me n hubby at honeymoon



Adakah ini gambar pergi berbulan madu ?
Rasanya ya.. sebab pergi berdua aje... gambar ni diambil semasa saya berada di Hong kong.


Bagaimana anda makan di sana ? senang tak dapat makanan halal ?
Sangat susah, sebab pergi sana beli tiket dan tempat menginap semasa  Matta Fair so semua memang murah sangat. so walaupun termasuk makanan dia kata halal tapi sebenarnya hanya makan 'seafood' jer.. so alternatif lain saya bawa sendiri periuk nasi dan makanan dalam tin... so tiada masalah bagi saya.. lagipun kalau tak bawa anak2anak ni senang sikit berjalan dan sangat menjimatkan wang... saya bukan nya kaki shopping.

Sudah berapa tahun usia perkahwinan ?
10 tahun..


Wow.. sudah lama tu... patutlah anak ramai... badan still mantain lagi.. apa rahsianya ?
Alhamdulillah.. saya harap hidup saya berbahagia.. doakan saya juga yek... tiada rahsia apa-pun selain saya redha dari ketentuan Allah.. bekerja dengan Amanah dan menjalankan kewajipan sebagai kaum muslimin di bumi ini... kekayaan dan kecantikan tu semuanya adalah pinjaman daripada Allah.. semakin banyak harta kita.. semakin lama kita kena hisab di alam kubur.. sebab itu dalam hadis ada menyatakan bahawa orang miskin dan yatim dipermudahkan masuk syurga sebab hartanya tidak banyak untuk dihitung.. macam orang-orang yang berharta.. dinilai dulu dari mana hasil yang kita dapat.. sebab tu kita wajib bayar zakat.


Apakah rahsia supaya melahirkan keluarga bahagia ?
- sentiasa mengingati tanggungjawab seseorang isteri dan ibu
-mendengar kata suami
-masak makanan kegemaran suami
-dengar dan tidak membuat perkara yang dilarang suami kecuali yang dibenarkan dalam islam
-jaga rumah dan keperluan suami dan anak-anak dengan teratur
-sentiasa memperkayakan ilmu dan belajar daripada kesilapan hidup
-Sentiasa berdoa dan menjalani kehidupan yang soleh
-Elakkan bersubahat dan mempertahankan perkara yang mungkar @ penzalimi dunia
-1 bulan sekali bawa keluarga melancong dalam atau hotel berdekatan jika ada duit lebih


Anda ada seorang membantu rumah ? bagaimana kepercayaan anda kepadanya ?
 Ya ada. bulan 9 ni dia akan menamatkan kontraknya selama 2 tahun. memang saya ni tidaklah cerewet dengan pembantu rumah saya... kecuali jika dia lalai jaga anak pasti saya akan marah.. rumah saya ada cctv.. so bagi saya saya dapat memantau setiap gerak gerinya.sebagai hadiah sempena tamat kontraknya.. saya bagi bonus rm450 (1 bulan gaji) + rm400 (hadiah) kepadanya.. nak percaya atau tidak... itu pun saya mampu berdoa dan majikan seharusnya memberi layanan baik dan tegas.InsyaAllah... dia masih berminat nak sambung kerja lagi tahun ini, gaji dia naik rm500 sebulan.. Alhamdulillah..permudahkanlah aku berkerja dan akan bayar gaji dia 'on-the-time'.


Bagaimana perhubungan ibu mertua dan saudara-saudara anda ?
Sangat baik. kadang-kadang tu biasalah.. kalau tiada gossip dan cerita-cerita sensasi perhubungan tu menjadi sepi dan tidak mengembirakan. Nasib baiklah ibu mertua saya sanggup menjaga cucunya kerana raya tahun ini saya ketiadaan pembantu rumah dan mak mertua saya sudi menjaga cucunya.


Apa perkara yang saya tidak puas hati dalam dunia ini..
Saya sering kali dianiayai.. sedih dan marah. Kadang-kadang tu orang tengok dari luaran saya ni orang senang-senang. Sebenarnya tidak.. saya termasuk dalam golongan yang kuat berusaha dan tidak jemu (dalam perkara yang diminati sahaja).. senang kata saya ni mudah membantah jika perkara yang tidak benar dan selalu bertekak.. itu adalah ciri-ciri saya.. so memandangkan saya sering bersedi dengan nasib saya.. saya selalu berdoa agar mereka yang jahat dan bersubahat itu mendapat pembalasan yang sewajarnya. dah banyak kali apa yang saya doa tu menjadi.. so jangan salahkan saya.. yang saya tahu, doa-doa orang dianiayai tu akan dimakbulkan Allah kepada mereka yang zalim..BERHATI-HATILAH !


  

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN