali sebagai Raja Suleiman Shah sebelum ditabalkan sebagai Sultan dengan gelaran Ala'eddin."Baginda adalah seorang yang alim dan banyak memberi sumbangan dalam perkembangan Islam sepanjang pemerintahannya.
"Sultan Ala'eddin Suleiman Shah juga sering memberi syarahan agama dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Ala'eddin yang dibina berdekatan istana," katanya ketika ditemui di Istana Bandar, baru-baru ini.
Mohd Aidy berkata, Istana Bandar juga turut dikenali sebagai Istana 44 Bilik, selain mempunyai ruang yang tidak mempunyai daun pintu dan bilik yang menempatkan dayang istana, selain bilik kecil di bawah tangga.
"Hampir keseluruhan struktur bangunan ini diperbuat daripada batu bata dan motar kapur manakala tangga dan pintu diperbuat daripada kayu cengal.
"Keseluruhan lantai tingkat atas adalah kayu manakala lantai tingkat bawah pula diperbuat daripada konkrit," katanya.Beliau berkata, bangunan istana menampilkan seni bina Islam dari India dan Asia Barat terutamanya dari segi pahat dan ukiran yang ada pada tingkap dan pintu. Selain itu, dinding istana juga menampilkan unsur ukiran dan ragam hias pengaruh China seperti ukiran ikan," katanya.
Mohd Aidy berkata, reka bentuk bangunan juga menampilkan campuran seni bina tempatan dan kolonial ekoran British sudah menapak di Tanah Melayu pada ketika itu.
"Pengaruh kolonial jelas di lihat pada pintu gerbang istana, manakala bumbungnya dipengaruhi seni bina Acheh dengan penggunaan bumbung limas.
"Di dalam kawasan istana juga ada beberapa kolam mandi. Pada zaman dahulu, dayang istana akan mengisi air ke dalam kolam berkenaan untuk kegunaan baginda dan juga kerabat istana," katanya.
Mohd Aidy berkata, Istana Bandar ditinggalkan selepas kemangkatan baginda dan kerja membaik pulih istana hanya dilakukan pada penghujung 1980-an.Pada tahun 1990, selepas kerja baik pulih dilakukan, ia dijadikan Pusat Kraftangan Daerah sebelum menjadi pusat sementara tahfiz selama beberapa tahun.
"Pada tahun 2008, Jabatan Warisan Negara dan PADAT menjalankan konservasi terhadap bangunan istana namun disebabkan kos agak tinggi, ia dilakukan secara berperingkat," katanya.
Beliau berkata, perancangan untuk membuka istana berkenaan kepada umum memang ada namun ia akan mengambil masa kerana kerja konservasi yang masih berjalan.
"Istana ini berkemungkinan akan dijadikan 'living museum' ataupun Galeri Diraja. Bagaimanapun, ia masih dalam perancangan," katanya.
STROKE
Apa
itu penyakit strok?
Strok ialah sejenis penyakit yang menyerang apabila bekalan
darah yang disalurkan kepada otak terganggu atau berkurangan. Tisu otak yang
kekurangan oksigen dan nutrien pula akan menyebabkan sel-sel otak mati, dan
seterusnya mengakibatkan kegagalan otak untuk berfungsi.
Jenis-Jenis
Strok
Terdapat 2 jenis strok
utama di Malaysia iaitu strok iskemia dan strok berdarah di mana 66.7% pesakit
strok didapati menghidap strok iskemia manakala 33.3% daripada mereka mengalami
strok berdarah. Sesetengah individu juga berpotensi untuk
mengalami serangan iskemia tansien (TIA).
Strok Iskemia
Strok iskemia berlaku
apabila saluran darah tersumbat dan seterusnya mengehadkan aliran darah ke otak.
Strok jenis ini merupakan strok yang paling banyak direkodkan di Malaysia, iaitu pada
kadar 80%. Strok iskemia adalah jenis strok yang paling biasa, menyumbang 80%
daripada semua kes strok di Malaysia.
Masalah saluran darah
tersumbat selalunya disebabkan oleh embolisme ataupun trombosis. Embolisme
terjadi apabila gumpalan darah beku bergerak melalui aliran darah dan tersimpan
di dalam saluran darah di bahagian otak.Trombosis pula berlaku akibat deposit
lemak yang menyebabkan saluran darah di dalam otak menjadi sempit dan
tersumbat.
Strok
Berdarah
Satu per tiga
kes strok di Malaysia adalah berpunca daripada strok berdarah. Strok
ini terjadi apabila terdapat keboccoran saluran darah di dalam otak yang
mengakibatkan pendarahan otak.
Kebocoran saluran darah
ini lazimnya berpunca daripada kecuaian dalam mengurus tekanan darah tinggi,
trauma, penggunaan penipis darah/antikoagulan yang berlebihan, benjolan pada
titik lemah disepanjang salur darah (aneurisme), deposit protein disepanjang
dinding salur darah yang menyebabkan terbentuknya titik lemah (cerebral amyloid
angiopathy) serta strok iskemia yang manyebabkan strok berdarah.
Serangan Iskemia Transien
Pesakit yang terkena
serangan iskemia transien ataupun strok ringan biasanya mengalami serangan
strok yang menyeluruh dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang tidak kurang
daripada 5 minit.
Sama seperti strok
iskemia, serangan iskemia transien ini berpunca daripada pengurangan aliran
darah ke otak disebabkan saluran yang tersumbat. Walaupun iskemia transien
tidak mempunyai kesan jangka panjang kepada tubuh badan, ia boleh silihat
sebagai petanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai arteri yang sempit
ataupun separa tersumbat. Hal ini meningkatkan lagi risiko untuk individu
berkenaan diserang strok di masa hadapan. Sekiranya anda mengalami gejala
strok, anda hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan walaupun gejala yang
dialami sudah semakin reda. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana adalah agak
sukar untuk membezakan iskemia transien dengan strok jenis lain hanya
berdasarkan gejala.
Tanda-tanda Strok
Jenis strok yang pelbagai
serta kondisi otak yang terjejas pada bahagian yang berlainan boleh menimbulkan
gejala yang berbeza. Cara termudah bagi mengingat gejala-gejala ini adalah
melalui akronim “BE FAST” yang secara tidak langsung turut menekankan
kepentingan bertindak dengan segera apabila strok mula menyerang.
Balance (Keseimbangan):
Individu yang terkena selaulnya merasa pening dan boleh juga terjatuh kerana
hilang koordinasi.
Eyes (Mata):
Strok juga boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur ataupun gelap. Ada juga
kes di mana individu terkena strok mengalami masalah melihat menggunakan
sebelah mahupun kedua-dua belah mata.
Face (Muka): Strok
juga boleh menyebabkan muka menjadi kebas, kebiasaannya hanya pada separuh
bahagian muka yang boleh mengakibatkan muka seakan jatuh pada sebelah bahagian
(facial drooping).
Arm (Lengan):
Hilang keupayaan untuk mengangkat sebelah lengan ataupun kondisi yang
menyebabkan sebelah lengan jatuh juga merupakan salah satu tanda strok.
Speech (Percakapan):
Individu yang terkena strok juga boleh menjadi kebingungan, sukar untuk
bercakap dan memahami percakapan orang lain serta bercakap secara tidak jelas.
Time (Masa):
Masa merupakan aspek paling penting untuk merawat strok. Hal ini demikian
kerana setiap minit yang dibazirkan akan menyebabkan satu persatu sel otak
mati. Hubungi 999 dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas.
Gejala strok yang lain
termasuklah pening kepala yang melampau secara tiba-tiba, muntah-muntah serta
keletihan. Kenali tanda-tanda awal strok dan cara-cara membantu mangsa strok
5 Cara Membantu Individu Mengalami Strok
Hubungi
999 Dengan Segera
Setiap saat amat berharga dalam merawat strok. Kemungkinan bagi
sel-sel otak untuk mati adalah tinggi sekiranya setiap minit berlalu tanpa ada
apa-apa tindakan selanjutnya. Sekiranya anda mendapati terdapat individu yang
menunjukkan gejala-gejala strok, anda disarankan menghubungi talian 999 secepat
mungkin dan anda tidak perlu membawa pesakit ke unit Kemalangan dan Kecemasan
sendiri.
Menghubungi 999 bukan sahaja mempercepat urusan perjalanan
pesakit ke hospital, malahan paramedik yang terlatih juga boleh mengenalpasti
gejala strok yang perlu ditangani terlebih dahulu semasa dalam perjalanan. Unit
kecemasan juga akan diberitahu untuk bersiap sedia dengan tindakan selanjutnya
bagi merawat pesakit dengan segera sejurus sahaja pesakit tiba di hospital.
Selain itu, paramedik terlatih juga boleh menyarankan rawatan di hospital khas strok yang lebih efisien dalam merawat
strok dan mampu menyediakan bekalan darah
dengan pantas. yang bersedia strok.
Catatkan Waktu Gejala Bermula
Rawatan yang efektif bagi serangan strok mampu menghentikan
gejala daripada berlarutan. Namun begitu, rawatan tersebut hendaklah diberikan
dalam tempoh 6 jam daripada waktu gejala bermula.
Oleh itu, mendapatkan waktu bermulanya gejala sangat membantu
untuk memastikan rawatan yang berkesan dapat diberikan kepada pesakit.
Memberikan Bantuan Pernafasan (CPR) Sekiranya Perlu
Terdapat juga kebarangkalian bagi individu yang terkena strok
untuk tidak sedarkan sewaktu serangan berlaku. Sekiranya individu tersebut
tidak sedarkan diri, periksa nadi dan pernafasannya. Sekiranya nadi tidak
berdenyut, anda disarankan memberikan bantuan pernafasan Resusitasi
Kardiopulmonari (CPR) kepada mangsa dengan segera.
Elakkan Memberi Makan dan Minum
Elakkan memberi makanan dan minuman kepada individu yang disyaki
terkena strok. Strok bukan sahaja boleh menyebabkan kelemahan otot malahan juga
kelumpuhan. Hal ini boleh menyebabkan pesakit tercekik sekiranya diberi makan
ataupun minum.
Jangan Berikan Sebarang Ubat
Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah berbeza bergantung
kepada jenis strok yang menyerang. Contohnya, penipis darah aspirin digunakan
untuk merawat strok iskemia tetapi ianya akan mendatangkan kesan buruk kepada
pesakit yang diserang strok berdarah.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk tidak memberikan ubat
sebarangan kepada pesakit terutamanya apabila jenis strok yang menyerang sukar
untuk ditentukan. Memberikan ubat yang tidak spetutnya hanya akan memburukkan
lagi keadaan erta membahayakan nyawa mereka.
Punca-Punca
Strok
Terdapat pelbagai faktor
yang boleh menyebabkan seseorang individu diserang strok. Antaranya termasuklah
faktor yang tidak boleh diubah seperti umur dan sejarah keluarga serta faktor
yang boleh dikawal iaitu faktor gaya hidup.
Umur
Untuk pengetahuan anda,
arteri dalam badan akan menjadi semakin sempit dan keras saban tahun. Oleh itu,
risiko untuk seseorang mendapat strok adalah semakin tinggi apabila
bertambahnya usia.
Sejarah
Keluarga
Sesetengah strok juga
berpunca daripada masalah genetik yang menyebabkan aliran darah ke otak
tersumbat. Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang pernah
mengalami strok, risiko untuk anda terkena strok juga adalah tinggi.
Berat
badan
Berat badan berlebihan
juga berpotensi untuk membuatkan seseorang individu menghidap penyakit darah
tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi serta sakit kencing manis tahap 2.
Kesemua penyakit ini berupaya untuk mendatangkan risiko strok kepada
penghidapnya.
Pengambilan
Alkohol Berlebihan
Pengambilan alkohol yang
tidak dikawal boleh meningkatkan tekanan darah serta berpotensi menyebabkan
degupan jantung yang tidak teratur. Hal ini mampu meningkatkan lagi risiko
strok terhadap seseorang individu.
Merokok
Asap rokok, termasuklah
asap rokok yang dihidu oleh individu bukan perokok boleh menyebabkan
pembentukan lemak dalam arteri leher yang berupaya memekatkan darah dan
seterusnya membentuk darah beku. Kandungan nikotin dalam asap rokok pula mampu
meningkatkan tekanan darah dan hal ini boleh mengundang risiko strok kepada
individu yang terdedah kepada asap rokok.