baby baru


Apakah kenangan terindah bila menjadi seorang ibu ?
Alhamdulillah.. saya dapat melahirkan 4 orang cahayamata 2 lelaki dan 2 orang perempuan.Sempurnalah saya menjadi seorang wanita

Berapa berat bayi semasa lahir ?
-Anak pertama (Farisah Aniza)-2.83 kg
-Anak ke-2 (Nurul Azzah)-3.75 kg
-Anak ke-3 (Faris Daniel)-3.00 kg
-Anak ke-4 (Faris Danish)-3.00 kg

Benda apa yang anda suka makan dan mengidam semasa mengandung ?
Farisah : Ayam KFC dan malam-malam teringin makan roti canai dan air kelapa.
Nurul Azzah : Suka makan jagung 'cup' tiap2 minggu makan sampai orang pasar malam kenal aku.
Faris Daniel:suka makan sate ada gak mengidam makan daging rusa. Tp bole tahan lagi
Danish: Hari-hari makan ayam goreng.. paling kurang pun 2 ketul

Agak-agak yang mana kelahiran yang paling teruk 'alahan mengandung' ?
Yang pertama, kerana tak suka lihat muka suami bila balik dari pejabat. Menci sungguh !!! duduk dekat apakan lagi... menci tul !!

Apakah aktiviti yang anda paling suka bila mengandung ?
Saya menjadi lebih aktif dan suka membuat kerja, suka memasak dan bertukang... jalan-jalan dah 'slow' sebab perut dah monyot

Apakah aktiviti yang menghalang dari anda buat semasa mengandung ?
Aktiviti panjat tukar lampu rumah.Naik-turun tangga.makan banyak dah megah-megah... nak dressing pun susah gak tau..

Apakah pesanan untuk ibu-ibu baru ?
Beranaklah ketika muda, jaga kesihatan anda dan jaga masa pantang.. sebab badan ni nak pakai lama lagi.



Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA CEMBURU LELAKI MELALUI ZODIAK

RAHSIA NOMBOR RUMAH

RAHSIA TULISAN