LENGUH-LENGUH KAKI

 



“Lenguh-lenguh kaki” boleh berpunca daripada beberapa sebab biasa. Antara yang paling kerap ialah:

Punca umum

Keletihan otot – berdiri, berjalan atau bersenam terlalu lama.

Kurang peredaran darah – contohnya duduk lama, berdiri lama, atau masalah salur darah.

Kekurangan mineral – seperti magnesium, kalium atau kalsium.

Dehidrasi – kurang minum air.

Saraf terhimpit / sakit belakang – sakit boleh menjalar ke kaki.

Berat badan berlebihan – memberi tekanan pada kaki dan sendi.

Kasut tidak sesuai – terlalu ketat, keras atau tidak menyokong tapak kaki.

Masalah perubatan:

Kencing manis (neuropati)

Urat varikos

Masalah sendi (arthritis)

Anemia (kurang darah)

Apa yang boleh bantu

Rehat & tinggikan kaki

Regangan ringan

Urut atau tuam air suam

Minum air secukupnya

Pastikan pemakanan seimbang (sayur hijau, pisang, kekacang)

Pakai kasut yang sesuai

Perlu jumpa doktor jika:

Lenguh berlarutan atau makin teruk

Kebas, mencucuk, atau lemah kaki

Bengkak, kemerahan, atau sakit sebelah sahaja

Ada kencing manis atau sakit belakang kronik


RUMAH

 

RUMAH SAMI-D UNTUK DIJUAL 5 MINIT KE CIMB BANK DI KG. GONG SERAPAT, PASIR PUTEH, KELANTAN
















Freehold

Malay Reserved

Rumah baru siap bina terus pindah masuk!

Build up area: 3500kps (lantai), 1200 kps (tanah)

Amenities:

4km ECRL Stesen Jalan Cherang Tuli, Pasir Puteh (sedang dibina)

150m Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh

CIMB Bank dan Bank Islam/ 3 minit

Pasar Pasir Puteh (Lama)/5 minit

Stesen Bas Express/6 minit

Stesen Bas (Lama) / 3 minit

Rumah di kelilingan oleh jiran-jiran dan kedai makan, kedai runcit dan ada masjid

Shell/ 3 minit Lata Jeram Linang/19 minit

KEISTIMEWAAN :

3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air

Kemasan Mozek semua ruang

  Siling Kapur Bercorak

Table Top, Air Boring PERCUMA!

Fully Grill,Lampu dan Kipas semua bilik dan ruang

Paip luar belakang dan sudah Simenkan seluruh laman

STRATEGIK LOKASI :

  Tok Bali / 15 minit

Pantai Bukit Keluang / 39 minit

  Klinik Kesihatan / 15 minit

KEMUDAHAN BERDEKATAN :

47 km Lapangan Terbang Kota Bharu

Jeram Pasu / 17 minit

·  Masjid Lapan Kubah (Masjid Ar-Rahman) / 34 minit

·  Kolam Air Panas / 30 minit

·  Tok Bok Pasar Pendekar (Gutong) / 7 minit

·  30 km Laman Warisan Tok Janggut

Klinik Kesihatan

 

Asking price: Rm 340,000.00 (boleh dirunding)

Earnest deposit 3.18%, sign S&P 6.82% {Lawyer and Loan can be arranged}

·         Belian tunai (boleh buat ansuran 5 kali dengan perjanjian Peguam)  <<Booking FULLY REFUND if Loan Rejected>> FOR ANY ENQUIRIES OR VIEWING APPOINTMENT, PLEASE CALL/WHATSAPP suria ( 019-3461385)


BALIK KAMPUNG DI 'KING VILLAGE'


akhir tahun 2025 macam ni, adalah masa untuk saya balik kampung, menziarahi sanak saudara, ibu adik beradik, anak saudara dan kawan bestie ibu saya, sebagai anak perantauan  ini jiwaya sesekali  rindu kampung halaman, masakan ibu dan kenangan yang telah telah alami semasa kecil dikampung halaman. Tapi masa sangat mencemburui saya sebagai Pendidik negara, balik sekejap dan tenaga tidak macam dahulu sudah, selepas menerima 2 dos vaksin, tubuh saya banyak mengalami perubahan baik mental dan fizikal rasa cepat penat macam orang tua.




macam biasalah, setiap kali balik kampung pasti ada majlis makan-makan. yang belanja saya makan selalu..alhamdulillah bertambah mengikat kuat kekeluargaan dengan dimurahi rezeki yang melimpah dari Allah. syukur Alhamdulillah.. mak saya kata apa tau.. tua-tua begini hidup rasa seronok nak makan je, pesanan saya selalulah bersyukur dengan makanan. kebiasaan yang orang belanja tu akan dimurahkan rezeki kan..kita tidak tahu orang yang kita belanjakan itu adalah orang yang di titipkan oleh Allah pembawa rezeki dan permudahkan urusan yang besar. itu adalah rahsia Allah. dan perlu berdamai dengan takdir



sebelum balik ambil gambar dulu di pantai Bukit Keluang, besut. Time saya suka pergi ke pantai adalah waktu pagi jam 9.00 pagi, tapi masa ni dah ramai orang berniaga sudah, senang kata pagi tu saya breakfast sini je.


saya memang suka pantai yang sunyi sikit, lagi pun waktu pagi , udara masih segar. Jangan tanya tau laluan hiking naik bukit lalu kat mana, saya ni nama je orang Besut, saya tiada teman nak berjalan bersama naik bukit setakat ni.Suami pun tidak minat. Apakan daya, terpaksalah gigih jalan sorang-sorang, kawan perempuan pun tak minat masalahnya.




nampak tak tu, kedai makanan dah buka tapi pepagi saya suka makan colek buah-buahan dan air asam boi je.. memang dah rasa kenyang , tambah pula beli karipap kenyang hingga ke petanglah.

sini klu nak mandi pantai tempat tandas awam disediakan juga, tempat lepak kerusi pun banyak. Amaran kalau nak mandi jangan pergi jauh dengan orang yang ada mandi bersama, bukan apa jika ada kecemasan mudah nak panggil, bulan 12 macam ni pagi-pagi pun ombak u all kena hati-hati



tak ramai orang mandi masa ini


 tenang rasa jiwa setelah penat bekerja melihat laut membiru di pantai bukit keluang, sebelum balik beli ais cream yang ada jual dengan motosikal, bukan abang bangla tau yang jual... sini kalau hari minggu memang penuh sesak juga sebab ramai orang yang kerja dari KL dan shah alam suka ke pantai

Best sangat ke Volocity Mall lagi

 Ke Volocity Mall lagi



Hahaha.. saya memang suka lepak-lepak sorang ke volocity mall, bukan tidak suka ajak kawan sebab persekitaran kat sini ramai orang cina so saya memang ada mix cina, datuk saya mualaf.. saya dah terbiasa dengan kawan-kawan cina.


kat bawah tengah ni memang selalu ada event, cantik tema pokok pine pokok krismas yang mereka hiasakan, hmmm tak tahulah saya nak kemana lepas ni, plan nya nak pergi beli roti. tapi rasa malas nak beratur panjang. Tapi jiwa nak makan juga roti untuk dinner saya malam ni. dah jalan jauhnya kena beli juga


on the way ke kedai roti. ada event susu pula.. aduh.. ada megnet betul yang memanggil manggil, tak pe layan je setengah jam dengan event kali ni banyak juga aktiviti yang mereka buat..layan je lah ye sebelum pergi beli roti


mereka kata tulang kaki saya masih kuat.. betul ke ni ?? i semalam baru je jatuh tersembam nasib baik tidak kena muka, sempat makcik elak, rasa tidak puas hati sebab ada seorang lelaki ni, masa i jatuh dia macam nak selamatkan saya, tetapi macam tidak jadi, mungkin sebab saya masih gagah bangun sendiri.bangun-bangun kasut tak jumpa rupa-rupanya ada bawah kereta. apalah nasib saya dipagi hari, dah lama tak jatuh tersembab, last jatuh masa menang cabutan bertuah menang basikal baru.Hahah..jangan ketawa tau(sebab dah lama tak naik basikal lah punca saya terjatuh)


test ter.. balik ni rasa macam pandailah buat sudah dapat ideal


mudah je buat, hot dog, chesee dan roti prata je(simple!!)


Alhamdulillah.. syukur dapat beg free gift..layan je (janji bagi sopport) kat mereka semua, i dah tolong u


sedap pula air susu test ter ni.. akak event kata akak kena cuba produk susu kita untuk orang berumur 40 tahun ke atas untuk tulang lebih kuat (rasa sedih, susu tepung dah naik harga)


nak check gula dalam darah dulu, dia kat saya boder /pertengahan (dia kata akak kena jaga mulai sekarang gula darah,takut jadi kencing manis)


nampak tak kat luar tu, dah masuk waktu malam dah.. i kena balik cepat sebelum jam 10 malam, shift saya pula jaga malam. Tq hubby jaga anak-anak kat rumah...muaahhh (cukup ke ni beli 4 biji roti?)

JALAN JALAN KE LANGKAWI


Dah lama tidak jalan-jalan ke Langkawi, Last jalan jalan masa anak dah 2..alhamdulillah anak dah 5 ni diberi ketenangan untuk menjejaki ke sana lagi hari ni, disebabkan sudah lama tidak datang sini saya rasa sangat terkejut kerana banyak sangat perubahan di negeri Langkawi dan saya percaya.. Sumpahan Mahsuri tu memang benar.. Negeri Langkawi tidak akan membangun selama 7 keturunan disebabkan fitnah.. Penganiayaan.. Sifat ego seseorang dan salah guna guna kuasa, sesungguhnya doa doa orang yang zalim akan dimakbulkan Allah.. Semoga kita dijauhkan sifat berkenaan. 


Indahnya pantai.. 



Macam biasalah, saya makan Lunch cukup yang ni je.. Sudah kenyang... Sambil menikmati keindahan suasana hotel. 


Sebenarnya kami sekeluarga ambil pakej persiaran pantai selama 5 jam.. Menghayati keindahan laut dan angin pantai.. Hujan juga tapi nasib baik laut tidak bergelora



Sedang menunggu pelancong yang lain seramai 20 orang lagi untuk join happy happy


Welcome drink,alhamdulillah sebab dekat 30 minit juga tunggu.. Tekak pun dah kering kerusi menunggu pun tidak banyak. 


Nampak tak pelangi kat belakang tu? 


Anak lelaki saya teringin sangat nak berenang


Kali pertama mencuba, pastikan tahu berenang


Yang ni dah sekali pakej



Kalau dah lapar.. Semua depan mata rasa sedap


Tapi saya suka yang sayur tu


Cuba nasi kedai mamak Langkawi, sedap rasa kari lain benar, rasa kari kedai mamak KL


Hotel bilik saya tempah memang mengadap pantai, ramai betul pelancong berenang.. Indah sangat ciptaan Allah. 


Hari last, melawat makam Mahsuri


Dulu tidak macam ni, cantik sekarang perubahan dan baik pulih Langkawi buat. 

 
Dari tepi


Cantik rumah rumah lama


Ada jualan kuih be dara dan kuih karas, masih goreng panas panas


Buat apa tu? 


Wow! Memang best makan laksa sambil penghayati keindahan bukit dan sawah padi.. Ramai juga yang menjamu selera. Vibes tu penting! 


Ni perigi Mahsuri.. Suasana memang sejuk je kat sini. 


Ni dalam rumah tradisional  Mahsuri



Cantik terpelihara



Yang ni rumah paling last belakang tempat restoren Mahsuri

 
Ni jalan jalan tempat lain.. Lupa.. Nanti i sambung



Bye bye kita dah nak balik dah..rasa penat sangat!