Danis baby yang comei...


Umur sekarang danish ?
1 tahun lebih

Dah boleh jalan.. apa yang paling Danish suka buat ?
Dia ni jenis takut-takut belajar berjalan.. apa yang dia buat mengesot menggunakan dadanya.. hahaha lucunya macam ikan pulak.. erm sekarang dah terer berjalan so bila aku sampai dari rumah dah nampak dia tersenyum dari luar pagar 2 orang anak lelaki aku ni.. penat lelah aku bawa kereta selama 40 minit dari Kuchai Lama terubat bila terlihat 2 jejaka yang menunggu aku dari celah pintu.

Anak yang ke berapa ?
yang ke 4 (bongsu)

Aktiviti harian ?
Hari-hari suka makan... apa2 jer yang ada kat lantai pasti di kutip dan di makannya... pendek kata kena perhatikan tiap-tiap hari takut gak termakan benda yang bukan-bukan

Apakah kepantangan Danish ?
Paling pantang tengok Abah dan aku balik kerja.. haha dia nak join meronda sekali.. dah pandai dah... kalau tak bawa.. menangis jawabnya.. so apa lagi keempat-empat anak aku join pegi berjalan sekali.. emmm dah la penat baru balik keje.. nak buat macammana..budak-budak

Paling rapat ?
dengan Bibik aku... alhamdulillah pembantu aku setakat ni jaga anak aku baik-baik.


Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN