ANAK YANG DIBUANG





Sedih tajuk kali ini.... sebab mak dan ayah kurang didkan agama, so saya nak bincang hal ini semua dengan kawan-kawan...

ANAK YANG DIBUANG

Anak-anak yang dibuang?

Setiap orang inginkan anak/bayi.. tetapi saya tidak mengerti kenapa harus bayi itu jadi mangsa yang dibuang (ibunya mungkin tertekan, rasa takut dan tidak yakin) jika tidak mahu.. bagilah kepada sesiapa yang betul-betul mahukan anak, siasat latar belakang anak-anaknya diberi makan cukup, adakah anak-anaknya boleh menerima kehadiran ‘adik’baru dalam keluarga. Sebenarnya bayi itu adalah ciptaan Ajaib bagi saya. Tak nak terima.. tetapi.. dialah penyeri…dialah mengingatkan kembali zaman-zaman kita kecil-kecil dulu.Susah. Senang. Yang pasti bagi dia hidup dengan sihat

Bayi kecil pada mulanya susah dijaga, tetapi bila besar di didik dengan sabar pasti BESAR keajaibkan yang kita dapat lihat

Ya. Itu pasti pada pendapat saya. Pada mulanya susah menjaga.. ia hanyalah mimpi ngeri bila teringat cerita-cerita dari sahabat saya , menjaga bayi sampai tidak tidur malam

  Tetapi kalau diingat semula, Pahalanya cukup besar… saya masih teringat macammana ibu saya menjaga saya.. dengan penuh kesabaran.ibu saya sangat kuat.. tiada seorang pun yang sekuat ibu saya… Ya, sehingga saya ada anak sendiri anak saya tidak mahu berenggan tinggal di asrama, sebab saya tahu… sepenuh jiwa.. tenaga saya telah besarkan untuk anak yang saya sayangi.

   Saya pasti anda pun seperti saya…

Menjaga bayi mesti asasnya memahami sifat bayi yang berlainan sifat

Semestinya, dah namanya manusia kan… ada 5 orang anak.. 5-5 perangai lain. Nak kata kita pun tak sekepala dengan suami masa makan di kedai makan( saya suka makanan sup, tapi laki saya suka mamak) bila terkenang-kenang nak kata anak tu cerewet, kita pun sama..hehehehe

Bayi perlu banyak keluar duit untuk penjagaan, BETUL KE?

Yang ni tak betul… jangan terikut sangat dengan cara-cara penjagaan bayi ala-ala barat. Beli yang penting aje.. susu bayi yang murah.. asal jangan yang dah luput sudah.. tengok mak ayah kita jaga.. tak semestinya kita full day bayi dipaksa minum susu.. dia pun nak minum air.. jus.. jangan memaksa bayi..(asal jangan biar dia menangis lama-lama)  ikut rentak dia sebab bayi pun ada perasaan, ibubapa tolong ajar bercakap-cakap masa bayi juga.. nasihat yang lembut-lembut.. dia faham tu.

Anak-anak adalah cermin kita?

Yang ni betul. Perangai elok adalah perangai saya, yang tak elok.. perangai bapak! Hahaha.. saya selalu bergurau macam tu kat suami.


    Kan..kan…yang cantik aje perangai saya… sebab penat saya meneran, berjaga malam.kalau dia menangis, melalak  haaa.. tu perangai bapak dia yang manje… saya tak manje tau…ibu bukan macam tu. Hahaha…

Rezeki anak pasti ada?

Saya percaya yang ni, sebab ada je kawan. Jiran sudi belanja makan. Bawa anak membeli belah ada aje yang dia dapat Free.. Eh-eh.. saya pun nak juga..

Ada anak kurangkan ‘Stress’ dan Hatiku selalu bahagia

Ramai orang tidak perasan, anak ni ada kebolehna yang luarbiasa, dulu-dulu.. masa anak saya no2 kecil umur 7 tahun saya penat tengok rumah sepah-sepah, memang masa tu nak marah aje.. penat balik kerja ni.. tunjuk rotan kat anak suruh dia kemas rumah

Aik! Cantik pulak di mengemas (tulah selalu manja anak kan..sampai mak pun tak tahu yang anak dah besar.. dah boleh diharap buat kerja rumah)

Ada orangkan 6 tahun kahwin tiada anak, kita ni Allah bagi anak ramai pun dah bising-bising kan… esok-esok anak dah besar.. dah ada keluarga sendiri, dah ada duit sendiri… sunyilah rumah kita kan

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN