SEHARI DI IMPIRE SUBANG

TIP HARI INI SAYA BUAT HUTANG




Berjalan kemana hari ini?
hari ini saya pegi ke Impire Subang, sebenarnya jarang sangat pegi ke sana ,ada urusan sikit nak kena buat, kalau tak malas nak keluar (biasa duduk rumah jaga anak je)


1st time ambik gambar dengan Santa Claus(pakcik santa happy je ambik gambar)


Nampak tak girl pakai baru merah tu,sibuk melayan costumer untuk cabutan Nombor bertuah (termasuklah saya)

Jalan sorang. Nape tak bawa anak?
Sebenarnya hari ni saya tak plan 'shopping' pun. Saya pegi sana sebab nak cuci gelang pandora saya ni, cuci free (yelah sebab gelang pandora pun seribu lebih, kalau jual memang tak ada harga..rugi ooooo.. tapi saya beli pun sebab saya suka lihat benda yang cantik-cantik, so orang kata berkat kita kerja.. penat lelah ni yang saya dapat, Alhamdulillah...



Budak-budaklah paling seronok kat sini

  
Macam salji betul kan?

Berapa harga parking depan Impire Subang?
Baik pergi sabtu dan Ahad..kalau park depan Impire tu RM3 sehari.Kalau hari biasa mahal la.. (Subang ni biasa lah.. MPSJ kalau krismas pun ada je dia saman orang ..)kaya! kaya!

Jalan sorang mesti bosan.. apa aktiviti saya?
Aktiviti saya.. tak lunch pun kat sana.. jalan-jalan je.. tapi kan perangai orang perempuan ni biasalah.. pantang lihat benda yang cantik... sambarlah juga pandora satu ni, dah beli rasa menyesal pulak.. bukan apa.Bulan ni tengah kering.. tapi saya dah terbeli.. huuuuu alamak ! so macammana ye.. apa lagi bayar guna kad kredit lah.. ni tak tahulah macammana nak bayar.. beli pun dalam RM seribu lebih.


Suka yang bentuk macam kerang (pasni pening kepala nak bayar, casher tu masa beli tak cakap pun nilai tu tak masuk GST.. dah masuk terkejut beruk! (SHOPPING X INGAT !!)




GELANG PANDORA UNTUK KRISMAS NI SANGAT CANTIK (YANG NI NEW ARRIVAL !!! SUKA !

Luas tak Impire subang?
Sini memang luas, macam-macam ada. Yang tak de duit saya nilah.. tengok je lah...

Apa yang seronok ketika disana?
Saya suka pegi awal-awal kalau shopping.. tak suka ramai orang (serabut!), tapi ruang makan dia tidak banyak, so saya jadi tak tahu nak makan apa, saya lebih rela tak makan (mahal juga lah kalau anda rasa nak makan kat sana)

Agak-agak nak datang lagi?
Datang kalau ada hal, kalau tak de hal saya tak datang sebab,kita patut jimat sikit duit tu (saya tak de masalah kalau pegi jalan-jalan asal jangan bawa anak, terima kasih banyak-banyak kat suami sudi jaga anak kat rumah)

PESANAN DARI PENULIS
-Parking susah juga kat sini, jangan sesekali parking tepi jalan (mata-mata MPSJ memerhati, karang kena saman kaki RM100)
-TAPI KALI NI SAYA BERTUAH DAPAT VOUCHER, voucher ni dapat sebab dapat nombor cabutan bertuah.... TAPI TULAH TIME X DE DUIT NI DIA SURUH KITA SHOPPING, APALAH NASIB..



JIKA ANDA SUKA INFO SAYA SILA 'SHARE'.

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN