CARA MENDIDIDK ANAK CEMERLANG






JIKA ANAK ANDA TIDAK CEMERLANG


Jika anak anda tidak cemerlang dalam pelajaran ini bermaksud anak anda bukan pemalas dan bodoh, sebaliknya mereka memang minat belajar dan sentiasa mahu mempelajari minat yang baru seperti informasi tetapi mereka tidak berminat kerana tidak dapat memahami dan diperlakukan dengan betul di sekolah, seperti juga tidak menumpu perhatian dan mengelamun ketika belajar di sekolah.

Kenal pasti subjeknya yang lemah

Tanya pada diri anda terlebih dahulu (‘apa yang patut saya tolong untuk anda berjaya?’), jika anak tidak berminat Sains, anda boleh cuba dengan membeli buku-buku sains yang menarik dan dia suka, fakta-fakta sains dan lucu  tetapi padat dan berinformasi, anak-anak akan tertarik untuk membaca.
“sains adalah sesuatu yang menjijikan, tetapi bagus untuk diperbincangkan perkara-perkara yang meloyakan tetapi sungguuhh menarik!’... inilah masa anda mengetahui bagaimana kuman ini boleh hidup di dalam perut ‘. Anda boleh membeli buku yang mudah difahami dan menggunakan bahasa yang mudah difahami supaya mereka selalu membaca.
Jika anak anda lemah dalam Matematik, cuba cari subjek yang mereka minati. Seperti menghafal Sifir tetapi pastikan sesi menghafal adalah seronok, ringkas dan tidak terlalu lama.

Jangan mengharapkan hasil dalam sekelip mata

Jika anak anda memulakan usaha dalam subjek pada hari Sabtu, jangan harapkan anak anda mendapat A pada hari Isnin, Harapan itu sangat tidak mungkin, yang penting anak anda menunjukkan bersungguh-sungguh untuk berjaya dan selalu buat latihan.

Jika anak anda tidak cemerlang lebih satu subjek.

Tumpukan perhatian pada  (1) subjek dahulu. Bila dia sudah menunjukan peningkatan dalam subjek tersebut, beralih pada subjek yang lain. Biar dia memilih subjek yang hendak dipertingkat seterusnya sambil berkata “kamu sudah berjaya meningkatkan pencapaian Sains kamu, subjek apa kamu rasa kita patut mempertingkatkan tumpuan selepas ini?, Hormati dan laksanakanlah keputusan yang dibuat.

Masalah yang Terhimpun

Sesetengah subjek seperti matematik adalah masalah terhimpun, itulah sebanya mengapa pelajaran di peringkat Tadika dan sekolah rendah adalah penting.sebagai contoh bila anak anda tidak memahami topik pecahan akan mengalami kekeliruan bila diperingkat sekolah rendah, pastikan anda mengatasnya terlebih dahulu.

Hadkan waktu menonton televisyen

Padamkan televesyen dan permainan komputer dan anda seharusnya menentukan berapa jam untuk mereka melihat tv dan menggunakan komputer.
Menunton tv= 1 jam sehari semasa hari persekolahan( tidak termasuk Discovery cheenal)
Permainan komputer hanya dibenarkan pada hujung minggu.

Peta Minda


Belajar untuk memahami Peta minda kerana bila beralih ke sekolah menengah kerja sekolah akan bertambah secara mendadak dan boleh menyebabkan dia tertekan dan anda boleh merujuk kepada karya Tony Buzan (The mind map)

No comments:

Post a Comment

berikan komen anda