NAK TEGUR PEMBANTU RUMAH PUN MACAM SAKIT HATI

Hari ini aku menyuruh pembantu rumahku membersihkan peti sejuk.... ada pembantu rumah ini kadang2 menyakitkan hati juga... habis barang-barang basah ikan, keropok lekor di buangnya... asalnya saya suruh membersihkan sahaja... so kawan-kawan kat luar jangan ingat adanya pembantu rumah ini memudahkan kerja... kadang-kadang lain yang disuruh, lain pula yang dibuatnya.... nak marah karang dia lari dari rumah. sebagai majikan saya hanya mampu bersabar... bagi gaji rm800 sebulan pun bukan tau buat kerja sangat. kalau disuruh baru dibuat.

   Sejak saya mengandung ini, dia mengeluh yang saya tidak membantunya di dapur.... sekarang saya dah 7 bulan mengandung, apa tidaknya... balik dari kerja ada jer kerja lain yang saya kena buat seperti membeli barang-barang yang sudah habis... membersih kereta memandangkan saya ada 2 biji kereta, melayan anak-anak buat kerja sekolah dan mengemas... balik pukul 5 punch kad.. sampai rumah dah pukul 7 malam.... kalau tak kerja... bil-bil rumah siapa nak bayar.. kereta dan lain-lain memandangkan suami saya kerja sendiri dan gaji bukannya awal bulan dan terpaksa saya menggunakan duit gaji saya dahulu.

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN