TIP KASUT PENJAGAAN







Kasut merupakan pelengkap penampilan seharian kita. Oleh itu, penjagaan kasut adalah sangat penting. Ikuti tip penjagaan kasut yang betul agar kasut anda kelihatan cantik sentiasa. 
  • Jika kasut didapati basah atau sebagainya, biarkan sepatu kering di kawasan bersuhu bilik. Elak menggunakan tenaga haba yang kuat atau alat pengering kerana ia menyebabkan kasut longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
 
  • Kotak kasut yang bersusun di pintu hadapan rumah mahupun di dalam bilik tidur mungkin mencacatkan kekemasan di rumah. Oleh itu, dinasihatkan untuk anda membeli ‘pokok kasut’ yang dapat menggantung kesemua koleksi kasutmu. Ini membolehkan kasut ‘bernafas’ dengan lebih baik.
 
  • Elak menjemur kasut di bawah cahaya matahari yang terik dan membahang dalam kadar masa yang terlalu lama kerana boleh menyebabkan kasut jadi reput.
 
  • Anda perlu tahu jenis kasut dan kesesuaiannya ke majlis yang anda tuju. Jangan pakai kasut kulit untuk perjalanan lasak kerana memungkinkan kasut untuk cepat rosak, malah ia memberi ketidakselesaan semasa memakainya.
 
  • Jangan longgokkan kasut di satu tempat. Asingkan mengikut jenis kasut, dikhuatiri kasut berlaga satu sama lain terutamanya bagi jenis kasut bertumit tinggi dan tajam.
 
  • Jika kasut terkena kotoran, bersihkannya dengan segera. Membiarkan kotoran pada kasut akan menyebabkan ia menjadi kotoran kekal dan meninggalkan warna kuning yang merosakkan kecantikan sepatu.
 
  • Melenturkan kaki ketika memakai kasut kulit adalah perkara yang tidak digalakkan. Ini akan menyebabkan kesan lipatan dan garisan pada bahagian depan kasut.
 
  • Sumbat bahagian depan kasut dengan kertas serta penahan khas di dalam kasut agar bentuk kasut kekal dan tidak membengkok mahupun terlipat.
 
  • Jangan biarkan kasut yang terkena lopak tanpa membasuhnya. Lumpur yang terlekat menjadikan kasut mereput dengan pantas.
 
  • Elak memakai stokin yang sama setiap hari kerana ia memerangkap bau peluh kaki anda di dalam kasut.
  • Letak pewangi di dalam rak kasut bagi menghilangkan bau kaki yang terperangkap sekali gus menjadikan bau kasut lebih segar.
 
  • Kasut berjenama dengan harga mahal selalunya adalah pilihan terbaik bagi mereka yang inginkan kualiti dan tidak rosak cepat. Cuma apa yang perlu adalah tukar pelapik kasut bagi menjadikan ia kasut yang terus-terusan memberi keselesaan kepada si pemakai.
 
  • Ketika mengilatkan kasut kulit, berus dalam arah mebulat dan kasar. Jangan terlalu berlembut bagi memberi kilatan yang kemas dan cantik.
 
  • Bagi kasut kulit, sering kilatkan ia bagi memberi perlindungan yang lebih baik. Ini dapat mengelakkan kasut daripada reput.
 
  • Tidak digalakkan memakai kasut yang sama setiap hari kerana ia mudah lusuh dan berbau juga tiada kelainan dalam penampilan anda sehari-hari ke tempat kerja.
 
  • Kasut yang diperbuat daripada fabrik ataupun kanvas boleh dibasuh menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Letak gumpalan surat khabar lama di dalam kasut bagi mengekalkan bentuknya ketika kasut itu mengering.
 
  • Kasut jenis baldu kalis air tidak boleh dibersihkan dengan berus yang kasar. Guna berus lembut dan gosok perlahan-lahan. Sifatnya yang sensitif amat mudah terkoyak dan rosak. 

  
                                            JIKA ANDA SUKA INFO SAYA SILA 'SHARE'.

JUMPA ANAK KUCING DI TINGGALKAN IBU




-Rasa bersalah sebab selamatkan anak kucing yang ditinggalkan ibu, saya jumpa baby kucing yang tidak membuka mata lagi kat belakang tempayan besar rumah jiran cina,kataknya ibu nya tiada, sudah 2 hari bunyi mengiau-ngiau tengah malam.Saya jumpa baby cat tu terbelit tali guni, kesian..

-Masa tu hari hari Ahad pagi jam 12.00 t hari (klini haiwan dah bukak)..ingat nak letak terus kucing tu kat klinik haiwan sebab tak tau nak jaga, saya bagi susu dan lap kapas suam kat bontot kucing (tak tau apa nak buat sebab kesian kat dia yang terbiar)

-Hari ni hari isnin, pagi-pagi saya bersiap nak pegi kerja, rasa dah x larat nak jaga sebab bagi minum kucing tu 3 jam sekali, rasanya susu tu x sesuai dan mungkin juga kucing tu perlukan ibunya, dia dah jadi lemah, saya lagi rasa susah hati pada masa ni, ingatkan ibu kucingnya mencari dia tadi.

-KESIMPULAN: seharusnya saya buka tali guni tu sahaja, dan membiarkan bayi kucing tu mengiau-ngiau memanggil ibunya, mungkin sudah naluri binatang macam tu, sepatutnya saya yang tidak pandai menjaganya hanyalah sekadar memberi susu dan menolongnya membuang najis ditempat dimana ibunya sembunyikan  di sebalik tempayan besar itu(rasanya ibunya ada…. Masakan bila saya jaga 2 hari, dia sudah lembik)ibunya lebih pandai menjaga.

Saya meninggalkan baby kucing itu dengan perasaan bersalah dan susah hati, saya berharap dia dapat diselamatkan oleh Doktor haiwan.

                                JIKA ANDA SUKA INFO SAYA SILA 'SHARE'.

CARA MENDIDIDK ANAK CEMERLANG






JIKA ANAK ANDA TIDAK CEMERLANG


Jika anak anda tidak cemerlang dalam pelajaran ini bermaksud anak anda bukan pemalas dan bodoh, sebaliknya mereka memang minat belajar dan sentiasa mahu mempelajari minat yang baru seperti informasi tetapi mereka tidak berminat kerana tidak dapat memahami dan diperlakukan dengan betul di sekolah, seperti juga tidak menumpu perhatian dan mengelamun ketika belajar di sekolah.

Kenal pasti subjeknya yang lemah

Tanya pada diri anda terlebih dahulu (‘apa yang patut saya tolong untuk anda berjaya?’), jika anak tidak berminat Sains, anda boleh cuba dengan membeli buku-buku sains yang menarik dan dia suka, fakta-fakta sains dan lucu  tetapi padat dan berinformasi, anak-anak akan tertarik untuk membaca.
“sains adalah sesuatu yang menjijikan, tetapi bagus untuk diperbincangkan perkara-perkara yang meloyakan tetapi sungguuhh menarik!’... inilah masa anda mengetahui bagaimana kuman ini boleh hidup di dalam perut ‘. Anda boleh membeli buku yang mudah difahami dan menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya mereka selalu membaca.
Jika anak anda lemah dalam Matematik, cuba cari subjek yang mereka minati. Seperti menghafal Sifir tetapi pastikan sesi menghafal adalah seronok, ringkas dan tidak terlalu lama.

Jangan mengharapkan hasil dalam sekelip mata

Jika anak anda memulakan usaha dalam subjek pada hari Sabtu, jangan harapkan anak anda mendapat A pada hari Isnin, Harapan itu sangat tidak mungkin, yang penting anak anda menunjukkan bersungguh-sungguh untuk berjaya dan selalu buat latihan.

Jika anak anda tidak cemerlang lebih satu subjek.

Tumpukan perhatian pada  (1) subjek dahulu. Bila dia sudah menunjukan peningkatan dalam subjek tersebut, beralih pada subjek yang lain. Biar dia memilih subjek yang hendak dipertingkat seterusnya sambil berkata “kamu sudah berjaya meningkatkan pencapaian Sains kamu, subjek apa kamu rasa kita patut mempertingkatkan tumpuan selepas ini?, Hormati dan laksanakanlah keputusan yang dibuat.

Masalah yang Terhimpun

Sesetengah subjek seperti matematik adalah masalah terhimpun, itulah sebanya mengapa pelajaran di peringkat Tadika dan sekolah rendah adalah penting.sebagai contoh bila anak anda tidak memahami topik pecahan akan mengalami kekeliruan bila diperingkat sekolah rendah, pastikan anda mengatasnya terlebih dahulu.

Hadkan waktu menonton televisyen

Padamkan televesyen dan permainan komputer dan anda seharusnya menentukan berapa jam untuk mereka melihat tv dan menggunakan komputer.
Menunton tv= 1 jam sehari semasa hari persekolahan( tidak termasuk Discovery cheenal)
Permainan komputer hanya dibenarkan pada hujung minggu.

Peta Minda


Belajar untuk memahami Peta minda kerana bila beralih ke sekolah menengah kerja sekolah akan bertambah secara mendadak dan boleh menyebabkan dia tertekan dan anda boleh merujuk kepada karya Tony Buzan (The mind map)